Apa khabar semua...alhamdulillah,masih di beri keizinanNya kesihatan yg baik untuk berblogging.Sakit dan sihat itu datangnya dari Allah...jadi,nikmatilah hidup ini dengan sebaik-baik mungkin...hehehe.Okaylah,malas nak ceciter lebih,layan jelah resepi simple tuk orang malas cam saya yer......
Bahan-bahan:
Sebungkus keow teow (400g)
2 sudu besar serbuk lada hitam + 1 sudu kecil serbuk lada putih
Secubit garam + gula
*1 bj bawang besar
*1 ulas bwg putih
Segenggam ikan bilis-dikisar bersama bahan bertanda *
Segenggam udang yng sudah dibuang kulit
Taugeh ikut banyak mana anda suka
2 sudu besar minyak zaitun untuk menggoreng
Cara-caranya :
Panaskan minyak zaitun dalam kuali .Tumis bahan yg telah dikisar halus.Masukkan serbuk lada hitam +lada putih.Perasakan dengan garam dan gula.Masukkan keow teow dan akhir sekali masuk taugeh.Gaul rata dan sebati dan hidangkan.Siap tuk dimakan panas-panas...
Sekian dulu...............
Memang simple dan sempoi...sesuai untuk orang yg malas nak berlama-lama kat dapur.....huhuhu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen kat sini;: