START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

30 Mei 2013

JELLY KELAPA PANDAN



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...............

Oleh kerana sekarang nie musim panas,saje buat stok Jelly Kelapa nie penuhkan peti ais tuk menyejukkan tekak...So layan gambar je yer.Siap buat dua versi warna.



Yang nie versi rajin .Letak pewarna pandan dan letak dalam bekas yang bertutup,macam nak berniaga plak kan................hehehe




Yang nie plak versi malas  sebab malas letak warna dan  tuang jer dalam cawan...plak tu suka letak kelapanya banyak2,baru best nak makan.....nyum3x


Meriah sungguh isi kelapa tu kan............untuk  tekak sendiri,bolehlah letak bebanyak...kalo berjual,takde mananya nak letak banyak camtu......rugi wooooooooooooooooo.....


Nie resipinya yang mudah.........

Bahan-bahan 

1 paket agar2 serbuk (20gm) 
3 liter  air  ~ Liza guna air dr 3 biji kelapa muda + air biasa(kalo air kelapa tak cukup)
isi kelapa muda ~ Liza beli kat kedai yang dah siap korek-senang dan mudah
6 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2 
1 helai daun pandan 

Cara-cara 
  1. Masukkan air kelapa muda-( tapis siap2 tuk asingkan isinya), serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masaklah hingga mendidih . Padamkan api.
  3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.Dan letak isi kelapa dalam bekas tersebut.
  4. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.






Tiada ulasan:

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails