23 April 2012

GANGGUAN MISTIK???????????????????....


Maut akibat bisikan misteri

ANAK panah menunjukkan lokasi Fatimah terjatuh dari tingkat lima bangunan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim pada Sabtu lalu.


TANJUNG MALIM - Seorang pelajar perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mendakwa diganggu bisikan misteri ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan E-Learning, kampus terbabit di sini kelmarin.
Kejadian menimpa Fatimah Mina Md. Juferi, 22, dipercayai atas dorongan suara bisikan misteri yang dialami pelajar terbabit sejak beberapa tahun lepas.
Dalam kejadian pukul 5.40 pagi hingga 6 petang itu, pelajar semester empat Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di kaki lima bangunan yang terletak tidak jauh dari Pintu Masuk Timur UPSI.
Seorang rakan sekelas mangsa yang enggan dikenali berkata, Allahyarham Fatimah sebelum ini dilihat mengalami kemurungan kerana mendakwa diganggu makhluk halus.
"Fatimah mengadu bisikan dan gangguan tersebut semakin kerap sejak beberapa bulan lalu," katanya ketika ditemui di UPSI di sini semalam.

6 ulasan:

  1. AL-FATIHAH untuk arwah . semoga dia tenang di sana . amin ..

    BalasPadam
  2. takut bila dgr byk kejadian seumpama ini berlaku...

    adik akak pun pernah diganggu makhluk halus.. tp lebih kepada makhluk halus berupa 'wanita' yg ingin mendampinginya.. terkena kat tempat kerja dia dulu di estet bebar.. maklumlah kan.. dlm kebun/hutan mcm2 benda pun ada yg kita tak nampak dgn mata kasar...

    jenuh berubat sana sini.. alhamdulillah.. skrg dia dah kembali normal & sudah pun hidup bekeluarga..

    BalasPadam
  3. hanya Allah yg maha mengetahui apa yg berlaku

    BalasPadam
  4. alfatihah utk arwah..smoga ditempatkan dikalangan org2 beriman

    BalasPadam
  5. Biar betul. Kesiannya kalau betul. Tgk gmbr tertiarap semalam mcm pakai tudung. Kalau nak kata bunuh diri, tak mungkin kan?

    BalasPadam
  6. Alfatihah buat arwah adik ni...teringat masa adik akak terkena ganggu tahun pertama kat USM hingga terpaksa tangguhkan pengajian selama setahun.Alhamdulillah akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian & bekerja.Hanya mereka dan keluarga mereka shj yg memahami betapa susah nak menangani gangguan2 seperti itu tapi jangan putus asa ,berusaha & bertawakkal pd Allah..insyalah ada penyelesaiannya.

    BalasPadam

Sila komen kat sini;: