Assalammualaikum wbt....
Gambar-gambar yang di ambil nie di sekitar campus UTHM...memang hijau jer nampak dan pemandangan ini memang dah biasa di lihat semasa liza buat phd di USM sana.Cuma kat campus UTHM nie,"SWALE" " yang ada,tak sebesar swale yang kat USM....
Tapi kenangan yang tak boleh dilupakan,SWALE di sana memberi seribu satu macam cerita tentang Liza...Bole cek balik CITER INI...dan sehingga kini, kesan daripada itewww, memang sukar nak di pisahkan dari diri.....cuma liza hanya mengharapkan keredhaan Allah dan DIA berkuasa atas segala-galaNya...yang berlaku itu mungkin hanya kebetulan,hanya DIA lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat...
Dan sekarang, student undergraduate ,Liza bagi tajuk lebih kurang apa yang kita telah buat...cuma tak terlalu besar...bagi diorang paham macam mana nak buat projek sarjana muda....
Harap2...semasa mereka mengambail data kat tempat2 macam nie, tak berlaku seperti yang Liza alami...
Liza tak pernah cerita pada sesiapa kan tentang pengalaman Liza semasa ambil data masa buat phd kat "SWALE' tu....hehehe.Pernah masa sibuk2 mengambil data lepas hujan kat satu swale..(masa nie Liza gi sorang sebab masa lepas hujan tu,swale tak penuh sangat dengan air, jadi tak perlukan bantuan kengawan) tetiba kat sebelah tersergam biawak besar bebenor..terperanjat gak masa tu sebab besar dia macam biawak komodo tu...bila plak masa dia datang tu,Liza tak perasan....dada masa tu berdebar tiba2,dan dalam hati siap berkata,aku dtg kat sini bukan nak ganggu kau,aku dtg nak amik gambar dan data sikit....Tapi mungkin dah tersurat kat loh mahfuz,.sejak tulah Liza mula sakit misteri dan sampai sekarang berubat...Agaknya biawak tu jelmaan kot,sebab memang masa amik data tu waktu2 tengahari sebelum nak zohor...huhuhu.Dan bila buat rawatan dengan ustaz yang datang rumah sebab lepas tu Liza boleh lihat dan nampak benda2 yang pelik dan bayangan hitam kat opis dan rumah.....ustaz tu beritahu ada gangguan dari makhluk yang berupa biawak..huhuhu...Sesungguhnya yang berlaku itu atas kehendak DIA juga,....
Sekian dulu.............apa komen anda?
tabah kak liza..InsyaAllah semoga urusan akak dipermudahkan..
BalasPadamhuhuhu seram baca cerita ni..
BalasPadam