19 Disember 2010

JEMPUT-JEMPUT BILIS&KENTANG

Selamat pagi Ahad...........

Pagi2 nie,buat menu yg simple jer.Lagipun malas nak pikir2 nak masak apa pagi ,pastu tengahari pun nak masak...Ambik jalan selamat dan memang malas pun nak masak yg sungguh2,wat jelah jemput2 yang mudah.Pastu kenyang plak tu.....ermmm tengahari plak......nanti baru pikir....hehehe.

Liza letak resepi gak walaupun selalu orang dah buatnya.Pepun layan jelah menu orang malas masak......hahaha








BAHAN-BAHAN 

2 cwn tepung gandum
1 cwn air sejuk dr esbok
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cwn  ikan bilis
1 biji bawang besar dihiris halus
2 pokok daun bawang +daun sup-dihiris halus
2 biji kentang-dipotong dadu
2 biji cili merah-dihiris halus
Minyak tuk menggoreng

CARA-CARA
  • Campur semua bahan-bahan di atas. Kalau tercair tambahkan sedikit tepung dan begitu juga sebaliknya.
  • Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit2 adunan dengan sudu dan masukkan dalam minyak panas.
  • Goreng sehingga kuning/perang.
  • Angkat dan toskan minyak

* Guna air dr peti ais sejuk2,akan membuatkan jemput2 nie lagi garing dan ranggup.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;: