31 Disember 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2015...ada HADIAH MENANTI ANDA !!!!!!!!!!!




Alhamdulillah.....masih di panjangkan umur olehNya untuk lebih bersyukur dan menghayati hidup ini dengan rasa lebih redha dan tabah pada tahun baru 2015 nie.Walaupun penuh suka duka dan pahit manis sepanjang tahun 2014, bersyukur sesangat kerana Allah masih memberi peluang buat diri ini lebih menikmati dan berkongsi hidup ini dengan orang2 tersayang..Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yg terbaik buat diri hamba2Nya yang  tabah dan sabar menghadapi ujian hidup nie.

Dengan musibah dan bencana yang Allah turunkan terutamanya banjir sepanjang 2014, moga menjadi ikhtibar pada semua hambaNya untuk lebih bersyukur dengan nikmatnya.Semua yg berlaku,ada hikmah yg terbaik yg DIA aturkan untuk masa hadapan.


ADA HADIAH MENANTI ANDA

Sempena tahun baru 2015 dan birthday Liza yang jatuh pada 3 JANUARI 2015 ni, ada HADIAH YG NAK liza bagi pada rakan2 ALAM MAYA...( hadiah untuk 5 orang bertuah dan close deal pd 3 Jan 2015 pukul 23:00:00 mlm ni )

Cara2nya : JUST KOMEN DAN BAGI PENDAPAT  ANDA YANG PALING MENARIK DAN MENGHARUKAN HATI LIZA TENTANG APA SAHAJA( TAK KISAHLAH TENTANG KISAH ANDA,BERKAITAN BLOG LIZAHANUM NIE ATAU APA SAHAJA YANG MEMBANTU MENAMBAH PENGETAHUAN ATAU KATA2 SEMANGAT, ASALKAN TIDAK MEMAKI HAMUN,......BOLEH TINGGALKAN KOMEN DAN PENDAPAT ANDA DI BAWAH POST INI  BESERTA LINK BLOG ANDA ATAU LINK KOMEN ANDA DI RUANGAN CHAT BOX. 

Antara salah satu HADIAH :

28 November 2014

JERUK EPAL HIJAU ASAM BOI


Assalammualaikum wbt......

Dah lama tak tunjuk menu makanan ...so,hari nie nak tayang plak apa yg Liza buat dan makan...

Orang lain dah lama buat Jeruk Pelam Asam Boi dan Jeruk Epal Hijau Asam Boi yg menjadi viral sejak dua menjak nie......

So, bila nengok kat Fb dan blog2 yg masing2 tayang jeruk2 ni yg buat meleleh air liur...apa lagi ..Liza pun cuba gak buat...selama nie tak teringin pun nak makannya walaupun meleleh air liur tengok post masing2......

Sungguh mudah benor....oleh kerana nak cari pelam mudo sekarang susah sebab permintaan terlalu tinggi, so..Liza guna Epal Hijau yg rangup dan masam tu...



Akhirnya siap.....Liza buat pagi2 tadi 

V
V
V
V
V



Dapatlah 1 bekas setengah ...jadilah untuk makanan jajan kitorang berdua kat rumah nie.....

v
v
v
v

 Liza suka kuahnya yg banyak sikit sebab nak hirup kuah jeruk tu.....

Lagipun utuk kuahnya tu...guna air panas,gula 6-7 sudu besar (sebab guna 8 biji epal .....agak banyak bila dah potong), 3 sudu besar cuka epal,garam secubit dan asam boi serta serbuk asam boi...letak 5 biji cili api sebab Liza suka nak rasa pedas2 manis dan masam.....ermmm..memang terangkat sebab dah makan dah petang tadi dgn MrH




Ok...sekian dulu....selamat menjamu mata...

Gerenti meleleh air liur korang kang bila tengok nie....hehehehehe


Da.....






22 November 2014

BILA SAYA DOWN.....SAYA BUAT APA YG SAYA SUKE


Assalammualaikum wbt....

Sekarang nie,apa yang akan berlaku...saya serahkan padaNya yg Maha Esa....hidup mesti diteruskan..saya gembira dan bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untk saya gembira di samping family tercinta....Saya dah buat keputusan yg saya rasa terbaik buat saya kerana saya sedar apa yang berlaku semua Allah dah tetapkan buat saya.Perancangan Allah adalah terbaik....so,selagi diberi peluang kat dunia yg sementara ini...jangan sesiakan peluang yg ada....Harungi kehidupan ini dengan penuh ketenangan dalam mencari rahmat Allah...

Oklah, malas dah nak fikir apa yg berlaku tempohari....apa2 pun jom tengok aktiviti saya bile saya saya rasa down (dengan orang2 yg rasa dia hebat tapi tak sedar diri yg ada kuasa yg lagi hebat dari dia)...saya buatlah apa yg saya suka...saya ada kemahiran menjahit, cuma malas nak praktikkan (setakat jahit baju sendiri,langsir umah sendiri dan segala kelengkapan rumah,itu sudah kira baik kerana saya tak perlu upah org-----at least saya dah boleh berjimat...hahahaha)..tapi kadang2 tu, bila malas menjelma...baju kurung utk gi kerja,selalu hantar kedai nyonya yg saya suka tempah kat situ kerana harganya yg masih murah---RM28 sepasang utk baju kurung johor/pahang (pelanggan tetap sejak 10 thn lalu---tp kdg2 tu,saya buat je baju kurung sendiri...sebab senang jer...cuma bila penyakit tak rajin dtg...mmg payah.


Sesi mengukur kain dan memotong


Sekarang nie, pesen dulu2 dari kain pelekat yg dijadikan baju kurung semakin mendapat tempat...trend terkini...Kain warna kuning tu sebagai contoh...ukur ikut baju yg dah siap.




Dari pukul 4-5 pm semalam bermula aktiviti memotong, dapatlah 2 pasang baj kurung yg siap di potong.Malamnya after isyak....sesi menjahit pulak...



Sesi menjahit plak .....





Dah siap...cuma perlu hantar jahit tepi plak...oleh kerana takde mein jahit tepi,terpaksa hantar ke kedai....saya suka mencantumkan dulu antara pesak dan badan kain, pastu baru hantar jahit tepi...hehehehe..jahitan org tak profesional...mcm tulah nampaknya...

Oklah....esok lusa kalo dah siap dan dah di pakai buat gi kerja, nanti saya tunjkkan yer....

Daaaaaa...........................selamat malam....esok keje ( kat johor, Ahad kerja...so, sekian.....)




18 November 2014

TERIMA KASIH RAKAN2 ALAM MAYA.......................


Oleh kerana posting saya dengan TAJUK NI-----> NO PHD, IS NOT END OF THE WORLD...dan telah mencapai view sebanyak 1400 view sejak di post hari Ahad ( 16 Nov.2014)lalu...dan saya jugak mendapat maklumbalas yg tak terhingga dalam mesej secara PM dan yg masuk LAIN2 INBOX di facebook saya SEHINGGAKAN ada yg sempat dan tak sempat SAYA nak balas........SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK2 PADA KAWAN2 DI ALAM MAYA INI....TERIMA KASIH atas sapaan,pandangan dan DOA kalian semua yg mengeratkan lagi IKATAN UKHUWAH sesama Islam ini....walaupun ANDA TAK KENAL SAYA secara peribadi (melainkan kawan2 sekolah,universiti dan opismate--yg mungkin kenal siapa saya)...ANDA tetap sudi dan menyokong saya dengan memberi komen dan pandangan serta nasihat yg begitu TERHARU saya rasa kerana saya rasa 
" SAYA TIDAK KESEORANGAN SEBENARNYA......ada kawan2 yg saling mendoakan ....thanks a lot"....


Walaupun hari ni SAYA RASA DOWN SANGAT2 setelah perjumpaan dengan org paling atas di U saya bekerja   ini (kerana cara dia yg terlalu bangga dengan pencapaian dia berada di atas,dan dia sewenang2nya memalukan org2 yg "TAK SIAP pHd ON TIME ini" dikhalayak ramai.....Biarlah, DOSA DIA PADA ORANG YG DIA MALUKAN TU,TAK TERAMPUN SELAGI DIA TIDAK MINTA MAAF PADA ORANG2 YANG DIA CERCA  TU...ingatlah putaran RODA HIDUP ini bukan selalunya berada diatas,KALAU ALLAH nak tarik sikit nikmatnya,ESOK LUSA...KAU AKAN BERADA DI BAWAH..MASA TU KAU AKAN TAHU TINGGI RENDAH LANGIT ALLAH...HIDUP NI TAK BOLEH MENDABIK DADA,CAKAP BESAR SEOLAH2 KAU PALING BERKUASA DR ALLAH...SEOLAH2 KAU PEMBERI REZEKI PADA MEREKA2 YG TAK SIAP itu....

apa-apa pun SAYA PERCAYA bahawa ALLAH perancangan terhebat atas apa yg berlaku...REDHA,SABAR DAN TABAH ATAS APA YG BERLAKU,INSYALLAH...ALLAH AKAN PERMUDAHKAN NANTI.....


###KEPADA KAWAN2 YG TERGOLONG DLM KALANGAN YG TAK "GOT" dan YANG BERSAMA2 SAYA PAGI TADI....BE POSITIF,ANGGAPLAH KATA2 ORG YG MENDABIK DADA YG RASA DIA HEBAT SANGAT TU,YG LEBIH BANYAK MENYAKITKAN HATI SEMUA ORG YG BERADA DALAM  DEWAN TU TADI.......itu dugaan buat dia kerana BILA BERADA DI ATAS, RIAK DAN BANGGA DIRI SENTIASA BERAJA DI HATI DIA...DOAKAN SAHAJA BIAR DIA MENJADI ORG YG LEBIH HUMBLE DAN TIDAK RIAK satu hari nanti.####

13 November 2014

Allah Sedang Menguji Saya..........Saya redha........


(buku motivasi diri yg sentiasa menjadi bahan bacaan bila diri terasa hiba dengan apa yg berlaku......sesungguhnya DIA yg lebih tahu apa yg terbaik untuk Aku..)


Alhamdulillah........Syukur kerana Ujian Allah mendekatkan diri ini padaNya...Apa yg berlaku ada hikmah yang tersembunyi...Ada yang lebih baik untuk saya nanti....................



30 September 2014

SAYA NAK BAGI nie.....................



Assalammualaikum wbt...

Kepada siapa2 yang berminat untuk mendapatkan al Quran secara free ini ( saya akan bagi percuma ), silalah tinggalkan komen dan email di bawah ini untuk saya email balik pada mereka2 yang berminat untuk mendapatkan details lanjut....atau email ke saya terus...liza_hanum@yahoo.com








########################

Alhamdulillah, terima kasih semua yg email....



11 September 2014

BILER BACA ARTIKEL NIE...MACAM BACA KISAH DIRI SENDIRI..............HURMMMMMMMM


Assalammualaikum......

Sejak dua tiga menjak nie,dan sejak merawat kembali diri ini..memang diri ini mudah tersentuh dan terasa hati...terima kasih jumpa pada kawan2 alam maya yang "private message" di muka buka bercerita perihal perkara yang sama2 diamalami dan pulak tu,memang sedang buat phd.....Insyaallah,dalam n3 akan datang,Liza akan printscreen komen2 tersebut untuk tatapan dan panduan bersama.Boleh anda nilai dan bagi pendapat yang bernas...JANGAN SEWENANG-WENANG mengatakan saya ni malas dan membuat pelbagai alasan...tapi hakikat sebenar,memang itulah yg saya hadapi......Bagi sokongan yang baik kerana tanpa sokongan,pelbagai tekanan akan dihadapi....Mungkin tak giler jer...NAUZUBILLAH.

Apa-apa pun silalah baca kisah sebenar seperti di bawah ini...Apa yg akak tu alami,itulah juga yang saya alami juga....
SesungguhNya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat saya dan akak ni(kisah yg di bawah nie)





BERPULUH tahun daripada muda hingga sekarang telah berusia setengah abad, Syafina (bukan nama sebenar) tidak pernah sihat sepenuhnya.
Dia kerap sakit. Sekejap sakit kepala, sekejap sakit pinggang, sekejap sakit bahu dan macam-macam lagi. Pada mata kasar, orang tidak akan faham jika dikatakan Syafina sering sakit. Ini kerana penyakit yang dihidapinya bukanlah penyakit yang boleh kelihatan.
Bertemu Syafina, yang merupakan rakan sekolah menengah, tubuhnya kini nampak berisi daripada dahulu.
Katanya, dia kini mendapat rawatan steroid bagi meredakan kesakitan yang dialami. Redalah sedikit, namun kemudian akan terasa sakit pada bahagian lain pula. Kesan sampingan akibat steroid, badannya berisi dan muka menjadi tembam.
Menurut Syafina, puas sudah dia berubat dengan doktor. Beberapa kali dia dimasukkan ke wad kerana tidak tertahan dengan sakit yang dialami.
Doktor ingin memantau dan cuba membantu sedaya mungkin. Di hospital, dia diberikan suntikan, lutut atau bahagian yang sakit ditekap dengan beg ais dan sebagainya.
Sesi fisioterapi sudah beratus kali diikuti, namun tiada hasil yang menggembirakan. Malah, dia sudah mengenali semua ahli fisioterapi yang membantunya di bahagian tersebut.
Pelbagai cara rawatan dilakukan, mengayuh basikal, berjalan di atas trek, belakang badan seperti diseterika dan bermacam lagi.
Bercerita bagaimana dia mula mengalami ‘sakit’ yang tidak kelihatan ini, kata ibu kepada tiga orang anak ini lagi, mungkin juga kerana dihantar orang yang tidak suka kepadanya, mungkin juga kerana saka atau memang makhluk halus tersebut bermastautin di rumahnya yang merupakan tapak tinggal makhluk tersebut.
“Semasa anak-anak masih kecil, saya perasan kehidupan rumah tangga saya sentiasa panas. Suami sangat panas baran dan mudah marah. Kadang-kadang saya tidak faham punca kemarahannya kerana dalam baik-baik, tiba-tiba dia akan jadi marah, menengking dan matanya merah.
“Saya banyak bersabar dan memendam rasa. Anak-anak selalu ketakutan kerana apabila suami marah anak-anak akan dipukul teruk. Ini berlaku sehinggalah anak yang sulung memasuki sekolah menengah dan anak kedua serta ketiga mula memasuki sekolah rendah.
“Tanpa saya perasan, rupa-rupanya suami mempunyai teman wanita. Sudah lama juga mereka berkawan cuma saya sahaja yang tidak mengetahui. Kalau tanya, pasti suami akan marah dan bergaduh," kata Syafina yang bekerja sebagai pengurus hartanah di sebuah syarikat swasta di ibu negara.
Tambahnya, oleh kerana dia bukan menantu pilihan ibu mentua dan teman wanita suaminya pula disukai oleh ibu mentua, suami menceraikannya dan berkahwin dengan teman wanitanya itu.
Selepas itu, ujar Syafina, kesihatannya mula terganggu. Ditambah dengan sedih kerana keruntuhan rumah tangga, sakit yang dialami makin bertambah.
Kepala dirasakan sakit seperti seperti hendak pecah, pinggang seperti hendak patah dan bahunya seperti ada yang bertenggek sehingga dia tidak dapat bangun menguruskan rumah tangga.
“Anak-anak saya amat memahami dan mereka tidak pernah menyusahkan saya. Apabila saya berbaring atau tidur sehari suntuk, merekalah yang akan membasuh baju, menyapu dan mengelap lantai, memasak mi segera dan pergi sendiri ke sekolah.
“Oleh kerana kesihatan tidak mengizinkan, saya kerap bercuti sakit. Mujur bos saya mengerti dan menyuruh saya berubat dahulu. Apabila sudah sembuh, barulah bekerja.
“Bagaimanapun ada beberapa orang staf yang selalu menyindir kerana tidak percaya saya sakit sebab mereka melihat saya biasa sahaja. Itulah yang saya kata, sakit yang orang tidak nampak ini susah kerana orang ingat kita berpura-pura.
“Banyak tempat saya pergi berubat. Saya memilih untuk berubat menurut perubatan Islam. Beberapa pusat rawatan Islam atau ustaz yang terkenal saya temui untuk berubat. Kebanyakan mereka mengatakan dalam badan saya ini tempat tinggal jin, daripada nenek moyang jin hinggalah ke cucu. Susah hendak membuang kerana mereka ini degil.
“Saya disuruh mengamalkan membaca ayat al-Quran, membaca surah Yasin setiap hari dan berzikir. Ada nampak perubahan dan berkurang tetapi kemudian sakit-sakit saya kembali semula.
“Hendak kata tak percaya kena percaya juga kerana dalam masa yang sama, saya pergi juga mendapatkan rawatan dengan pakar ortopedik di hospital. MRI, City Scan, X Ray semuanya sudah dilakukan dan hasilnya semua normal. Lutut yang sakit sehingga tidak boleh berjalan, disuntik dengan ubat. Sakitnya jangan cakaplah. Bayangkan jarum sebesar batang mancis dicucuk ke lutut, tetapi kerana hendak sembuh, saya relakan sahaja.
“Pernah juga saya menggunakan tongkat untuk ke pejabat atau ke tempat lain. Malu juga kerana orang mungkin berkata, muda-muda sudah pakai tongkat. Anak pernah hendak membelikan saya kerusi roda untuk membawa saya berjalan-jalan di pusat membeli-belah tetapi saya menolak kerana tidak mahu menyusahkan mereka," ujar Syafina yang kini telah bertemu jodoh dengan kawan sepengajian semasa di universiti dahulu yang juga telah menduda.
Dia bersyukur kerana dipertemukan jodoh dengan suami sekarang yang menerima dirinya seadanya.
Suaminya banyak membantu melakukan urusan rumah tangga apabila dia sakit dan tidak berdaya bangun.
Jelasnya, dia kini masih berulang-alik ke hospital untuk fisioterapi dan berjumpa doktor tetapi jarang-jarang berubat secara tradisional.
Di rumah, dia banyak mengamalkan mengaji al-Quran dan berzikir kerana dia percaya cara ini lebih berkesan walaupun lambat.
Bagi mengurangi rasa sakit pada anggota tubuhnya, setiap hari dia akan memakai pelapik pada kedua-dua lutut, stoking kesihatan dan barut yang menyokong bahagian pinggangnya.
Kata Syafina, dia reda dengan dugaan Tuhan kerana percaya Allah ingin mengangkat darjatnya dan mengurangi dosa-dosanya.
Dia masih bekerja cuma sesekali apabila tidak sihat, dia akan bercuti sakit


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140910/ke_01/Derita-diganggu-makhluk-halus#ixzz3CyV1lQTU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 September 2014

KRONOLOGI PERTANYAAN SAYA TENTANG PERJALANAN PHD SAYA.....................

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah....walaupun tak ok,tapi saya nak update gak apa yg berlaku.....

Biarlah gambar bercerita.Terima kasih banyak2 pada sahabat2 alam maya (group doctorate support) yg sanggup berkongsi pendapat dan pandangan tentang permasalahan saya sekarang......Moga Allah permudahkan segala urusan anda semua..




Inilah jawapan2 yang saya terima dari kawan2 alam maya....thank you so much.Sebanyak 144 komen (termasuk komen saya) yang rata2 banyak bagi nasihat dan pandangan.Itu tak termasuk lagi private message (private komen).Dan saya tank sangka,ada 2-3 orang juga yg menghadapi permasalahan yang sama yg tak boleh diterima logik akal...tapi saya kena terima Qada dan Qadar Allah keran alam ghaib itu memang wujud...Hanya mereka yg kena dan diberi gangguan sakit seperti itu yg anya boleh menerangkannya dan bagitau apa sebenarnya yg berlaku.Orang luar yg tidak pernah mengalami,hanya boleh berkata2 ( dan mungkin cakap,saya hanya beri pelbagai alasan dan malas  untuk siapkan phd saya) tapi hakikat sebenar,hanya ALLAH yang lebih mengetahui.Kerana bila saya nak tumpukan dan buat keje2 phd,masa tulah sakit2 datang,sakit kepala macam kena hempuk batu besar,jjari jemari kaku bila nak taip,badan sakit2...dan yg herannya,bila kita alihkan perhatian buat kerja selain kerja2 phd,memang otomatik sakit tu hilang sekejap...PELIK dan AJAIB...

APA2 pun,TOLONG DOAKAN saya yer...

Silalah baca komen2 yg saya dapat tu yer......saya screen shot dari tab saya....thanks for kawan2 yang komen.































Sekian, dan keputusan saya adalah .........STOP, and WILL try for second change...Yang PENTING,SIHATKAN DIRI DULU..