31 Mac 2011

KUIH BAKAR PISANG


Ermmmm....kuih nie plak,dibakar pada malam hari semalam.....Masak kul 9.00 mlm dan siap dibakar kul 10.00 mlm...Saje wat sebab nak bekal gi opis hari nie...hehehe.Dan resepinya Liza amik kat rumah kak Zana Inspirasiku.Minta izin kak Zana tuk tepek resipinya kat blog Liza nie.Dan,memang puas hati sebab sedappp...hahaha



Lepas kuar oven.........................


BAHAN2:

1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*


CARA2:
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat
5. Sejukkan.. baru di potong..








 






ASAM PEDAS BUNGA KANTAN

 Assalammualaikum.......................
Baru berkesempatan nak tepek menu diner semalam....hehehe.Orang lain sume dah tepek kat blog memasing menu hari nie punya,tapi Liza........Takpelah,janji tepek gak kat blog kan........Sori yer....Owang lain masak asam pedas tuk makan tengahari,Liza plak,wat makan malam......hehehe.Pastu,pagi tadi...faham2 jelah kalo dah makan pedas2 cam gini...esok pagi,bole kira masuk Tan.........huhuhu.Resipi main campak2......Janji masuk tekak sodapppp....hehehe.Jomz layan resipi yg ado yer...





BAHAN :



3 potong ikan merah

3btg bunga kantan- dibelah empat
4 sudu besar cili kisar - Liza beli jer cili kisar kat kedai,tak sempat nak kisar2
2 biji bawang besar-dihiris halus
2biji bawang putih-dihiris halus
1/2 (setengah) inci halia-dihiris halus

1 kpg asam keping

air secukupnya

garam dan gula secukup rasa
sedikit myk utk menumis





CARA:


1. Panaskan myk dlm periuk. Tumiskan  bawang2 yg dihiris dan halia,pastu masukkan cili kisar. Kacau sampai cili kisar masak dan barulah  dimasukkan air. Tmbh garam & gula secukupnya.


2. Dah menggelegak kuahnye tu barulah masukkan ikan dan bunga kantan. Sesekali kacau hingga masak. Siap utk dihidang...

30 Mac 2011

PASTRY POKOK DUIT


Assalammualaikum sume.........baru sempat liza nak tepek menu semalam punye.Benda yg simple nak wat sebab kat esbok memang selalu simpan kulit pastry kawan.So,masuk blog DTS-Mat Gebu,Liza watlah resepi sempoi nie...Main gulung2 dan pastu potong........hehehe.

Yang nie letak mayonis dan bijan ...........

Resepi asal bole masuk dan tengok kat blog MAT GEBU.....so,anda sume bole tengok kat blog situ yer sebab Liza  malas nak tepek resepinya kat sini...Daa....nak sambung study dulu...




Yang nie,liza pi letak sos cili dan mix vege...hehehe.Saje nak tuko selera......









29 Mac 2011

Teman Sejati



LAYAN LAGU NIE TIME BUSANNNNNNN KAT SCHOOL...TERINGAT MASA ZAMAN BELAJAR DOLU2 SEMASA AMIK DEGREE....LAGU NIE SENTIASA MENEMANI KALA SEPI....hahahaha

25 Mac 2011

KROKET KENTANG MAYONIS






Ermm....tak tau nak makan apa tadi,tapi tekak teringin mau makan ala2 kentang gitu...So,masuk blog Hana,watlah kroket nie.Malas nak citer panjang2,layan gambar dan resipi dari blog Hana yer...Pepun,thanks Hana(dah selamat sampai Msia)....Liza amik resipi nie dan tepek kat sini....





Bahan-bahan

  • 5 biji kentang medium
  • 1/4 biji bawang besar - cincang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu makan gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg maizena 

Cara-cara

  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang. Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Bentukkan oval dan leperkan sedikit.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dikacau. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.






POPCORN KARAMEL GULA MERAH


Salam pagi Jumaat....Semalam Liza cubalah wat popcorn sendiri nie sebab saje nak try test membuatnya sebab ramai yg kata paling mudah dan simple nak buatnya.So,apa lagi,beli satu peket jagung kering tu dan eksperimen kat kuali je.Pastu saje guna gula merah nak tengok camne rupenya popcorn nie kalo guna gula merah.....Nampak betul karamelnya yg warna coklat pekat tu.....hehehe

Bahan-bahannya 
(sumber : ALUDRA MYRESIPI )


1 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
jagung kering secukupnya 
garam secukup rasa



Bahan Karamel 
1 sudu mentega/margerin
2  sudu besar gula pasir + 3 sudu besar gula merah(ikut suka/byk mana pop corn yg ada)


Cara-caranya

  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Mula2 guna api kuat untuk panaskan minyak & butter.Dalam 2 minit lepas tu turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk.
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam). 


Untuk Karamel

Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. .









24 Mac 2011

RICH CHOCOLATE BROWNIES


Semalam Liza wat brownies nie setelah lama tak memasak.Bz tul,makan dan masak pun yg ala kadar jer...jadi tak mo lah masuk n3 kat blog nie...So,wat brownies nie pun sebab nak celebrate sum one special punya besday yang dah lepas 4 hari lalu.Tu pun,tak cung mana,tapi orang yang makan brownies nie kata sedapppppppp hingga menjilat bibir...hahaha.Terima kasih atas pujian yg ikhlas tu....Dan resepinya Liza amik dari Dapur Mat Gebu.Walaupun kek yg Liza wat nie tak secantik dan semegah Mat Gebu punya,tapi alhamdulillah....laku gak kek nie.Dalam esbok tu adalah 2 -3 ketui lagi...petang nanti,balik jer dari opis nie,nak melantak perabiskan.Sejuk2 makan,sodap...hahaha.Thanks Mat atas resepi yg sodap nie dan Liza copy paste resipinya kat sini yer.....

Oleh kerana orang yg membuatnya tak seprofesional sifu2 masak yg lain,maka hiasannya pun main taram jer...hahahah.Janji bila masuk molot...sedappp





BAHAN-BAHANNYA (Sumber :Dapur Tanpa Sempadan)
1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, grea A
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair 
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN GANACHE :
300 g coklat masakan*
1 camca teh mentega*
3 - 4 camca besar susu cair*(*satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan)

BAHAN HIASAN :

Coklat urai warna warni
Kacang yg ditumbukCARA MEMBUATNYA :

  1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata.
  2. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam loyang yang telah disapu mentega dan sebahagiannya liza wat dalam acuan mufin.
  3. Bakar pada suhu 160C selama 50 min - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan chocolate ganache, chocolate urai dan kacang.






INFO UNTUK SEMUA...............

Salam pagi Khamis......

Liza saje post entry nie untuk peringatan diri sendiri dan kengkawan yg lain.Sebab utamanya kerana kawan Liza sendiri dah kena penyakit nie,dan Liza yg tolong dia pi sana sini untuk wat check up.Jadinya,kalo sesapa ada simptom2 yg sebegini,cepatlah gi check sebabnya kawan Liza takde batuk2,tapi bengkak sume kelenjar dia.....Dan tibi nie ada pelbagai jenis.............


Pastu nak baca artikel2 berkaitan tibi :
1. paramedik 
2.ruzlan
3.bintangkejora

Tibi bukan santau



ABDUL RAZAK menunjukkan keadaan paru-paru jika seseorang terkena jangkitan kuman tibi.




RAUT wajah Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif, berkerut tatkala mengulas mengenai sikap sesetengah masyarakat alaf baru yang masih degil.
Beliau sendiri kurang faham dengan stigma rakyat negara ini yang sering mengaitkan penyakit tibi dengan santau.
"Sebagai doktor pakar tibi yang berpengalaman lebih sedekad, saya sering berjumpa kes yang mengaitkan batuk berdarah dikaitkan dengan santau.
"Biasalah bomoh, dia akan cakap orang ni, orang itu buatlah. Lepas itu, bagi ubat jampi tapi masalahnya, mangsa tidak sembuh-sembuh," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Abdul Razak mempunyai cerita sedih mengenai kepercayaan itu.
"Dulu, saya pernah merawat pelajar sekolah yang batuk berdarah, keluarga fikir anaknya kena santau jadi mereka jumpa bomoh. Bila jumpa saya, dia makin kronik dan akhirnya meninggal dunia.
"Tahun lalu juga, berlaku tragedi sama yang melibatkan seorang pelajar berusia 16 tahun," kata doktor pakar yang pernah bertugas di Pulau Pinang, Terengganu dan Kelantan sebelum bertugas di IPR Kuala Lumpur.
Sememangnya kupasan mengenai penyakit berjangkit itu sangat panjang. Abdul Razak turut ditanya sama ada penggunaan shisha boleh mendedahkan seseorang kepada tibi.
"Jawapannya tidak, melainkan individu yang menghisap shisha itu merupakan penghidap tibi dan kemudiannya berkongsi paip shisha dan menghembuskan asap ke udara," jelasnya.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu dokumen yang bertajuk, Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise menyatakan, tembakau dalam sebarang bentuk termasuk shisha tetap berupaya mendatangkan bahaya kepada penggunanya.
Satu sesi penggunaan shisha di antara 20 minit hingga 80 minit akan mendedahkan penggunanya kepada asap yang lebih banyak pada masa yang lebih lama berbanding sebatang rokok.
Asap daripada shisha yang terhasil daripada pembakaran tembakau dan arang juga mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu, ia juga terkandung hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang dikatakan elemen penyebab kanser tetapi kadarnya belum dapat dipastikan.
Kemiskinan tegar


PESAKIT tibi dinasihatkan berterusan bertemu dengan doktor walaupun sudah berasa sihat.



Walau bagaimanapun, kata Abdul Razak, kajian mengenai shisha belum dilakukan secara intensif seperti rokok.
Adakah pendatang asing penyumbang utama kepada jangkitan tibi di Malaysia? Jawapannya juga tidak.
Abdul Razak berkata, hanya 10 peratus pesakit dijangkiti tibi kerana tahap kesihatannya tidak disaring, tetapi di antara 70 hingga 80 peratus daripadanya disebabkan faktor lain seperti kemiskinan tegar. Selain itu, ia juga mempunyai kaitan dengan penyakit kronik seperti diabetes, kanser dan HIV serta mereka yang kuat merokok.
Menceritakan tentang senario penyakit maut itu di Malaysia, beliau memberitahu, jumlah kes tibi mengalami peningkatan kes satu peratus dalam tempoh setahun.
Itu semua kerana masih ramai yang kurang ambil tahu dan kurang kesedaran terhadap tibi.
"Setiap tahun berlaku peningkatan pesakit tibi dan tahun lalu saja ia mencecah hingga 18,000 kes, membabitkan kira-kira 1,600 kematian yang dibimbangi terus meningkat," ujarnya sambil memberitahu, IPR sering menerima pesakit pada tahap kritikal. Sedangkan penyakit tibi sebenarnya dapat disembuhkan dalam tempoh enam bulan mengikut preskripsi yang ditetapkan.
Justeru, beliau menyarankan agar orang ramai yang mengalami simptom tibi segera berjumpa doktor yang bertauliah untuk dapatkan nasihat.
"Janganlah kerana kita, orang lain yang tak bersalah turut terjejas.
"Mesej terakhir daripada saya, bersama-samalah kita berganding bahu mencegah penyebaran penyakit bahaya ini," katanya penuh harapan.
Sempena Hari Tibi Sedunia yang disambut setiap tahun hari ini, pihak institut juga dijadualkan akan mengadakan sambutan hari bersejarah itu pada 28 Mac di IPR di Kuala Lumpur.
Pelbagai acara diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan secara percuma. - MAZLINA ABDUL MAJID

(sumber : Kosmo)

22 Mac 2011

PENGALAMAN DARI KENGKAWAN YG SEALIRAN....alhamdulillah

Kekadang tu dalam blur2 study,memang pada satu peringkat tu,buat macam mana sekalipun,still tak bole nak concentrate....Jadi,dari memeningkan lagi kepala yg memang dan fenin,baik layan masak kat dapur...hahaha.Kat bawah nie,komen2 dan pengalaman rakan2 yg sealiran,bila baca komen diorang,cam betul jer apa yg berlaku kat diorang,berlaku gak pada diri sendiri........................






I really appreciate if any of my wonderful friends here could share your experiences, tips and advices on how to coop with stress, 'blur-period', no momentum, no mood, please-please-please.. ^^V

  • 4 orang menyukainya.

    • Nur Azfahani Ahmad even my spelling is going wrong now--sorry-- ("Cope")--blur**
      Isnin pada pukul 6.07 ptg ·  ·  Seorang

    • Sheeqin Mn when i stressed out or blur.. i sleep.. hi hi..
      Isnin pada pukul 6.36 ptg ·  ·  2 orang

    • Azza Jauhar I meddle with the garden!
      Isnin pada pukul 7.00 ptg ·  ·  Seorang

    • Ahmad Faisal Alias hahahahahaa... ingtkn mike nk mauk reban td, pani
      Isnin pada pukul 7.20 ptg · 

    • Nur Azfahani Ahmad agaggagagag--sy dh penin nih--tgk screen pon kecik je mata--
      Isnin pada pukul 7.26 ptg · 

    • Nur Azfahani Ahmad tu yg sy comment pastu--betulkan ejaan--penin
      Isnin pada pukul 7.27 ptg · 

    • Ahmad Faisal Alias huhuhuhuuu... kt sini baru tgh azan menggerib
      Isnin pada pukul 7.27 ptg · 

    • Anita Adnan when i started this phd, i have a very unrealistic expectation - i tried doing more than i could - nak cepat abis. and then i started to panic, i had low level of motivation, self doubt, and self destructing behaviour. my advice - dont follow other ppl's pace. you have to be realistic on how many things you can do in a day - and jot them down. kalaupun dapat menulis setengah mukasurat - dah cukup bagus tu!
      Isnin pada pukul 7.31 ptg ·  ·  5 orang

    • Mohd Fauzi I fully agree with Anita. I started wanting to present papers, even write books etc. But later i realized that the most important thing is just to focus on your PhD. The best relaxation for me is taking time off for a day to recharge my self and restrategise for the next phase.
      Isnin pada pukul 7.50 ptg ·  ·  3 orang

    • Dilla Mohd 
      Stress wise: Get ur self a hobby. That's what I do. Be it cooking, baking, reading, gardening, watching movies, whatever it may be, as long as it is something you can turn to when you under stress.


      No mood, no momentum, blur period wise: I ...Lihat seterusnya..

      Isnin pada pukul 11.06 ptg ·  ·  6 orang

    • Siew Shir Way Hi Nur, you did a good job by putting your 'stress and others' on FB support group. Most of the time when we are blur blur... we need a/ a lot of listener(s) or supports. Sini, you got all of us. Keep it up, you will find your way.
      Semalam pada pukul 12.21 ptg ·  ·  2 orang

    • Nur Azfahani Ahmad Thank you all--thank you for a wonderful insight and sincere advices..really appreciate it--will need to hv my own 'mind-therapy' thingy after this =) toche!!toche!
      20 jam yang lalu · 

    • Noridah Ramli Dalam apa jua tindakan dahulukan Allah..InsyaAllah
      20 jam yang lalu ·  ·  Seorang

    • Nur Azfahani Ahmad InsyaAllah--terima kasih..=)
      20 jam yang lalu · 

    • Wan Zumusni Wan Mustapha There will unexpected events - you have to be totally "redha" look at the bright side. I amalkan solat Dhuha, yasin after Subuh & maghrib, Al-Waqiah, solat taubat, tahajud & hajat (esp on sleepless nights), fasting, crying, whatever happens let your sups know what's happening even if you r battling w bomoh & jins or anykind of Harry Potter battle.
      19 jam yang lalu ·  ·  4 orang

    • Rozilah Abdul Aziz Nur, just to share, I go to my office everyday (and spend my time 9-5 pm , focusing on my thesis aje) balik umah....spend the time with my children and hubby to release my tension.
      19 jam yang lalu ·  ·  3 orang

    • Wan Zumusni Wan Mustapha It's not how fast you complete your PhD - God knows best, it's the process & how you cope with all the craziness ard u & still remain calm & sane
      19 jam yang lalu ·  ·  4 orang

    • Rozilah Abdul Aziz ya ..i agree. i really utilize the time 9-5 full blast. Balik rumah i dah x boleh nak pikir, sakit kepala..
      19 jam yang lalu · 

    • Wan Rasyidah i agree with wan zumusni, setiap orang dugaan perjalanan PhD dari Nya berbeza .. semoga Allah permudahkan urusan kita semua, amin
      19 jam yang lalu · 

    • Nur Azfahani Ahmad hihihii--InsyaAllah still in a 'sane' mood--but not so sure on the 'calm' part--anyway, thanks for a very meaningful experience both rozilah, wan and other beautiful friends =)
      19 jam yang lalu · 

    • Susana Narawi Want to share some stories of others who had got their PhD.
      17 jam yang lalu · 

    • Susana Narawi ‎1st: During his first 2 yrs in Korea... he said that he became a slave of his supervisor - doing his supervisor work (preparing lecture notes, marking quiz dan exam, jaga exam & etc.) but nothing on his PhD... several time almost give up nak balik M'sia. But somehow late of his 2nd yrs, he made the effort to ask his supervisor ... what actually you want me to do so that I get my PhD? Get 5 papers published in high impact journal and etc. Within another 2 yrs.. & recently he got his PhD.
      17 jam yang lalu ·  ·  Seorang

    • Susana Narawi 
      ‎2nd : Twice this lady who was doing her PhD in Australia, her write-up at the initial stage (totally to 150 pgs) was thrown by her supervisor in the trash bin right in front of her eyes. But at last she discovered from others how to overc...Lihat seterusnya..

      17 jam yang lalu ·  ·  5 orang

    • Nur Azfahani Ahmad Thank you susana--thank you very much..an inspiring story--
      17 jam yang lalu · 

    • Halmi Zai the stage that every phd student has to face it. Be patient and ingat Allah...it's a marathon... not a short distance..
      15 jam yang lalu ·  ·  2 orang

    • Nadrawina Isnin A professor once said: Phd is not a marathon, its a process...let me add: it is a journey of self discovery on literatures, theories, etc but utmost is to really know ourselves better - our capability, preseverance, determination, our love, our patience and passion, our cries, our sadness, oru happiness (to name a few) = all in one...another professor said: never give up!
      18 minit yang lalu · 

    • Nadrawina Isnin yes, we have our ups and downs...we sometimes laugh but most time crying (maybe?)...but when u really sit down and think back: why is the Al-Mighty God granted us such a life? u have the answers...we must be thankful for what has been bestowed upon us, always be thankful...He is always there for us, did we once forget him in times of happiness? End of the day, it is a pilgrimage journey of self-discovery...
      16 minit yang lalu · 

    • Nadrawina Isnin and yes, if u feel its is the end of the world, which is not, take a break, a day or two or three...do nothing but enjoy life, go to the seaside, go shopping (oopsss...bad habit though), well at least window shopping, or go out and have fun with your family...with God's willing, u will feel afresh
      13 minit yang lalu · 

    • Nadrawina Isnin ok, last one: a friend who had just gotten his Dr. said: what do u like most about phd? tips: do u enjoy it? i have my answer, do u?
      9 minit yang lalu ·