15 Mei 2010

KERIA

Kuih keria nie buat semalam masa nak sarapan.....Baru hari nie berkesempatan nak tepek kat blog nie.....sekarang nie,hari Sabtu Ahad free sikit,bole bersantai2 dan jenguk blog....kalo rasa nak update,time cenggini baru nak update.....so,malas nak bebel banyak2....jom kite layan gambo dan resipi yang ado....hehehehe.


Gambo diambil sebelum nak goreng


Dah siap goreng dan dilumur dengan gula kastor......hehehe

BAHAN2NYA

2 biji keledek putih/kuning sederhana direbus dan dilecek
60 gm tepung gandum
1 sudu makan majerin
1/4 sudu teh garam
secukupnya minyak utk menggoreng

Caranya
  1. Campur semua bahan dan diuli sebati biarkan sekejap
  2. Uli memanjang adunan tersebut dan potong sama saiz lalu dibentuk menjadi bulat dan buat lubang dgn jari.
  3. Bila selesai goreng dalam minyak banyak dan toskan.
  4. Dalam kuali masak gula dengan sedikit air hingga menjadi bertali.Masukkan kuih keria dan dikacau dan kacau.Tutup api dan terus dikacau kuih tersebut supaya gula melekat sekata pada semua kuih.Hidangkan (Ikut cara saya yang malas nie,saya guna gula kastor jer...hehehe.Boleh jer...).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;: