3 Julai 2013

BEBOLA ROTI GORENG BERKEJU




Assalammualaikum wbt...

Lama tak tunjuk menu masak apa hari nie.....????Hehehe...so, layan jelah menu minum petang merangkap malam nie...Mak Liza punya resepi masa belajar kat KEMAS....boleh tengok resepi lama Liza yang di tepek kat sini (Kat resepi nie,macam mana tah gambar yang ada di blog nie terhilang dan terdelete.........huhuhu) dan boleh jugak jengok kat  blog HANAMEMORIES yang buat lagik cantik dengan menggunakan resepi mak Liza nie.

Bahan-Bahan 

14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil 
2 biji telur (saiz besar) 
3 batang cili merah (potong kecil2) 
1 biji bawang besar (dadu halus2) 
sedikit daun sup/bawang (hiris) 
2 sudu teh serbuk lada putih

3-4 keping keju cheddar yg dihancurkan 
garam secukup rasa
perasa ikan bilis 
minyak utk menumis 


Cara: 


Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar.  Kemudian masukkan telur,  cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang dan jugak keju. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan  lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari. 







Selamat menjamu mata.......................bebola roti nie tak membentuk bulat2 dengan cantiknya sebab tuan yang buat,malas nak gentel betul2...bulatkan ala kadar jer...janji boleh goreng dan makan...

Daaaa.........selamat malam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails