23 Mei 2011

SATE AYAM & DAGING GORENG


Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Hari nie projek wat sate ayam dan daging goreng...hehehe.Pagi2 gi pasar dan beli bahan2 yang patut untuk rencah2 sate nie termasuk ketupat mini segera.Balik pasar dalam kul 11,dah prepare bahan2 dan perap dalam esbok.Petang kul 5 tadi baru goreng dan buat kuah kacangnya.Jadi,time makan tengahari tadi,makan lauk sempoi jer...hehehe.Malu nak tayang kat sini,jadi tayang menu sate goreng nie yang mengancam jiwa dan tekak..hahahaha.....

Jom layan gambar dan resepi yang Liza rujuk dari internet.Sumber dari MESRANET dan RINCCHAN...hehehe



Daging ayam dan lembu yg telah diperap selama 8 jam


BAHAN-BAHAN (cukup utk 3-4 org makan)
sumber : MESRANET

400g daging ayam (potong kecil-kecil)
400g daging lembu (potong kecil-krcil)
2 batang serai *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
1 inci lengkuas *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang merah *
2 sudu serbuk jintan halus
2 sudu serbuk jintan kasar
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu madu
garam dan gula secukupnya

* Semua bahan yg bertanda ini dikisar sekali

Cara:

Sediakan ayam  dan daging yang telah bersih dalam mangkuk. Masukkan kesemua bahan diatas dan gaulkan. Rasa masin dan manis ikut selera sendiri. Kemudian perap sekurang-kurangnya 1 jam(Liza perap 8 jam) sebelum di goreng dgn minyak yg sedikit. Goreng hingga masak dan kekuningan.



 
Tengah goreng dalam kuali non stick...jadi,guna sedikit minyak zaitun jer 



KUAH KACANG
Ssumber :RINCHAN

Bahan-bahan:


300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
3 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam
Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 sudu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:

1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus,
    sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak
    masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan
   mendidih sambil dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala.
   Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-
   kelamaan ia akan pekat.
6. Rasakan garam, gula dan masamnya.

* Pastu lawankan dengan sate ayam & daging goreng.Ketupat mini segera,Liza masak siap2 awal pagi....


Sate and the geng..................





Jom...jemput makan semua.......hehehe












5 ulasan:

  1. Assallamualaikum Liza..
    Sedapnya dapat makan sate...Ish best...

    BalasPadam
  2. Wah! Bestnya...ada sate goreng2 je...senangnya...tak yah nak cucuk2 kat lidi...pas tu nak bako2...
    Perap...pas tu goreng....cam best je ni....he he....jimat masa ...jimat tenaga...:)

    BalasPadam
  3. wow... mcm best jer... nanti ade mase nk cuba gak lah...

    BalasPadam

Sila komen kat sini;: