10 Julai 2010

NASI BERIANI AYAM

Menu tengahari Sabtu nie,Liza tengah rajin nak memasak.So,bila tengok kat esbok adalah 4 ketul ayam bahagian dada,timbul idea nak masak NASI BERIANI AYAM yang memang tak pernah lagi Liza buat.Kiranya nie first time wat.Carilah resipi kt dalam Myresepi,tu pun ada yang diubasuai sikit ikut bahan2 yang ada kat dapur....hehehe.Kiranya menderhaka sikitlah sebab tak ikut resepi yang sebenar.Dan alhamdulillah,walaupun first time wat,menjadi gak menu tengahari nie.Dan yg bangga tu,dapat pujian SEDAP dan boleh lawan beriani mamak kat Penang nie.....hahahaha.Meh kite layan gambo dan resepi yang Liza ubahsuai sikit dari Myresipi dan dibuat ikut style Johor......huhuhu.


Menu tengahari Sabtu...............

Ni plak diletak dalam pinggan ala2 daun pisang.......konon2nya nak nampak cantik dan meriahlah..hehehe

NASI BERIANI

Bahan-bahannya(3 org makan)
1 kg beras basmati(2 cawan), dicuci bersih dan direndam 30 minit dan toskan
900 ml air
2 sudu besar rempah beriani
1/2 tin susu cair
3 biji bawang besar, dihiris
6 biji bawang putih, dihiris halus
2 inci halia, dikisar
1 batang kayu manis
4 kelopak bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
6 sudu besar minyak sapi
secekak daun ketumbar, dibersihkan
secekak daun pudina, dibersihkan
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan kismis
garam secukup rasa
pewarna kuning (serbuk inci kuning dicampur air sedikit)
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi diatas api, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar.
  2. Tumis sehingga rempah naik bau dan . Tuang air dan juga susu cair serta garam, diikuti dengan beras basmati.
  3. Masak sehingga airnya mendidih dan agak kering sedikit. Angkat periuk nasi dan letak didalam rice cooker dan tekan cook. Cucuk nasi buat lubang dan tuangkan pewarna kuning. Taburkan atas nasi dengan daun ketumbar, daun pudina dan juga bawang goreng. Tutup dan biarkan sehingga nasi tanak. Bila sudah tanak gunakan senduk dan ratakan warna kuning bersama nasi yang lain, angkat, tabur bawang goreng dan hidangkan.
Nasi Beriani style Johor

AYAM MASAK BERIANI

Bahan-bahannya
4 ketul ayam bahagian dada dibersihkan
6 ulas bawang putih dikisar,
1 inci halia, dikisar
2 biji bawang besar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1/2 cawan susu cair
3/4 cawan rempah beriani
5 cawan air
2 biji kentang, dibelah 4
1 batang karot, dipotong ikut suka
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis dan menggoreng ayam
Cara-caranya


  1. Panaskan minyak. Ayam yang telah dibasuh, digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam dan digoreng. Jangan terlalu garing cukup goreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan
  2. Lebihan minyak goreng ayam jangan dibuang, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan pula bawang yang telah didadu. Tumis sehingga naik bau, masukkan pula bawang putih dan halia yang telah dikisar dan juga tomato yang telah didadu. Masak sehingga rempah tanak, kecilkan api.
  3. Masukkan rempah beriani, kacau rata. Masukkan pula air dan juga susu cair, kacau sehingga sebati. Masukkan garam, kentang dan karot. Masak sehingga kentang dan karot empuk, jika airnya kurang boleh tambah lagi 1-2 cawan.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng, daun ketumbar dan juga daun pudina. Perasa garam dan gulanya secukup rasa. Bila kuah telah bergaul rata dan serap dalam ayam. Boleh angkat, taburkan bawang goreng dan hidangkan.
Ayam masak beriani

ACAR TIMUN MUDAH
Bahan-bahan ( 3 orang )

2 batang timun
2 biji bawang besar
4 btg lada merah
1 biji nenas sederhana besar
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara
  1. Kupas kulit timun dan potong nipis-nipis. 
  2. Kupas nenas dan potong kecil2
  3. Mayang bawang besar  dan hiris lada merah halus2
  4. Masukkan semua bahan-bahan di atas. Gaul sehingga rata
  5. Biarkan selama 5 minit atau lebih sebelum dimakan
Acar timun style Johor.....huhuhu



                                                                                   
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;: