START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

3 Februari 2015

CEKODOK SAYUR ALA-ALA TAKOYAKI


Assalammualaikum wbt....

Selamat pagi...baru sempat nak bersiaran semula setelah bercuti2 selamat 3d2n .Hari ni cuti thaipusam, so...meh layan menu sarapan pagi saya yg memang sampai ke petang kenyang...Petang2 sikit baru masak balik tuk menu dinner.....skip lunch sebab menu breakfast nie --->SANDWICH AYAM TOGEL (takde salad,timun ,tomato dsb) + CEKODOK SAYUR ALA-ALA TAKOYAKI.


Resepinya yg amat mudah sekali ....bahan2nya cam nak buat cekodok tu...letak je apa yang anda nak letak,janji jadi dan sedap kat anak tekak sendiri..



Saya guna : 2 senduk tepung gandum , segenggam jagung manis,2 biji cili merah + 2 biji bawang merah dicincang halus, 1 keping seaweed dipotong halus, 2 tangkai daun bawang dan daun sup di racik2 halus, 2 cawan air sejuk, garam gula secukup rasa, lada sula secukup rasa.Gaulkan semua bahan.Masak dalam paniyaram/takoyaki pan tanpa guna minyak......masak cam ala2 takoyaki tu.....

Bila dah masak sebelah,pusing yg sebelah atas tu ke bawah pulak..biar semua bahagian masak.



Inilah panoyaram pan yang saya beli dan guna...

Sekian.Selamat bersantai di hari cuti nie...



Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails