Inilah "swale" (longkang berumput) tempat Liza berkubang mengambil data time lepas hujan selama 2 tahun untuk research Phd Liza.....dan di sini jugalah bermula kisah misteri Liza.................huhuhu
Tajuk kat atas tu macam yer-yer ah je kan....POYO je kan .hehehe...tapi tu lah,apa yang nak Liza tulis nie memang kisah "BENAR" yang memang benar berlaku......dan selama ini memang Liza nak simpan jer apa yang berlaku,tapi sebab saje nak kongsi pengalaman hidup yang berlaku , nak lah kongsi jugak kat kengkawan sume agar berhati-hati sebelum terkena.Kalau dah terkena,memang payah dan susah.Asyik2 sakit jer,walaupun dah pergi berjumpa Doktor spital dan klinik,mereka cakap Liza sihat....tapi...kalau sihat,nape plak bole sakit2 badan ,sakit2 kaki tak bole bergerak,sakit2 kepala dan paling perit sakit badan macam di cucuk2 .Kalau ikut logik akal,nape plak sakit2 tu datang time2 lepas asar dan nak masuk maghrib....huhuhu.......macam magic plak...Dan akhirnya,jumpa perawat Islam.Dan dari situ,terbongkarlah segala rahsia sakit yang melanda diri ini...dan akhirnya Liza semakin mengerti,mengapa ramai orang mengatakan kalo dok kat Perak(Taiping ,Parit Buntar ,Gopeng ker,atau mana2 jer area Perak) kena berjaga2 kerana mainan sihir dan santau memang berleluasa.Mula2 tu memang rasa cam tak percaya,tapi bila dah kena dan mengalaminya sendiri,hanya Allah jer yang tahu azab yang perlu di tanggung.Allah berkuasa atas segala-galaNya,jadi ada hikmahnya atas apa yang berlaku pada Liza.
Percaya ker anda, di sini jugak ada makhluk yang menghuni...hahaha.Ayat poyo je kan......bak kata pepatah Melayu " AIR YANG TENANG,JANGAN DI SANGKA TIADA BUAYA...MEMANG BUAYA TAKDE,TAPI MAKHLUK YANG TAK NAMPAK, BERIBU-RIBAN ADA KAT SITU,MENUNGGU MENCARI MANGSANYA".....tapi betul, di sinilah 10 ekor makhluk yang anda dan Liza tak nampak,ikut menumpang balik dengan berdukung belakang Liza.Sebab tu lepas balik jer dari amik data,demam dekat seminggu dan badan akan sakit2...rupa2nya Liza membawa bebanan 10 makhluk di belakang badan.Cuba anda bayangkan apa yang Liza rasa.....??Cer anda bayangkan camne kita dukung 10 orang kat belakang kita,camne rasanya sakit,camtulah sakitnya badan Liza......huhhuhu.Dugaan betul time2 membuat Phd nie......Apa yang dapat Liza nyatakan,hanya Allah lebih mengetahui dan alhamdulillah,Liza ada suami yang memahami dan sudi menemani ke hulu ke hilir mencari perawat untuk merawat diri Liza....Pengorbanan masa,wang ringgit dan destinasi tempat merawat tu,tak usah di cakap,banyak dah pergi,akhirnya ,alhamdulillah,jumpa perawat yang serasi,dan mungkin juga petunjuk dan hidayah dariNya,tidak sia2 doa Liza selama ini,DIA makbulkan jugak.Alhamdulillah.....tapi,terpaksa pindah balik ke tempat kelahiran kerana memang tak serasi dok sini.Dan itu cara terbaik hasil nasihat dan pandangan ustaz.
Sekarang nie,masih meneruskan rawatan dan dalam masa yang sama,jangan tinggalkan amalan2 yang bole memberi perlindungan pada diri.Doakan Liza yer.Moga tabah dan sabar menghadapi dugaan dan ujian dari Allah nie.....Dan semoga perpindahan balik semula ke negeri kelahiran,memberi seribu satu rahmat dan kesihatan yang baik pada Liza.Nak tinggalkan jauh2 segala pahit manis dan sakit yang perit kat negeri Perak nie,dan bina hidup baru tanpa ada gangguan di negeri kelahiran..AMINNNNNN.
Note : Dalam n3 yang akan datang,Liza akan citerkan plak apa yang berlaku semasa membuat rawatan.Sebijik cam dalam EXPOSE MISTIK.........misteri yang akan diungkap dan dirungkai satu persatu...Tungggu.....!!!!Sekarang nie,n3 masak memasak akan ditangguhkan dulu.....hehehehe