7 April 2010

DONUT PINTAL

Masa kat umah mak tu, sempatlah jugak aku buat donut pintal. Nak jugak tepek resepi dan gambar makanan tersebut kat sini.Di sini ku letakkan resipi yang biasa ku buat ikut jejak langkah mak......


Bahan A

600 gm tepung gandum
1 sudu besar gula (tak letak bayak sebab donut nie akan dibalut gula nanti)
3 sudu besar susu tepung / susu pekat
1 s/k garam
11 gm [ 1 paket] yis mauripan

Bahan B
1 biji telur [pukul sikit]
330 ml air suam
sudu besar majerin
1 s/k bread softener


Bahan C [untuk goreng donut]
Minyak masak

Cara
1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata. Uli adunan tersebut hingga 
     sebati dan lembut.
3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
4. Ambil adunan dan canaikan mengikut bentuk kesukaan anda.(Aku n
    family suke buat cara pintal)
5. Biarkan donut naik lagi selama 10 - 20 minit.
6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan



Adunan tepung yang telah di uli telah naik kembang 2x ganda





 

Adunan yang telah kembang 2x ganda tadi,di uli ikut bentuk kesukaan..Kat sini aku dan family suka buat cara pintal........Pintal-pintal jer ikut apa yang anda rasa.....So,jadilah bentuk pintal cam kat gambar tu...terima kasihlah pada ayah dan makku yang jadi tukang pintalnya......hehehe


Gambar yang di snap masa menggoreng dalam kuali....Adikku yang jadi tukang menggoreng,memang sedia berkhidmat.Aku sememangnya menjadi tukang menguli,tunggu turn jer nak makan...hahahahaha.



Inilah rupanya donut pintal yang telah di gaul rata dengan gula kastor.......


Donut pintal yang memang sedap di tekakku ketika panas-panas . Tak sampai 5 minit, 3 biji donut dah abis ku telan..hahahaha...Dan bila dah sejuk, donut ni still lembut dan gebu  seperti orang yang mengulinya...hehehee..

4 ulasan:

  1. salam Liza, nmpk sedap donat pintal tu..arini pun akak wat donat biasa je...mailah kita tukar2...tentu bestkan..

    BalasPadam
  2. salam....
    baru perasan ulasan kak yati...anyway,tulah....janji donut gak walaupun pelbagai rupa....hehehe

    BalasPadam
  3. salam kak liza... nak tanya majerin tu guna brpa sudu besar?

    BalasPadam

Sila komen kat sini;: