Assalammualaikum dan selamat pagi.................
Dalam sibuk menyiapkan phd sebelum submit tesis,dan diduga dengan pelbagai macam ujian.....akhirnya,setelah menerima petunjuk dan hidayahNya,Liza akan berpindah balik ke selatan tanah air.Tinggal semula di rumahku yang tercinta setelah hampir 3 tahun ditinggalkan.Mungkin ada hikmahnya nie sebab selama berpindah ke sini ,selama tulah pelbagai ujian dan gangguan diberiNya pada diri ini.Mungkin betullah orang kata,area Perak(lebih2 lagi dok tengah2 antara sempadan Perak,Kedah dan Penang) nie memang tempatnya keras ...huhuhu(santau,sihir dan pelbagai jenis lagi buatan manusia yang berantarakan dengan jin,iblis dan syaitan semakin berleluasa)...Dan kerana mungkin ini satu penyebabnya,diri ini terkena ...ntahlah,malas nak ambik pot,semua yang berlaku dengan izinNya dan ada hikmah sumenya tu.Hasil perbincangan dengan supervisor (ngah mengerjakan haji),alhamdulillah,beliau suggest Liza balik semula ke negeri kelahiran kerana beliau sedih atas apa yang berlaku pada diri ini.Sakit di sebabkan.................huhuhu
Alhamdulillah, mungkin dengan cara ini,kaedah terbaik untuk terus meneruskan perjuangan yang tinggal tanpa ada gangguan .Moga Allah mendengar doa hambaNya ini...Doa orang2 teraniaya selalunya dimakbulkan...hehehehe.
Sekarang nie dalam proses mengemas2 apa yang patut dan mencari lori 5 tan untuk mengangkut sume barang yang ada kat sini.2 tahn lepas datang dengan barang yang sikit,dan kini pulang dengan barang yang penuh...huhuhuhu
Suka sangat sebab nak pulang semula ke rumah kesayangan.Dan yang penting boleh menjimatkan duit sebab selama nie dok kat sini,menyewa .
Oklah,semoga tahun baru 2012 yang akan datang nanti menjanjikan seribu satu kebahagian buat Liza.Nak tinggalkan kisah pahit dan sakit di sini dan bina hidup baru semula di negeri kelahiranku Johor.Dekat dengan mak ayah dan adik-adik yang lain walaupun hubby sentiasa ada di sisi,semangat kekeluargaan tu akan terasa kalo berkumpul bersama2 maklumlah keluarga Liza bukannya besar,adik beradik 3 orang jer...so..sendiri bole bayangkan .Alhamdulillah,syukur dengan nikmat yang Allah beri dan petunjukNya yang di beri pada Liza setiap kali lepas solat istiharah dan solat hajat.
Dan kepada rakan2 yang masih nak join 2ND GA,silakan turut serta sebelum ditutup pada 5/11/2011 nie.Insyaallah,bukan setakat hadiah buku tu jer tau,tapi ada yang lain2 lagi yang"rahsia"....dah dapat baru tahu.hehehhe
Da..........assalammualaikum