START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

17 Oktober 2015

BAKED CREAM CRACKER BISCUIT WITH CHICKEN AND CHEESE

 Assalammualaikum wbt....

Lama gak tak bersiaran dengan menu2 yg simple sebab kekangan masa.Lagipun bz jer memanjang,sampai berabuk blog sweetlizahanum nie....

Alhamdulillah selama 52 hari mak ayah di Mekah (pahit manis pengalaman mereka berada disana dengan tragedi kren tumbang dan terowong di Mina),memang Liza dan adik2 terasa sangat sedih dan takut2 mak ayah terlibat.Tapi alhamdulillah,walaupun panggilan dari tanah air di buat masa kejadian,dengan talian sana yg mengalami gangguan...risau di hati ini hanya Allah sahaja yg tahu.
Dan bile Liza and Hubby  menjemput mak ayah di lapangan terbang Senai pada 10.10.2015 tempohari,syukur ALHAMDULILLAH bila dapat peluk cium mak ayah yg kelihatan sangat kurus dan penat sebab mereka berdua demam dan batuk sepanjang 52 hari di sana.Walaupun mereka berdua dilepaskan dari dikenakan kuarantin sebab mak ayah tak demam,cuma batuk kuat sahaja (kawan2 mak ayah yg satu penerbangan,ada yang demam,memang diasingkan dan dikuarantinkan.)Tapi,bila mak ayah lepas 2 hari balik dari Mekah kena demam,Liza kena bawak gi klinik kesihatan kerajaan untuk pemantauan.Dan mak ayah kena hari2 bagi sampel kahak dan ambil xray dada,sebab batuk mak ayah dah hampir 2 bulan tak baik2..Tapi mungkin perubahan cuaca di sana yg panas melampau mak ayah kata.Tapi alhamdulillah,mereka dapat melakukan semua ibadah wajib dan sunat tanpa memerlukan pertolongan orang lain .Syukur alhamdulillah kerana mereka di permudahkanNya ketika menjadi tetamu Allah di bumi barakah.Dan berat mak ayah memang turun mendadak sebanyak 10 kg...risau gak ,tapi Liza hanya mampu berdoa agar mereka di berikan kesihatan yg baik seteklah berada di tanah air  nie.Mohon kawan2 tolong doakan mak ayah Liza cepat sembuh dan sihat dengan izin Allah.

Oklah, malas nak celoteh panjang2 lagi,taraaaaaaaaaaa...Liza persembahkan menu baru buat santapan mak ayah dan kami berdua untuk sarapan pagi tadi.

BAKED CREAM CRACKER BISCUIT WITH CHICKEN AND CHEESE( hehehehe..saje mau letak tajuk mat salleh,biar gempak sikit)





Menu yang paling simple hasil resepi kawan yang diambil dari rancangan Mat Salleh di kaca televisyen...hehehe

Memang bahan2nya pun senang.

Bahan-bahan:
1 bungkus biskut krim kraker hup seng -(apa2 jenis pun takpe)
1 bungkus ayam kisar 400gm-Liza guna jenama Ramly tu
2 ikat daun kucai- hiiris2 halus
2 bawang merah- dihiris halus
1 sudu besar lada hitam-yg dikisar kasar
gula garam secukup rasa
2 cawan susu segar -Liza tak letak sebab takde kat rumah,Liza just guna air panas +susu cair
Keju mozarella untuk tabur atas
Mangkuk kertas kecil @mangkuk cupcake kertas 

Cara-caranya:
Biskut diramas-ramas hingga hancur-jangan hancur sampai halus,biar kasar2 sikit.Masukkan bawang,daun kucai,lada hitam,garam gula dan 2 cawan air tu.Kacau dan gaul  biar semua bahan sebati.Sudukan dalam mangkuk kertas/cupcake.Akhir sekali,taburkan cheese.Bakar dalam 20 minit dengan suhu 180 darjah celsius.
v
v
v
v
Ni hasilnya sebelum di bakar.Boleh dapat dalam 100 biji kalau guna mangkuk kertas kecil nie.





Pastu,bila dah malas nak isi sikit2 dalam mangkuk kecil,Liza terus bubuh kat mangkuk kertas besar yg untuk cupcake dan muffin tu.Dengan bahan2 yg di atas tu,boleh dapat dlm 100 kecil dan 24 saiz mufin besar.Memang puas makan anak beranak waktu panas2.Tapi sebab niat nak bagi jiran sebelah bagi memulangkan mangkuk jiran ,alhamdulillah .Selalunya kalau setakat Liza and hubby yg makan,buat separuh biskut jer.Bahan2 yg lain pun separuh..tu pun rasa banyak sebab perut kami berdua kecik,tak habis...hahahaha




Sekian dulu.....selamat menjamu mata....



3 ulasan:

mamawana berkata...

Wah. Menarik. sedap nih... kena cuba nih. Tg share idea.

Ct NoArizah Aris berkata...

Salam...lama dh x kesini...resepi ni nmpak ringkas dan sedap leh cuba ni...brapa hari blh tahan klau simpan dlm bekas?

Liza Hanum berkata...

ct Norarizah,tahan dalam sehari jer,lepas tu saya frozenkan...bila2 nak makan,just panas kat microwave atau oven..berbulan boleh tahan...

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails