30 Januari 2011

NASI TOMATO & THE GENG

Assalammualaikum .....

Liza terpaksa tarik balik azam konon2 nak stop bloging sementara...huhuhu.Tak bole sebenarnya,sebab bile bw kat blog kengkawan,rasa rindu nak memeriahkan balik blog Liza nie....Tapi takpelah,Liza akak seimbangkan sume keje2 yg ada.Kalo kengkawan bole,nape Liza tak bole kan...hehehe.Yang penting sendiri mau ingatlah.....

Oklah,semalam ada member mau datang umah.Memandangkan dia dah bagitau awal2 yg dia nak dtg umah sambil nak makan tengahari kat umah Liza,so hari sebelum tu dah prepare barang2 nak memasak special tuk member Liza .Dia dtg jauh dari Alor Setar semata2 nak hantar kad kawin dia yg akan berlangsung pada 5/2/2011 nanti.So,Liza masak Nasi Tomato & the geng dan Tart. Yang paling best tu,member Liza nie memang tak pantang makan walaupun nak naik pelamin seminggu lagi....

DIA BANTAI MAKAN DAN BERTAMBAH NASI DALAM 2 PINGGAN SETENGAH...........hehehe.Alhamdulillah,tak sia2 masak untuk memberku NIZAH......."Sori nizah,aku pecahkan rahsia kat sini"...hehehe.Takpe,orang lain tak kenal hang,aku je yg kenal.Nanti masa hang kawin,aku nak tepek gambar hang kat blog aku nie....:"

Jom layan resepi dan gambar yg adoo....Resepi Liza amik dlm koleksi resepi yg diambil dlm majalah wanita.Memang mudah dan senang,dan berbaloi2 bile masuk ke molot.....

Tak sempat nak amik hidangan satu persatu,klik je gambar pinggan member sebelum nak ngap....


NASI TOMATO 


Bahan-Bahan:

3 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
3 s/b minyak sapi
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 3 cawan gak)

bahan tumis :
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris 

2 kuntum Bunga lawang 

3 biji Buah pelaga 

3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis

Cara: 
  • Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan  minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.. 
  • Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 
  • Masukkan beras dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 
  • Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.. 
  • Liza hiaskan dengan kismis dan bawang goreng.


AYAM KURMA MADU

BAHAN
1/2 ekor ayam, dipotong ikut suka

Dikisar:
3 biji bwg merah
3 biji bwg putih
1 biji cili hijau
1 inci halia
1 inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 pkt kecil serbuk rempah kurma adabi, dibancuh dgn air
1 btg serai, dititik
Madu asli 4 sudu besar
1 biji kentang, dibelah 4
1 biji bawang besar, dibelah 4
1 mangkuk santan
Minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, rempah ratus, halia dan serai hingga naik bau. 
  • Masukkan rempah kurma dan buah keras. Tambah sedikit air dan kacau. 
  • Masukkan ayam dan kacau hingga ayam disaluti rempah dan bertukar warna agak keputihan. Tuangkan santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan kentang dan masak sehingga kentang lembut. 
  • Perasakan dengan garam dan gula. 
  • Masukkan bawang besar  yg telah dibelah. Kacau sebentar dan bolehlah dihidang dgn nasi. 


UDANG MASAK TOMATO

Bahan:
800 g udang HARIMAU
1/2 camca teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar, potong bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, potong serong
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
4 sudu besar cili kisar/cili boh
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
1 biji tomato, belah 6
1/4 cawan susu cair
Hirisan daun bawang (hiasan)

Cara membuatnya:-

    1. Udang dikerat muncung dan buang kotoran di kepalanya, cuci bersih, toskan dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng udang 2 minit, angkat dan toskan.
    2. Tinggalkan lebih kurang 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan leek, guna api sederhana. Masukkan cili boh, sos tomato dan sos cili, tuang 1/2 cawan air, gaul rata dan biar mendidih.
    3. Masukkan udang dan cili merah, gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan jika suka, tambah sedikit gula. Masukkan susu cair.Masak hingga pekat dan masukkan tomato, gaul rata dan matikan api. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas bersama nasi .



PENCUK

BAHAN:
1 biji timun, potong kecil
1/2 biji nenas yg masak - kupas dan potong kecil
1 biji bawang besar, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA :

  1. Masukkan semua bahan2 dalam bekas, gaul rata dan sesuaikan rasa. Tambah gula jika perlu. Hidangkan segera.







2 ulasan:

  1. salam liza, wah pandai nyer masak..sedap semua nyer...anyway thanks become my friend...

    BalasPadam
  2. wah sungguh menyelerakan menu ni...terliur dh saya nengoknya...sedapnya!:)

    BalasPadam

Sila komen kat sini;: