15 November 2015

BENTO HARI INI.........LAMANYA TAKBERBENTO




Assalammualaikum wbt,...

Apa kabar semua?Moga semuanya berada dlm keadaan baik dan sihat walafiat..
Alhamdulillah...

Hari ni merupakan minggu baru pelajar masuk kelas semula setelah seminggu bercuti mid term...
So,permulaan hari barum untuk berbento....Lama tak buat bento untuk diri sendiri..
Ntah,nape plak rajin hari nie...hehehe.




Ok..malas nak bereloteh panjang..biarlah gambar berbicara..
Selamat bekerja dan selamat menjamu selera....Da......

Sekian.


8 November 2015

6 TAHUN ......................



Assalammualaikum.................

6 tahun sudah blog SWEET LIZAHANUM ni .Kejap on kejap tak on...ikut mood puan blog nak coret apa yg terlintas di fikiran.Buat blog ni pun takde sape2 ajar,main tekan-tekan dan akhirnya bejaya buat sikit demi sikit....alhamdulillah..

Makanya,sempena 6 tahun sudah berblog, Liza nak bagi sesuatu pada kawan2 di alam maya ini...Sesiapa yang bertuah akan dapat

v
v
v
v
v

 3 buah buku ilmiah ini 

v
v
v

Dan lain-lain lagi (bahan-bahan masih dalam proses pembelian,belum sempat tepek pic) dah ada nanti Liza tepek kat sini yer..


Liza mencari 6 orang yang bertuah di kalangan ANDA SEMUA.

SYARATNYA SENANG JER :
1.Sudah menjadi rakan dlm blog SWEET LIZAHANUM ni dan follow.
2.Tinggal komen yg menarik hati Puan Blog berkaitan apa2 saje.(tulis di bawah komen post ini)--->tentang kehidupan anda,mcm mana anda kenal dan jumpa blog SWEET LIZAHANUM ni serta post mana yg berbekas di hati anda.
3.Jangan lupa tinggalkan link blog anda untuk saya mudah berurusan dan menghubungi anda nanti sekiranya ANDA salah sorang yang bertuah itu.


Bermuala pd 8.11.2015 dan berakhir pada 22.11.2015




17 Oktober 2015

BAKED CREAM CRACKER BISCUIT WITH CHICKEN AND CHEESE

 Assalammualaikum wbt....

Lama gak tak bersiaran dengan menu2 yg simple sebab kekangan masa.Lagipun bz jer memanjang,sampai berabuk blog sweetlizahanum nie....

Alhamdulillah selama 52 hari mak ayah di Mekah (pahit manis pengalaman mereka berada disana dengan tragedi kren tumbang dan terowong di Mina),memang Liza dan adik2 terasa sangat sedih dan takut2 mak ayah terlibat.Tapi alhamdulillah,walaupun panggilan dari tanah air di buat masa kejadian,dengan talian sana yg mengalami gangguan...risau di hati ini hanya Allah sahaja yg tahu.
Dan bile Liza and Hubby  menjemput mak ayah di lapangan terbang Senai pada 10.10.2015 tempohari,syukur ALHAMDULILLAH bila dapat peluk cium mak ayah yg kelihatan sangat kurus dan penat sebab mereka berdua demam dan batuk sepanjang 52 hari di sana.Walaupun mereka berdua dilepaskan dari dikenakan kuarantin sebab mak ayah tak demam,cuma batuk kuat sahaja (kawan2 mak ayah yg satu penerbangan,ada yang demam,memang diasingkan dan dikuarantinkan.)Tapi,bila mak ayah lepas 2 hari balik dari Mekah kena demam,Liza kena bawak gi klinik kesihatan kerajaan untuk pemantauan.Dan mak ayah kena hari2 bagi sampel kahak dan ambil xray dada,sebab batuk mak ayah dah hampir 2 bulan tak baik2..Tapi mungkin perubahan cuaca di sana yg panas melampau mak ayah kata.Tapi alhamdulillah,mereka dapat melakukan semua ibadah wajib dan sunat tanpa memerlukan pertolongan orang lain .Syukur alhamdulillah kerana mereka di permudahkanNya ketika menjadi tetamu Allah di bumi barakah.Dan berat mak ayah memang turun mendadak sebanyak 10 kg...risau gak ,tapi Liza hanya mampu berdoa agar mereka di berikan kesihatan yg baik seteklah berada di tanah air  nie.Mohon kawan2 tolong doakan mak ayah Liza cepat sembuh dan sihat dengan izin Allah.

Oklah, malas nak celoteh panjang2 lagi,taraaaaaaaaaaa...Liza persembahkan menu baru buat santapan mak ayah dan kami berdua untuk sarapan pagi tadi.

BAKED CREAM CRACKER BISCUIT WITH CHICKEN AND CHEESE( hehehehe..saje mau letak tajuk mat salleh,biar gempak sikit)





Menu yang paling simple hasil resepi kawan yang diambil dari rancangan Mat Salleh di kaca televisyen...hehehe

Memang bahan2nya pun senang.

Bahan-bahan:
1 bungkus biskut krim kraker hup seng -(apa2 jenis pun takpe)
1 bungkus ayam kisar 400gm-Liza guna jenama Ramly tu
2 ikat daun kucai- hiiris2 halus
2 bawang merah- dihiris halus
1 sudu besar lada hitam-yg dikisar kasar
gula garam secukup rasa
2 cawan susu segar -Liza tak letak sebab takde kat rumah,Liza just guna air panas +susu cair
Keju mozarella untuk tabur atas
Mangkuk kertas kecil @mangkuk cupcake kertas 

Cara-caranya:
Biskut diramas-ramas hingga hancur-jangan hancur sampai halus,biar kasar2 sikit.Masukkan bawang,daun kucai,lada hitam,garam gula dan 2 cawan air tu.Kacau dan gaul  biar semua bahan sebati.Sudukan dalam mangkuk kertas/cupcake.Akhir sekali,taburkan cheese.Bakar dalam 20 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
v
v
v
v
Ni hasilnya sebelum di bakar.Boleh dapat dalam 100 biji kalau guna mangkuk kertas kecil nie.





Pastu,bila dah malas nak isi sikit2 dalam mangkuk kecil,Liza terus bubuh kat mangkuk kertas besar yg untuk cupcake dan muffin tu.Dengan bahan2 yg di atas tu,boleh dapat dlm 100 kecil dan 24 saiz mufin besar.Memang puas makan anak beranak waktu panas2.Tapi sebab niat nak bagi jiran sebelah bagi memulangkan mangkuk jiran ,alhamdulillah .Selalunya kalau setakat Liza and hubby yg makan,buat separuh biskut jer.Bahan2 yg lain pun separuh..tu pun rasa banyak sebab perut kami berdua kecik,tak habis...hahahaha




Sekian dulu.....selamat menjamu mata....



7 Oktober 2015

INTERNATIONAL CONFERENCE------->>>JOM JOIN...








Sesiapa yang berminat nak join (terutamanya ahli2 AKADEMIK)....boleh dapatkan maklumat lanjut dan 
KLIK ------------>>>DISINI

9 September 2015

STEAMBOAT TOMYAM SEMPOI KITA BERDUA....................


######################################################


 ######################################################



######################################################



######################################################

Dalam suasana hujan renyai2 dan lepas hujan lebat turun hinggakan atap genting rumah terubah sikit dari kedudukan asal dan menyebabkan corninsh bocor serta mengakibatkan banjir di atas katil double dengan bantal2 sekali basah kuyup.........malam nie kami terpaksa tido atas toto sahaja kerana tilam basah hingga ke dasarnya akibat bocor atap genting dan hujan lebat yg melanda pagi tadi pukul 11am-12pm...

Dan dek kerana keberanian Mr Hb memanjat bumbung sorang2 tanpa ada Liza yg menjaga tangga di bawah (sebab tengah kerja),balik rumah terus masakkan steamboat untuk "AKU DAN DIA".....apa2 pun Liza tak marah dia,cuma cakap dengan dia,lain kali jgn buat lagi..biarlah basah mana pun ruang kamar atau ruang tamu di sebabkan bumbung bocor,jangan sesekali panjat bumbung sorang2 tanpa ada orang di rumah..Macam2 boleh berlaku di atas bumbung tu...huhuhu

Apa-apa pun...layan jelah steamboat sempoi kita berdua nie........

Sekian.Wassalam

30 Ogos 2015

CUTI-CUTI MERDEKA..............TERENGGANU KITO.....



****************************************


****************************************


****************************************


****************************************



 ****************************************


****************************************
Biarlah gambar berbicara.....
Owner blog mau membisu sementara berehat ....tak sempat nak tepek gambar2 lain,biarlah menjadi tatapan dan simpanan peribadi sendiri kerana banyak gambar2 owner blog dan kekasih hati......nanti orang lain lihat meluat...hahahahhaaa

Yang pasti, Liza jadi rambang mata dan berpinau nak pilih kain-kain BATIK TERENGGANU dan EMAS 916 yang cantik2 dan design baru......


----------Selamat Hari Merdeka jugak buat semua rakyat MALAYSIA pada 31 Ogos -------------


Sekian...wassalam.


10 Ogos 2015

CORAT CORET MINGGU AKHIR RAYA 2015 DI TEMPAT KERJA


Assalammualaikum wbt...

Hari ini office menganjurkan jamuan raya...kiranya minggu penutup raya untuk tahun nie....

Lepas puasa nie,banyak nau aktiviti makan dan makan dan makan lagi...alhamdulillah..rezeki jangan di tolak....






Oleh kerana empunya diri tak suka sgt tonjolkan identiti diri kat blog nie, jadinya...banyak gambar2 rakan sepejabat dan makanan2 yg banyak di tepek kat sini...apa2 pun,memang meriah sangat...alhamdulillah.......





Akiviti di mulakan dengan selawat nabi dan marhaban...

Pastu ...ramai2 serbu kat meja jamuan..........




Macam macam makanan ada..............




Menu makan berat ---> laksa johor dan beriani gam 
Menu buah-buahan dan desert memang banyak...tak terlarat makan.....


Sambil2 makan,borak-borak..............masa majlis nie je lah dapat borak2 lama2 sikit...kalau hari2 biasa,masing2 sibuk kat bilik masing-masing,jarang nak berborak lebih-lebih.....


Tuan badan makan buah dulu....pastu baru makan benda2 yg berat.............


Sekian,jumpa lagi tahun depan.....




10 Julai 2015

TADAAAA.................LANGSIR PINKKU DAH SIAP DAN DAH DI PASANG.....


Tadaaaaa..............siap sudah langsir serta sarung bantal dan kusyen PINKIE ku yg di jahit malam-malam after terawih...akhirnya siap dan sudah pun di pasang tadi....

Sarung kusyen dan bantal hiasan nie,jahit sekadar yg bodo2 dan simple jer..takde pun nak letak rambu ramba atau ropol2 tepinya....cukup sedap mata memandang dan TAK menyusahkan pala otak nak pikir idea lain dari yg lain..

Dah siap bab hiasan nie, dua tiga hari lagi nak raya baru pulun buat 2-3 jenis plak kuih dan kek raya.........Tahun nie semuanya ingat mau buat sikit2...buat yang bodo2 dan simple jer..janji buat sendiri.....Jimat duit poket somi dan duit poket saya jugak......

Sape kata orang BEKERJA malas..(sanggup beli je di kedai...saya bukan jenis tu).SAYA DAH BUKTIKAN..DAN MUNGKIN KAWAN2 LAIN PUN DAH BUKTIKAN.....Selagi saya boleh buat untuk kepuasan diri saya sendiri,saya sanggup menjahit dari beli SIAP kat kedai yg harga RATUS2 MAHAL dengan fesyen yg simple ajer.....


Apa2 pun, alhamdulillah....kemahiran menjahit nie pun Allah yg bagi...jadi,gunakanlah ia dengan sebaik mungkin..


Reben ikat langsir nie pun jahit sendiri................semangat tul demi mau jimat sebab tak mo hantar kedai...hehehe..


 Sekian dulu sesi menunjuk langsir baru yg dah siap jahit.....penuh semangat dan gigih menjahit sebab nak bagi sliding door,tingkap bilik dan pintu bilik pakai baju raya baru tahun nie....pasang awal2, sebab mau balik umah mak ayah beraya awal disana,..

*Bulan2 pose nie saya takde nak tunjuk2 menu berbuka pose atau menu2 makanan sebab dah janji dgn diri sendiri, so...saya sharelah gambar2 selain makanan..hehehe****

Selamat berbuka puasa buat semua

8 Julai 2015

AKTIVITI MENJAHIT AFTER TERAWIH SEJAK 2-3 HARI LALU.....


Assalammualaikum wbt...

Oleh kerana sepanjang pose ni takde aktiviti menunjuk menu berbuka, so...kita tunjuklah akiviti yg dilakukan untuk hiasan rumah untuk Raya nanti....

Jahitan langsir yg simple2 untuk rumah sendiri...yang penting JIMATTT...yang penting tak perlu nak upah orang /kedai...Kalau gi upah kedai,dah tentu 2-3 ribu gak terbang walaupun fesyen yg simple2 sebab ikut jenis kain yg di beli dan tempah sekali kat kedai...Kalau beli kain yg memang dibeli time offer, baru je RM150 untuk satu rumah, dan plak tu di jahit sendiri...janji berbaloi ikut fesyen yg kita nak...tengok je lah kat majalah jahit langsir yg sedia ada,macam2 fesyen boleh buat...nak tak nak jer menjahit nya.....

Takdelah nak pakai langsir yang sama sejak 6 tahun dulu sebab harga langsir ditempah dulu2 dekat 2-3 ribu...Alhamdulillah, sib baik kemahiran menjahit dah semulajadi ada dalam diri sebab dari kecil tengok mak susah payah menjahit baju anak2nya serta jahit langsir,jadi...selaku anak sulung...Liza belajar dari pengalaman mak....at least cantik kat pandangan mata sendiri...hahahaha.Dan setiap tahun pasti bertukar langsir,sebab Liza suka tgok rumah sendiri cantik dengan hiasan dari hasil tangan sendiri..

Sekian.

##Bulan2 puasa nie,takde niat nak riak ke apa(maaf sangat2 kalau ada yg mengangap sebegitu),tapi saje berkongsi pengalaman kemahiran diri sendiri demi penjimatan yg sekarang ni semua benda naik...apa yg tak naik.....Yang penting,kalau boleh jimat,kita jimat dengan menghasilkan hasil kerja tangan sendiri .####