START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

1 Julai 2014

KUIH NAGA SAKTI????????EHHH...SILAP,NAGA SARI


Assalammualaikum...............

Puasa pertama dan kedua,dapatlah bersama2 dengan mak ayah....hari nie dah berbuka berdua jer dengan Hb...so,makanan pun tak meriah cam makan beramai2...janji alas perut...

Malas nak taip panjang2....biarlah gambar berbicara...daa....


Resepinya : 


KUIH NAGASARI

Bahan-bahan:

1½ cawan  tepung beras
2½ cawan santan pekat + 2 cawan air
½ cawan  gula pasir
1 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
pisang montel secukupnya (belah dua)- apa2 pisang pun bole
daun pisang secukupnya- dilayurkan terlebih dulu




Cara:



  1. Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk.
  2. Kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.(mcm masak bubur som2 tu)
  3. Bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayurkan dan tekankan sekeping pisang keatasnya. Bubuh lagi 1-2 sudu makan adunan diatasnya bg menutupi pisang tersebut lalu bungkuslah dgn rapi.
  4. Kukus hingga masak selama kira-kira 30 minit. 



Sebelum di kukus 



Siap di kukus 

 Tunggu masa untuk ngappppp.......


Sekian...selamat berterawih

1 ulasan:

Azian Nd berkata...

Memang jadi naga sakti kuih nagasari ni klu kena kat tekak..tgk tekstur yg lembut buat akak rasa nak buat jgk ler...hehe.

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails