28 Januari 2015

BENTO # 4 - BRUNCH (BREAKFAST + LUNCH ) HARI NIE


Assalammualaikum wbt...

Mood saya hari nie baik sangat2...alhamdulillah.Malah, kerajinan saya juga bertambah-tambah...almaklumlah sekarang student tengah cuti,jadinya mood bersantai2 di opis bermula setelah penat berhempas pulah menanda paper final student....

Bento saya hari nie adalah PASTA RONGGENG UDANG dan CEKODOK ROTI JAGUNG....
Menu untuk BRUNCH saya hari ni....


tapi kannnn.....

Saya masak jugak untuk menu LUNCH MrHb saya jugak...jadinya dia tak perlu keluar duit utk beli makanan tengahari sebab saya dah tolong masakkan menu pagi dan tengahari dia sekali...JIMAT KAN.....hehhee...Alang2, siap lepas utk makan malam punya...hahahahaha...

v
v
v
v


Ikan kerisi lemak cili api dan Sawi tumis air....menu yg amat sempoi untuk orang2 yg bekerja waktu pejabat seperti saya...hehehe

Walaupun saya tak berjaya di dunia...saya nak berjaya di akhirat kelak...berbakti dan berjihad di jalan Allah dgn menjalankan tugas dan tanggungjawab kecil menyediakan makanan utk pasangan hidup.Walaupun tak seberapa pada pandangan orang lain,tapi pada pandangan DIA..amatlah besar....... 

Ok....selamat menjamu selera dan menjamu mata......
Esok saya nak cuti2 makan angi di negeri Lagenda bersama Mr Hb..........

Sekian.

Wassalam

27 Januari 2015

BENTO #3 - FOR BREAKFAST & LUNCH


Assalammualaikum wbt....

Bento hari ni agak meriah sikit....hehehe( azam tahun baru, 2015 ni nak buat penjimatan....masak ala kadar kat rumah dan berbento bawak gi opis)

Oleh kerana rajin sikit hari nie,ROTI TELUR BAKAR untuk breakfast, NASI PUTIH n the GENGS lauknya serta tak ketinggalan untuk desert , BUBUR CACAR LABU ( tanpa santan jugak,tapi guna susu cair--->langkah pendietan dan sambil berjimat...hahahaha)

Resepi yg amat mudah dan simple untuk mengalas perut masa di opis, sebab malas nak gi kuar makan....hehehe

Kalau datang kemalasannya, takde lah BENTO-BENTO ni semua yer..

Ok,layan mata yer...





Malas nak tepek2 menu dan malas nak tulis panjang2....

Selamat mencuci mata...menu2 nie semua dah masuk perut yer...sempat makan dengan member depan bilik sebab malas nak turun bawah gi makan...hehehehe.Makanya, kongsi rezeki sorang sikit dengan member walaupun menu sempoi jer.......

26 Januari 2015

BENTO LAGI..............





Malas nak tulis banyak2.....just layan gambar je yer...

Sekian.

19 Januari 2015

TOBAT DAAAA...TAK MAU JEJAK KAKI KAT SINI LAGI,APATAH LAGI NAK MAKAN......


Assalammualaikum wbt......Apa khabar semua?Moga-moga kawan semua berada dalam lindungan yg Esa....



Entri kali nie, bukan nak burukkan restoran seperti kat gambar nie, tapi nie kisah benar saya dan suami ALAMI masa nak pergi menjamu selera kat situ...Dahlah first time nak makan situ ( yelah,konon2nya nak belanja Hubby makan sempena bonus , tiba2...dengan layanan buruk "Pelayannya yg ado"...terus tak jadi.....terus X tempat yg nampak high class nie...Memang high class gak sebab harga makanan memang mavelous mahal ( sempat belek menu kat luar restoran dgn hubby sebelum masuk...)

( gambar yg di ambil dalam kereta setelah terasa diri cam di halau)

Al kisahnya camnie...tengahari Sabtu (17/1/2015) - lepas amik Hb kat airport senai sbb dia outstation seminggu kat hometown dia- pi direct TERUS nak cari makan.Pusing punya pusing kat area bussiness centre bandar baru uda (sekitar area nie banyak butik2 tudung dan baju) , nampaklah restoran yg GAH nie...lagipun tak pernah lagi nak makan steak yg ala2 mahal.....so, cakap dengan Hb..jom, makan sini..kita try cuba rasa makan steak DI RESTORAN orang islam nie.....Apalagi,teruja gaklah sebab nak bantu ekonomi orang islam yg bukak restoran ala2 western nie..

Bila melangkah masuk ke dalam restoran tu, ramai orang yg tengah sibuk MENJAMU SELERA...ada 2-3 tempat yg dah di reserved (mungkin ada yg dah tempah siap2)...so,kami tercegat mencari tempat kosong,pastu ada pelayan datang (orang melayu ni tau )..Kami cakap,kami berdua jer datang...terus tanpa berbudi bahasa dan tanpa sepatah kata...dia terus tunjuk tangan arah keluar pintu....Kami nampak ada meje kosong kat luar...aishhh, KOT YER PUN TAKDE TEMPAT KOSONG KAT DALAMSILALAH BERBAHASA dan BERKATA dgn KAMI BAHAWA TIADA TEMPAT KOSONG DIDALAM,YG ADA HANYA DILUAR....ni TIDAK,TERUS TUNJUK TANGAN KE LUAR..... macam menghalau nampaknya......AISSSSHHHHH,KAMI APA LAGI, TERUS KELUAR DAN TERUS MASUK KERETA...(terasa tau macam pengemis yg dihalau keluar- my Hubby pun cakap camtu tu....Pelayan tu tak pandai hormat customer ,lebih2 lagi yg FIRST TIME DATANG, gelagat pelayan tu dah tunjukkan FIRST IMPRESSION YG KURANG BAIK pada RESTORAN tu) ....Apalagi,kami berdua membebel dalam kereta , terasa sangat sakit HATI, seolah-olah dihalau keluar..

"KAMI  TAK AKAN TERASA SANGAT SAKIT HATI  kalau PELAYAN TU CAKAP ELOK-ELOK DAN BAIK-BAIK YANG TEMPAT DUDUK KAT DALAM DAH DI TEMPAH DAN TIADA KEKOSONGAN,YG ADA HANYA DI LUAR ,SO..KALAU PUAN DAN ENCIK NAK DUDUK DILUAR, BOLEH DUDUK DILUAR, SAMBIL MENUNJUK TEMPAT DUDUK DILUAR " ................ini TIDAK...hanya tunjuk TANGAN MENGHALA KE LUAR TANPA SEBARANG KATA.......hellooooooo...kalau ANDA BERADA KAT TEMPAT SAYA, anda terasa sakit hati tak seperti MACAM KUCING KURAP di halau KELUAR?......

Tapi takpe, saya dan Hb still bersangka baik bahawa mungkin PELAYAN TU BISU agaknya, SEBAB TU DIA TAK BERSUARA DAN BERKATA-KATA(ataupun dia orang bangladesh/warga asing yg tak pandai CAKAP MELAYU),SEBAB TU DIA HANYA TUNJUK TANGAN ARAH KE LUAR...............hehehe.

Apa- apa pun, mungkin bukan rezeki saya dan Hb untuk makan kat situ....DAN RESTORAN TU dah kehilangan rezeki dengan 2 ORANG PELANGGAN ni pada hari tu.....hehehe.

Saya minta maaf pada TOKEY RESTORAN nie sebab SAYA TERPAKSA story mory kat blog saya ni...apa2 pun,tolong suruh PELAYAN2 ANDA PERGI KURSUS LAYANAN PELANGGAN ...Insya allah,saya pasti, restoran anda akan dikunjungi oleh ramai pelanggan lain lagi sekiranya PELAYAN-PELAYAN ANDA MEMPERBAIKI MUTU LAYANAN DAN BAHASA mereka..BODY LANGUAGE pun memainkan peranan penting untuk menarik pelangan datang berkali-kali....

Sorrylah, first and last KAMI  JEJAKKAN KAKI KE SITU ...TAK KAN ADA untuk kali kedua.....

Sekian,wassalam.

#Sape2 dok area JB, taulah kat mana tempat tu...dekat2 dengan Angsana....hehehe#

14 Januari 2015

BENTO FOR TODAY ....





My Bento today------>mee hoon goreng ,ikan tenggiri goreng,tempe goreng n kerepek bawang..........:)

Alhamdulillah.......azam 2015---penjimatan,kena bawak bekal gi opis.....hehehehe..


Da,sekian ...............

7 Januari 2015

TERIMA KASIH PADA ANDA2 YANG SUDI...


Assalammualaikum wbt...

Malam ni baru sempat nak membungkus hadiah kepada kawan2 yang sudi komen kat blog Liza.Terima kasih anda bertiga yg setia sejak Liza mengadakan GA atau apa sajer yg war2kan kat blog.

TERIMA KASIH BANYAK PADA ANDA BERTIGA kerana sudi menjoinkan diri dan menyokong sejak dulu lagi .Tak lupa juga,sebab sudi mendoakan saya dipermudahkan urusan dunia dan akhirat :

Azievee

( saya dah poslaju yer hadiah2 nie t,ANDA tunggu jer kehadiran en posmen kerumah ANDA.tq) .

Terima kasih tidak terhingga kerana memberi SAYA peluang untuk memenuhkan SAHAM AKHIRAT SAYA  atas kesudian ANDA bertiga MENERIMA HADIAH YANG TAK SEBERAPA INI. TQ jugak sebab memberi komen dan pandangan yang ihklas serta mendoakan SAYA.

Sekian.

* Kepada kengkawan lain(hanya 2 orang sahaja lagi sbb SAYA DAH JANJI HARI tu nak bagi 5 org, TAPI SEBAB yang komen dan bagi pendapat HANYA 3 ORANG sahaja YG MINAT JOIN) so.....yg berminat nak dapat ILMU PERCUMA,sudi2 kanlah komen bawah ni, atau email jer ke email Liza ni yer (sape cepat dia dapat)*
---->>leezahanum@gmail.com 



3 Januari 2015

ALHAMDULILLAH..............


Assalammualaikum

Alhamdulillah.............syukur atas nikmatNya yg tak terhingga kerana masih memanjangkan umur Liza lagi untuk lebih meningkatkan ibadah kepadaNya demi kebahagian dunia dan akhirat.
Takde apa yg lebih menggembirakan diri ini kerana Allah memakbulkan doa ni.DIA maha adil,kerana apa yg diminta, DIA bagi yg lebih baik dari apa yg Liza minta...ALHAMDULILLAH

Terima kasih Ya Allah..atas rahmatmu,rezeki dan dipemudahkan segala urusanku dunia dan akhirat......

Insya Allah.Moga 2015 nie memberi seribu rahmat buatku dan keluargaku...

Doa ibu ayah, suami dan adik2 serta kawan2...itu sudah cukup buat diri ini kerana mungkin doa2 mereka inilah yg memberi diri Liza kekuatan untuk terus tabah,sabar dan dipermudahkan.Yang penting diberikan rezeki dalam apa juga cara yang tak di jangka...(sihat,bahagia dan berkasih sayang antara family dan kawan2 juga itu rezeki)..Alhamdulillah.Dalam tawa duka 2014 ,ada jugak kemanisan dan kebahagian bila mana kita redha dan sabar atas apa yang berlaku.

********************************
Tengah usha2 ni utk reward diri sendiri sempena my besday (yg bestnya bukan dari poket I yer,dr poket Mr Hb)
v
v
v
v
v
Gambar sekadar hiasan hasil dr Google.....


Boleh gak cuci2 mata kat sini  www.hargaemas.com 

Aurora Emas 916 ....(ala2 Pandora)...I tak minat pandora sebab silverkan ...tak boleh gadai hehehe.Apa2 pun mau cuci mata dulu...mau cari yang terbaik untuk diri sendiri.......Chowwwwww

Sekian.


NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails