20 Ogos 2011

KEROPOK LEKOR

 Assalammualaikum dan selamat pagi Sabtu....

Lama Liza tak masukkan n3 menu berbuka....bukan apa,asyik masak menu2 yang simple,malas nak tepek kat blog...
So,bile rajin wat menu nie,dan amik resipi dari BLOGRESIPI  dan BR juga ikut resipi jiya kat myresipi.Tapi tulah,myresipi tak bole nak buka....ada problem...huhuhu.Sori jiya,bukan tak mo link,nanti myrespi dah ok,akak linkkan yer.......

Memang puas hati sebab buat sendiri bole letak ikan banyak2,jadi lebih rasa ikannya......


Keropok nie lepas di celur dulu dn barulah 
digoreng................tgok minyak dia tu....menambahkan kolestrol tu




Yang nie plak,tak di celur dalam air panas,lepas di gentel dan uli terus goreng.....pun sodap gak....

Keropok Lekor 
sumber :Jiya & BR


BAHAN-BAHAN:(Liza buat separuh adunan jer)


1 kg ikan kembung 
5-10 ulas bawang putih
1 kg tepung ubi/kanji 
2 cawan tepung gandum 
1 sudu kecil baking powder
Garam secukup rasa
Perasa
Air


CARA-CARANYA:
  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli…
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer…
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.


Hasil yang telah di gentel dengan saiz yang tak sama.......hahaha.Malas sebenarnya tu,janji ada nampak ala2 kepok lekor...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;: