28 September 2010

LEMAK NENAS IKAN YU MASIN

Salam......

Menu kali nie  ,Liza ikut resipi mak.Cuma selalunya guna ikan terubuk masin Sabah,kali nie Liza cuba plak dgn ikan yu masin.Maklumlah,balik Sabah hari tu,borong ikan masin banyak2 buat stok4-5 bulan punya...hehehe.Lagipuntak bole makan masin banyak2,nanti darah tinggi....hahahaha.Oklah,jom layan gambo dan resipi yg ado nie.....menu campak2 tapi ikut resipi mak......





BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas -dikopek dan dipotong memanjang
8 ketul  ikan yu masin - direndam dan ditoskan
1 helai daun kunyit
800 ml pati santan-liza guna santan kotak jer
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 bij bawang merah*
2 ulas bawang putih*
4 tanakai cili merah*
8 tangkai cili padi
3/4 inci kunyit hidup*
(*dikisar halus)


CARA -CARA:
  1. Satukan  ikan masin ,bahan kisar dan  didih kan. Masukkan nenas dan tuang santan cair(separuh yg pekat disimpan dan separuh lagi ditambah air). Kacau dan biar mendidih.
  2. Tuang santan pekat, tambah asam gelugor, sedikit garam dan gula, kacau dan masak hingga nenas lembut . Masukkan daun kunyit.
  3. Masak sekejap , rasa dan jika da ok boleh matikan api. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi dan lauk yg lain.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;: