6 Julai 2014

BULAN RAMADHAN NIE SEGALA IBLIS,SYAITAN ,HANTU DSBNYA DIRANTAI KAN?NAPE SAYA..........................


Assalammualaikum wbt.....

Tajuk kat atas nampak gempak...tapi nie memang betul2 berlaku...kisah benar yang saya alami sendiri..

Sebenarnya,dah lama saya tak cerita perkara2 pelik dan misteri yang berlaku...saya malas nak besar2kan cerita, tapi ntahlah,bila kena pada blan Ramdhan yang berkat dan mulia nie...kadang2 terpikir gak....mungkin ini dugaan kecil sebahagian untuk diri saya ...

Maaflah... nak tanya pendapat kawan2 atau ustaz2 yang 

arif...bulan pose ni hantu, jin , syaitan dan sebagaimana di ikat 

kan?ada ke dalil2 nya..bukan apa...just nak tau..sbb malam 

tadi..masa tido. 

Terasa bantal yg mengalas kepala terasa dipijak satu lembaga 

( imagine: kalo anda tido, pastu bantal anda tu dipijak orang 

keliling kepala, anda akn rasa kepala senget2)...pulak 

tu..terasa macam mamai tak bole nak gerak kan kepala dan 

badan walaupun baca apa2 ayat...tetiba bole gerakkan badan 

semula bile jam berdeting..tengok jam kul 3 lebih dan hubby 

kat sebelah nyenyak tido..



Saya siap bole rasa..kain 'dia' bole meleret kt muka ..lembut jer kainnya...tapi saya rasa badan saya cam diikat..tak bleh bergerak

makhluk apakah itewww?????



PERTANYAAN..Sapekah makhluk yg pijak bantal saya tu?

dia mai nak ganggu balik bulan2 puasa ni ker....

Hari ni saya terpaksa amik mc sbb kepala saya sakit 

sangat...Apakah sbb bantal dipijak atau kepala saya yg

 dipijaknya?.?

tolong komen kalo ada kawan2 yg ekspert bab2 alam misteri 

ni.????


4 Julai 2014

CRISPY CROUTON & MUSHROOM SOUP WITH OLIVE OIL & PASTA RONGGENG


Assalammualaikum dan salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan ini...Apa khabar kawan alam maya semua?Liza doakan agar semuanya berada dalam keadaan yang baik dan dipermudahkanNya....insya Allah.

Pagi2 nie baru sempat nak buat tayangan menu berbuka semalam.Dan sehingga semalam,Liza and Hb belum lagi menjejakkan kaki ke bazar ramadhan..memang tak akan jejak .Lebih2 lagi sekarang nie,dah 2 kes berlaku tentang keracunan di bazar ramadhan .Tobat Liza nak beli kat bazar bila mana tahun lepas,beli hanya sekali jer..tup2 malang tak berbau diri sendiri kena food poisoning...2 hari cirit birit...sib baik tak masuk spital..tu pun sebab minum air soya punya pasal dan makan rojak asma...

So...untuk keselamatan diri sendiri dan family tersayang..marilah masak menu sendiri walaupun simple ya amat....hatta masak telur kicap sekalipun,still berbaloi perut kita yang nak makannya......hehehe

Oklah,takmo bebel2 di bulan rahmat nie....meh layan menu western yg Liza buat tuk buka semalam....


Masa tengok rancangan Giada at Home kat foodchannel astro tu, nampaklah mek Giada tuk masak soup cauliflower dengan crouton nie...terliur beb walaupun puasa...so dengan ngada-ngadanya, Liza pun buat gak Crispy Crouton nie...tapi lawankan dengan mushroom soup with olive oil...memang marbeles Hb cakap...kekeke

Resepi Crispy Crouton tu punyalah sonang....lebihan roti yang hampir nak tamat tarikh luputnya tu,Liza potong kiub kecik2,tabur garam sikit,tabur lada hitam ,gaul2 kan atas dulang pembakar,dan bakar dalam oven lebih kurang 10-15 minit pada suhu 100 darjah celcius..atau ikut keranggupan yang anada nak....hasilnya memang walllah....


Resepi : Mushroom Soup Olive Oil 
(sumber resepi :SINI)

BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOUP :

250 g cendawan butang jenis segar -tapi saya beli yg kaler kelabu 
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 olive oil 
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA 


Cendawan dibasuh dan toskan. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.


Panaskan minyak zaitu dlm kuali , masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.


Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.(tapi Liza tak kisar sebab nak makan hirisan cendawan tersebut dengan bawang2 yang ada)

 Masak hingga pekat. Tambah sedikit garam sekiranya perlu.Hidang dan tabur sedikit cincangan daun parsley dan  serbuk lada hitam .



Menu western yang lain untuk menu semalam cam bawah nie 



Pasta ronggeng ???????????? Nantikan resepinya nanti...hehehe



PASTA RONGGENG



Hahahaha...nama tak bleh tahan...saje bikin gempak...saje menterbalikkan perkatang GORENG jadi sedap sikit kepada RONGGENG.....baru ada commercial value...hehehe


Resepi sempoi jugak.....main campak2 dan siap..


Resepi Pasta Ronggeng 

1/2 peket pasta ( rebus dan didihkan dengan air panas bagi lembut)
1 biji bawang merah -kisar dengan cili kering
2 ulas bawang putih - kisar dengan cili kering
1/2 cawan daging kisar
2 sudu minyak zaitun untuk menumis
4 sudu besar cili kering yang dikisar
6 sudu puri tomato
1 cawan mix veggie
garam gula secukup rasa
1 sudu kicap manis
Daun bawang dan daun sup -sbg hiasan
2 btg cili nerah-hiris halus sbg hiasan
Bawang goreng di tabur sbg hiasan


Cara-cara:

Tumiskan cili kering yg dikisar bersama2 bawang merah dan putih dengan minyak zaiun dalam kuali.Masukkan daging kicar,kacau hingga daging masak sedikit.Masukkan mix veggie serta taburkan garam gula dan kicap manis.Akhir sekali,masukkan pasta dan gaul rata.Siap hidang dengan hiaskan dgn daun bawang,daun sup dan cili merah yang dihiris halus.Tabur juga bawang goreng.








3 Julai 2014

ROTI JALA & KARI DAGING


Roti jala and the geng....

Nie n3 tertunggak...semalam punya cerita menu.

Malas nak tulis panjang2,sebab jari jemari pun pose...jadinya dia pn malas nak taip lebih2...
so....

biarlah gambar berbicara sendiri.........

hasil air tangan orang malas...camnielah jadinya...


Daaa......




Roti Jala ....ermmmm malas nak lipat elok2,...biar nampak rambu rambanya...baru ada feel nak makannya nanti bila cicah kari kat bawah nie...

v
v
v
v
v
v


Kari daging


Sekian dulu....

Selamat berbuka

1 Julai 2014

KUIH NAGA SAKTI????????EHHH...SILAP,NAGA SARI


Assalammualaikum...............

Puasa pertama dan kedua,dapatlah bersama2 dengan mak ayah....hari nie dah berbuka berdua jer dengan Hb...so,makanan pun tak meriah cam makan beramai2...janji alas perut...

Malas nak taip panjang2....biarlah gambar berbicara...daa....


Resepinya : 


KUIH NAGASARI

Bahan-bahan:

1½ cawan  tepung beras
2½ cawan santan pekat + 2 cawan air
½ cawan  gula pasir
1 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
pisang montel secukupnya (belah dua)- apa2 pisang pun bole
daun pisang secukupnya- dilayurkan terlebih dulu




Cara:



  1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk.
  2. Kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.(mcm masak bubur som2 tu)
  3. Bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayurkan dan tekankan sekeping pisang keatasnya. Bubuh lagi 1-2 sudu makan adunan diatasnya bg menutupi pisang tersebut lalu bungkuslah dgn rapi.
  4. Kukus hingga masak selama kira-kira 30 minit. 



Sebelum di kukus 



Siap di kukus 

 Tunggu masa untuk ngappppp.......


Sekian...selamat berterawih

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails