29 Disember 2012

APAM SALJU


 Assalammualaikum...wbt...dan salam petang Sabtu...

Kat sini baru jer lepas hujan lebat....hujan rahmat...dan plak tu,Liza wat Apam Salju...memeang marvelesmakan masa panas2 dalam waktu hujan lebat................pergggghhhh...10 ketui masuk  tembolok I tawww....

Gambar atas dan bawahnya nie,masa lepas kuar dari periuk kukus...menunggu sejuk,tapi sebab Liza tak suka sangat cicah dengan kelapa,makan jer waktu panas2 nie...memang sedap....nampak meriahkan warna warni APAM SALJU nie...hehehe...



Resepinya,Liza skodeng dari blog Hana tapi resepi asal dari Cha myresepi...Oleh kerana Liza suka kaler maler...so jadilah apam nie warna-warni seperti gak kehidupan Liza yang penuh warna warni ...penuh suka duka dan pilu......huhuhu..Pernah gak buat APAM nie kat SINI, tapi bila cuba resepi dari HANA dan Cha,lagi sedap ok......Cubalah try test...hehehe

Apa-apa pun,terima kasih pada penyumbang resepi...memang marveles.....


Resepinya  :
sumber dari Hana & Cha

Bahan-bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar ( Liza tak guna )
  • 3/4 cwn gula pasir  
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.Liza bahagiakan adunan kepada 3 bahagian dan letak 3 warna ikut warna kegemaran.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.



Wallaweiiiiiiiiiiiii...memang sedap...



Chow dulu............


2 ulasan:

  1. Blog ni memang the bestlah. Banyak resepi boleh dapat, best2 pulak tu :D

    BalasPadam

Sila komen kat sini;: