START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

8 Julai 2015

AKTIVITI MENJAHIT AFTER TERAWIH SEJAK 2-3 HARI LALU.....


Assalammualaikum wbt...

Oleh kerana sepanjang pose ni takde aktiviti menunjuk menu berbuka, so...kita tunjuklah akiviti yg dilakukan untuk hiasan rumah untuk Raya nanti....

Jahitan langsir yg simple2 untuk rumah sendiri...yang penting JIMATTT...yang penting tak perlu nak upah orang /kedai...Kalau gi upah kedai,dah tentu 2-3 ribu gak terbang walaupun fesyen yg simple2 sebab ikut jenis kain yg di beli dan tempah sekali kat kedai...Kalau beli kain yg memang dibeli time offer, baru je RM150 untuk satu rumah, dan plak tu di jahit sendiri...janji berbaloi ikut fesyen yg kita nak...tengok je lah kat majalah jahit langsir yg sedia ada,macam2 fesyen boleh buat...nak tak nak jer menjahit nya.....

Takdelah nak pakai langsir yang sama sejak 6 tahun dulu sebab harga langsir ditempah dulu2 dekat 2-3 ribu...Alhamdulillah, sib baik kemahiran menjahit dah semulajadi ada dalam diri sebab dari kecil tengok mak susah payah menjahit baju anak2nya serta jahit langsir,jadi...selaku anak sulung...Liza belajar dari pengalaman mak....at least cantik kat pandangan mata sendiri...hahahaha.Dan setiap tahun pasti bertukar langsir,sebab Liza suka tgok rumah sendiri cantik dengan hiasan dari hasil tangan sendiri..

Sekian.

##Bulan2 puasa nie,takde niat nak riak ke apa(maaf sangat2 kalau ada yg mengangap sebegitu),tapi saje berkongsi pengalaman kemahiran diri sendiri demi penjimatan yg sekarang ni semua benda naik...apa yg tak naik.....Yang penting,kalau boleh jimat,kita jimat dengan menghasilkan hasil kerja tangan sendiri .####





3 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Assalam liza...
Betul kata liza tu.. kalau pandai jahit sendiri langsir atau baju raya.. ia memang menjimatkan perbelanjaan utk hari raya ni. akak ni setakat jahit bodo2 tu bolehlah. dulu masa anak dara baju raya pun jait sendiri.. langsir utk rumah kat kampong pun akak yg jahitkan.. bawk blk langsir siap terus. puas hati sgt. Skrg ni je masa agak terbatas & rasa mmg tak sempat nak jahit baju. lagi pulak kebetulan adik sendiri ambik upah jahit.. jd bagilah dia sokongan sikit. hajat dihati nak juga buat langsir tp nampaknya tak dpt lagi dilunaskan tahun ni kot sbb bajet xde.. tambah2 mesin jahit 'kurang sihat' nak kena baiki dulu lah tu... jahit langsir ni mudah sikit dr jahit baju.. akak memang minat.. tambah2 bila dah siap pasang ke tingkap rumah kita.. tambah semangat nak menjahit kan? hihi...

Liza Hanum berkata...

wsalam kak..

tul tu kak,saya kalo setakat jahit fesyen yg bodo2 pun memang boleh jer..janji kat mata hati kita nampak cantik....walaupun kain yg di beli tak lah mahal mana,tapi kalo kita pandai mix and match,dah siap dan pasang kat tingkap dan sliding door,nampak cantik jer...hehehe.

Bukan nak berlagak atau apa,at least kalo pandai jahit sikit2,bolehlah berjimat...cik somi pun suke sebab dia tak perlu kuar duit ribu tuk tempah langsir..baik dia bagi kat saya jer..saya tolong jahit...hehehe

ietams berkata...

cantik berseri la raya ni dgn langsir pink!

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails