31 Januari 2010

SAYUR CAMPUR CAMPAK-CAMPAK

Hahahaha,....kali nie resepi yang paling simple...main campak-campak jer dalam periuk....hehehehe.dasar minah pemalas.......janji boleh dimakan.Very2 the simple resepi in my life in this weekends.....




BAHAN-BAHAN

Kobis bunga- ikut suka nak banyak mana
Brokoli - pun ikut suka nak banyak mana
Sayur campur - ada dijual dipasar raya (jagung+kacang peas+carrot)
2 biji bawang merah-diracik haus
3 ulas bawang putih-diracik halus
3 biji cili merah- diracik halus
Perasa ikan bilis
Garam secukup rasa
1/2 cawan air

CARA-CARA

  1. Tumis bahan yang teah diracik dalam kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak
  2. Masukkan perasa ikan bilis bersama sayur campur.
  3. Diikuti dengan sayur kobis bunga dan brokoli.Gaul hingga sebati dan masak
  4. Masukkan garam secukup rasa.
Akhir,masakan yang memang simple ini menjadi santapan tengah hari bersama sotong sumbat tadi...Memang berbaloi walaupun nampak simple dan malas masak...hehehehe.

SOTONG SUMBAT

Dah lama aku tak tepek pic masakan...Maklumlah,selama bz nie,kdg2 tu beli jer kat kedai.Bila dah teringin sangat nak makan masakan sendiri,barulah kerajinan nak masak tu datang secara semulajadi....hahahahah.
Oklah,tengahari tadi aku masak yang sempoi jer,walaupun sempoi dan nampak sangat orang yang masaknya memang malas,tapi gerenti....boleh tahan sedap gak...hahahaha.Puji diri sendiri sebab tekak sendiri yang rasa.......hehehehe.


Oklah....hari nie,teringin sangat nak makan sotong sumbat dengan pulut,jadi aku carilah resepi yang ada dan tokok tambah dengan rempah ratus yang ada kat umah nie...Mana yang ada,aku gunakan.Maklumlah,masakan orang malas....hehehehe.

SOTONG SUMBAT



BAHAN-BAHAN

5 ekor sotong sederhana besar- cuci bersih dan ditoskan
2 biji bawang besar - diracik halus
4 ulas bawang putih- diracik halus
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
1 ulas halia sebesar ibu jari- diracik halus
Bahan tumis - bunga lawang,cengkih dan kayu manis
1 btg lobak putih- dipotong dadu
2 genggam beras pulut-dibasuh and ditoskan,gaul dgn secubit garam
1 cawan air
1 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1.  Sotong yang telah di bersihkan,disumbat dengan beras pulut - biar sotong nampak separuh padat sebab bila dimasak,pulut akan kembang.(Di cucuk dengan batang lidi untuk mengelakkan beras pulut terkeluar dari sotong)
  2. Tumiskan  bahan tumis hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili hingga garing.
  3. Masukkan bawang besar,bawang putih, halia  dan secawan air  dalam bahan yang telah ditumis tadi.
  4. Masuk  sotong yang telah disumbat denga beras pulut.Biarkan hingga sotong masak dan isi beras pulut masak.(Sotong nampak padat bila beras pulut dah betul2 masak)
  5. Akhir sekali,masukkan lobak putih yang telah dipotong dadu diikut secawan santan pekat.Masukkan garam secukup rasa bersama gula.
  6. Biarkan hingga mendidih dan tutup api.
Hasilnya seperti gambar di atas....walaupun nampak tak profesional mcm chef2 yang ada,tapi berbaloi gak hasil air tangan yang malas ini...Janji perut kenyang,senang hati......hahahahah.Cubalah resepi orang yang malas dan nak cepat makan...hehehehe.

SWALE


Haaaa.....berbalik pada kerja2 aku sebagai seorang pekerja + pelajar,aku nak tepek lah gambo2 yang berkaitan tentang kerja n kajian aku...mesti semua akan tertanya2,kenapa tunjuk gambar longkang kan...and mesti ada yg bertanya macam ne longkang yang berumput nie boleh jadi topik kajian Phd aku...huhuhuhu.Ntahlah,mungkin aku suka main hujan dan masuk parit,sebab tulah aku pilih tajuk nie....hahahahah.Takpelah,janji dari masalah longkang,parit dan rumput yang ada nie,bole kita buat kajian....hehehehe.

                                    

 Nie plak swale/longkang kajian aku yang bile hujan akan penuh air...huhuhu..Pasal longkang dan parit pun boleh wat kajian kan.....kan...kan.....

                                       
Gambo nie plak time swale aku semasa tidak hujan dan takde air........nampak cantik jer sebab memang takde longkang2 konkrit yg selalu kite tgok.......hahaha.Kira ada nilai lanskap lah jugak ciri2 swale ni.huhuhuhu......

AWAL TAHUN BARU DI LANGKAWI

Salam.......




Dah lama tak updated this blog.Maklumlah terlalu bz dgn kerja2 yang tak disangka sebagai student...Itulah penanganya bile sambung kembali rutin harian sebagai student yang dah lama tinggal demi menuntut ilmu.Mudah-mudahan apa yang dihajati dan diingini demi kerjaya,akan dipermudahkan dan dimakbulkan oehNya.Dah melalui sendiri,barulah sedar betapa susahnya Phd ini......................huhuhu.Bergegar otak kiri kanan nie kerana perlu menggunakannya dengan lebih tajam dan lebih mendalam....hahahaha.Dah tualah katakan,kena asah bagi tajam balik...
Awal tahun hari tu,aku sempat jalan2 ke Langkawi bagi mereleaskan otak yang berserabut ini disamping menyambut tahun baru dan hari jadi yang jatuh pada 3 Januari hari tu...dah terasa betapa usia ini semakin meningkat dan tapi aku rasa,muke still maintain cun....hahahahaha.