31 Julai 2011

SALAM RAMADHAN 2011

 Buat semua kengkawan........





Moga gembira menjalani ibadah puasa pada tahun ini...



CUTI2 JAKARTA-BANDUNG ...PART 1


Assalammualaikum...............
Hari nie baru sempat nak tepek gambar2 masa di sana.....
Layan gambar je dulu yer...tupun baru sebahagian je ni  dulu sebab 'beruk band" lembap plak kat umah mak nie...huhuhu.Memandangkan nak sambut ramadhan,Liza skrg berada di Johor nak sambut bsama2 mak ayah...hehehe




Masa tiba di Saekarno Hatta International Airport,jam kat sana menunjukkan kul 6.30 ptg dan dah gelap dah.


Nanti sambung lagi.................huhuhu

Lembap cam siput tul BERUK BAND  nie...


29 Julai 2011

INFO TUK KENGKAWAN YANG NAK GI KOREA..............


Kepada kengkawan sealiran yang berminat nak pi conference 2012 punya, sambil makan angin,bolehlah gi kat international conference nie yer.....kat Pulau JEJU,KOREA.....
Jom kite pi sana dan jumpa di sana.....hehehehe...
Jangan lepaskan peluang yang ada nie sbb orang kata Pulau tu cantikkkkk...hahahaha.
Kita guna budget U dan KPT yang ada yer...




27 Julai 2011

TERIMA KASIH ..................



Kepada followers dan peserta yang menyertai "GIFT SURPRISE"...Liza ucapkan bebanyak terima kasih kerana sudi turut serta .Kepada pemenang2,sila hantar details yang diperlukan ke alamat email yang Liza bagitu..Ada beberapa orang  peserta lagi yang belum bagi details kat Liza....sekiranya semua dah bagi,senang untuk Liza poskan sekali semuanya.....tak banyak keje nak pos satu2.....
Dan kepada peserta yang tak bertuah,jangan putus asa.....mana tau,tuah anda pada GS dan GA yang akan datang ker...hehehhee..Liza akan buat lagi GIFT SURPRISE dan GA sekali lagi pada bln 10 nanti bersempena 2nd Anniversary blog ini plak nanti...so,tunggu jelah yer......




ROTI INTI DAGING BERKEJU

 Assalammualaikum....
Baru berkesempatan nak tepek menu yang di buat tuk makan malam semalam....konon2nya malas nak makan nasi,makan roti jer...so buat lah menu sempoi nie.Malas nak citer panjang2,meh layan gambar dan resepi sempoi...almaklumlah,orang yang buatnya pun sempoi...Main campak2 jer pun jadi...hehehe.Sebenarnya malas sebab dah seminggu lebih tak main masak2 kat dapur sebab selama seminggu kat Jakarta-Bandung tu,asyik sental nasi padang dan bakso jer....tu jer yg bole masuk kat tekak nie...so nak lepaskan gian masak menu sempoi jer sekarang ni sebelum puasa nanti,.....

ROTI INTI DAGING BERKEJU

Bahan-bahan :
4 buku roti burger - buang isi ditengah2nya
1 biji bawang besar-dicincang halus
2 ulas bawang putih-dicincang halus
2 biji kentang dipotong dadu halus
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar jintan manis
3 keping daging burger di hancurkan
garam & gula secukup rasa
4 keping keju cheesedale

Cara-cara :

INTI
  • Tumiskan bawang merah ,bawang putih hingga naik bau.Masukkan serbuk kari dan serbuk cili serta jintan manis.Masukkan kentang  dan kacau .
  • Masukkan daging burger yang dah dihancurkan.
  • Perasakan dengan garam dan gula.Gaul sebati dan masak sehingga semua bahan sebati dan daging burger dan kentang masak.
  • Bila dah masak,angkat dan ketepikan

  • Roti burger yang telah dikorek tengahnya (jangan korek sampai bawah,korek separuh jer),diisi dengan inti yang di masak tadi.
  • Isi penuh inti tersebut dan lapiskan dengan keju cheesedale.
  • Pastu bakar dalam oven dalam 20 minit sehingga keperangan.
  • Siap dan bole dimakan...makan panas...sodap..hehehe









Sebelum dibakar


Lepas kuar dari oven dan makan panas2.....perggghhh.



26 Julai 2011

JENG..JENG..JENG.....PESERTA BERTUAH :"GIFT SURPRISE"..........



"

"

"

"

"

"

"





CABUTAN TELAH DI BUAT  SEPERTI  DI BAWAH :

'
'

Nama- nama peserta




Dah di potong2 masuk dalam bekas......................dan



my hubby tolong pilih untuk cabutan bertuah....hehehe
'
'
'
'
'
dan
'
'
peserta yang bertuah mendapat "surprise gift" itu adalah :

TAHNIAH 




Oleh kerana "gift surprise"...hadiah tu tidak di paparkan di sini....hanya mereka2 yang menang akan tahu apa surprise gift tersebut...hehehe.Nak tau hadiah apa, tunggu diorang saje yang war2 kan kat blog masing2.....daaa.....oppssss, para peserta yang menang, perlu emailkan detail seperti nama PENUH, alamat dan telepon ke email  leezahanum@gmail.com

Hadiah akan di pos sekali, bila Liza dah dapat semua senarai lengkap nama para peserta




25 Julai 2011

SEDIH , SAYU DAN SIMPATI...BILA SAHABAT BAIK KITE..............

Assalammualaikum ....



Sedih,sayu, hiba dan simpati ...bermacam2 perkara bermain di fikiran bila dapat tahu sahabat baik yang sama2 berjuang di sini wat phd, mendapat serangan stroke....lumpuh bahagian sebelah kanan....dan memang tak sangka sebab kami memang selalu berkongsi2 cerita dan masalah berkaitan phd .Selalu makan sama ,lepak kat library bersama dan kemana2 sahaja bersama time2 tengah study dan wat keje kat kampus nie.Tup-tup, bile tetiba teringat kat dia,Liza tepon dan panggilan tak berjawab....suami dia jawab yg sahabat Liza tu sakit ,masuk wad dan lumpuh belah kanan.Bagai terkesima seketika sebab rasanya baru semalam jer bergelak tawa bersama di kedai makan menikmati menu kegemaran kami di warung faveret,tiba-tiba dengar khabar,dia kena stroke...subhanallah.....Allah maha berkuasa atas segala2Nya...dan sahabat Liza tu baru 35 thn.....STROKE @ ANGIN AHMAR tak kira usia untuk menyerang sesiapa...Sedih sangat dengar sebab ada beberapa bulan lagi sahabat Liza tu akan siapkan Phd dia....dlm proses siapkan writing dan di jangka bulan 10 nie siap...tapi takdir Allah mengatasi segala-galaNya....dia terpaksa menangguhkan pengajian sehingga pulih sedia kala.....Sayu sangat bile dia memang tak ingat sesiapa...Liza, sebagai rakan baik dia sendiri pun dia tak kenal....sedihhhhhhh....
Liza doakan sahabat baik Liza nie cepat sembuh dan pulih seperti sediakala...keadaan dia tak mengizinkan sangat....mak dia pun dah kata perangai dia kembali macam budak2...kesian dan sedih sangat bile  mendengarnya...hanya sempat melawatnya sekali..Insyaallah,jika diizinkanNya  Liza akan melawatnya kembali kerana sekarang dia berada jauh di Selangor.Kalau dia balik semula berubat di kampungnya di Perak, mudah untuk Liza mengetahui keadaan sebenar dirinya...

Hari nie Liza nak kongsi skit pasal doa untuk di amalkan untuk mengelakkan ANGIN AHMAR @ STROKE.... 




APA ITU STROKE / ANGIN AHMAR?( sumber : IBNClub )

Strok/Angin Ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.



Strok/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.

Tanda-tanda awal sebelum terjadi Angin Ahmar seperti berikut:
  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan.

atau nak lebih baik,bole beli buku seperti kat bawah nie.....untuk amalan kite semua...







23 Julai 2011

ALHAMDULILLAH............SLMT KEMBALI KE TANAHAIR TERCINTA


KLIA....(ehsan dr google)


Alhamdulillah.................selamat mendarat di KLIA dan sekarang tengah menunggu bas plak tuk pulang ke Penang...memang penat ala2 melancong budget back packers nie...hahaha.Sambil2 wat keje,sambil2 melancong.....tengah menunggu bas kul 2.30 pm ke Penang nie.....sib baik kat Puduraya nie tak panas cam dulu2....aircond di semua tempat,rasa relaks dan tenang.Tunggu masa tuk bersolat,pastu baru naik bas plak....huuhuhuhu...walaupun penat tapi destinasi belom sampai lagi kat rumah tercinta...dah rindu kat tilam dan bantal di rumah....
Esok2 nanti,Liza update tentang cerita-ceriti di Jakarta dan Bandung....sampai demam2 kat sana sebab jem dan sesak dengan manusia,tu yang tak tahan.Sakit kepala,sakit badan,segalanya sakit...sampai demam....sib baik pergi sana jadi jutawan segera sekejap,jadi tak terasa sangat walaupun demam...hahahaha...

Daaaa..............nanti Liza update n3 semasa di sana yer.......

note:peserta2 yang bertuah,akan Liza umumkan setelah sampai di rumah yer...esok lusa akan adalah pengumumannya tu..hehehe.TUNGGGGGUU.....



15 Julai 2011

MULA CUTI BERBLOG FOR.......................


Kepada peserta2 dan follower yang masih nak join "GIFT SURPRISE",  penyertaan masih di buka sehingga                       16 Julai  2011 - 23.55pm

Dan blog ini akan mula cuti bersama2 tuan punya blog yg akan jugak bercuti sehingga tarikh 30 Julai 2011.

Nama2 peserta yang bertuah akan diumumkan setelah tuan punya blog dah kembali semula ke tanahair.Tunggguuuuu.........Liza akan tepek sekali hadiah surprise tu yer....hehehe

Akhir kata.....DOAKAN keselamatan dan kesejahteraan dan moga semua urusan dipermudahkanNya......
INSYAALLAH...AMIN 



ehsan dr google






ENGLISH COTTAGE BREAD









Assalammualaikum dan selamat pagi................
Saje nak tayang roti yang Liza buat petang semalam .Ikut resepi dari dapur Mat Gebu.Oleh kerana kawan yang datang akan balik ke Johor pd malam tadi,sempatlah jugak Liza wat roti untuk dibekalkan sebagai buah tangan untuk member bawak pulang ke rumahnya di Johor.Lembut dan gebu jer.Thanks Mat.....Izinkan saya tepek resepi kat sini yer....
Dan alhamdulillah,member sms kul 6.30 pagi tadi yang beliau dah selamat sampai ke rumah........

































 BAHAN-BAHAN :(Sumber: MAT GEBU-DTS)
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
30 gram gula halus
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 3/4 camca teh instant yeast
30 gram telur (kacau 1 biji telur, dan timbang)
130 ml air sejuk (dari peti ais)
30 gram mentega
Sedikit mentega, untuk disapu*
Sedikit gula untuk ditabur*
3 sudu besar susu pekat manis-Liza saje letak bagi roti tu manis sikit

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan bahan diatas kecuali yang bertanda (*) dan mentega. Gaul hingga semua sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus bekas tadi dengan plastik, perap 1 jam atau hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, kecuali bahan bertanda (*). Pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. Gris acuan  dengan mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian gulung doh tadi seperti swiss roll, kemaskan dan masukkan ke dalam acuan tadi. Biar kan selama 45 minit hingga naik.
  3. Dengan menggunakan pisau tajam, toreh memanjang permukaan roti tadi. Sapu sedikit mentega dan tabur dengan gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau kuning keemasan bergantung pada oven masing2.
  4. Bila roti masak, keluar dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya...







14 Julai 2011

MOIST CHOCOLATE CAKE



Assalammualaikum dan selamat petang....

Baru berkesempatan nak tayang menu malam tadi yang di buat sebab ada member datang.....Tak tau nak wat apa setelah diner,jadi kek nie sebagai cemil-cemilan  ketika duduk2 berborak dan bersembang.Jom layan resepi yang Liza amik dari rumah kak Umi.Thanks kak Umi sebab resepi kek moist nie memang sebab , gebu jer bila masuk kat molot nie....Tak yah letak2 topping ganache dengan coklat cair tu,togel2 cam gini je pun dah sodap......dan Liza minta izin tuk tepek kat sini yer...


Tunggu masa tuk membakar diri....Liza guna loyang aluminium tu jer....



Bahan:(sumber -Kak UmiZaihadi

  • 2 cawan tepung gandum } diayak
  • 2 sk baking powder } bersama
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telor gred A
  • 250 gm butter
  • 2 sk esen vanila
Bancuhan koko (Pes Coklat):-
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas
  • 1/2 cawan susu cair (akak guna fresh milk)


Cara Membuat:-
  1. Untuk bancuhan koko, masukkan serbuk koko, gula halus dan air panas dalam periuk. Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat. Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap. Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
  2. Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
  3. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  4. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
  5. Masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan bancuhan koko tadi. Gaul rata dengan spatula.
  6. Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C. (resepi asal hendaklah dibakar dengan api atas bawah, tapi Liza ikut cara kak Umi, bakar macam kek biasa, api bawah sahaja, ok je)


12 Julai 2011

INFO DARI KOSMO....

Sekadar berkongsi info dari KOSMO........


Dulu obes kini anoreksia


MALISSA mampu bertahan hanya setahun selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik. Kini dia sedang bertarung dengan anoreksia yang boleh membawa maut.


EMPAT tahun lalu, Malissa Jones, merupakan remaja tergemuk di Britain dengan berat badan 215 kilogram (kg).
Dia sangat menggemari coklat, kerepek dan makanan bergoreng malah mampu menghabiskan 10 bar coklat Mars dalam satu-satu masa.
Selain itu, pola pemakanannya juga bukan di tahap normal apabila dia mengambil 15,000 kalori sehari iaitu 7.5 kali ganda daripada kadar yang sepatutnya diambil oleh gadis seusianya.
Keinginan untuk sentiasa makan dan mengunyah memuncak apabila waktu malam. Dia mengaku pernah berkejar ke peti ais dan makan daging burger mentah dengan gelojoh.
Tabiat pemakanannya yang melampau itu akhirnya memberi masalah lain kepada Malissa.
Tubuhnya yang semakin berat menyukarkan pergerakannya sehingga dia memerlukan alat bantuan oksigen ketika tidur. Malissa turut menghidap lelah dan mengalami masalah jantung yang sering dihidapi orang berusia.
Lantaran itu, ketika umurnya 17 tahun, pada tahun 2008, Malissa mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan pintasan gastrik walaupun kaedah itu boleh membawa risiko maut kerana dilakukan pada remaja sepertinya.
Dia mengakui doktor memberi amaran tentang risiko yang terpaksa diambil dan dia boleh meninggal dunia. Namun, Malissa berpendapat dia tiada pilihan kerana lama-kelamaan dia akhirnya akan mati.
Menjadi orang termuda yang menjalani pintasan gastrik di dunia, pembedahan ke atas anak kelahiran Selby, North Yorkshire itu bukan sahaja berjaya malah lebih separuh berat badannya hilang dalam masa setahun.
“Dalam tempoh itu saya seperti menemui dunia baharu. Saya pergi ke kelab malam setiap hujung minggu dan memiliki ramai teman lelaki kerana rasa lebih menarik dan yakin terhadap diri sendiri,” katanya.
Menurut laporan Daily Mail Online, Malissa sempat berpacaran dengan teman lelakinya, Chris Robottom, 22. Mimpi ngeri Malissa bermula ketika dia hamil enam bulan.
Dia berdepan dengan masalah kegagalan fungsi hati sehingga memaksa bayinya dilahirkan dengan kaedah pembedahan. Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia sejam selepas dia dilahirkan.
Kehamilan itu turut menyebabkan berat badan Malissa menyusut secara mendadak sehingga dia hilang minat terhadap makanan dan disahkan anoreksia.
“Badan saya seperti menerima kejutan apabila menjadi terlalu kurus.
“Bukan tidak mahu makan, tetapi menelan secebis makanan hanya membuat saya bertambah sakit,” katanya yang hanya mengambil tiga batang lobak merah, sebiji ubi dan kentang panggang dengan nilai 300 kalori setiap hari.
Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Dr. Funke Baffour dari Waltham Cross, Malissa mungkin menerima gangguan psikologi apabila dia kini terpaksa berdepan dengan kesan pembedahan yang dijalaninya dahulu.
“Ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila dia cuba menyekat sebarang perhubungan dengan makanan.
“Kemungkinan Malissa takut untuk menjadi gemuk kembali, jadi dia mencuba untuk menjauhi dirinya dari menjamah makanan,” katanya.
Memiliki ketinggian 1.7 meter, Malissa kini hanya memiliki berat 50kg.
Terkini, doktor memberinya amaran untuk meningkatkan selera makan atau dia terpaksa berdepan dengan risiko maut dalam tempoh enam bulan.

10 Julai 2011