Assalammualaikum....wbt
Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan.Semoga anda semua sihat dan suksess sentiasa.Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk bertemu Jumaat yang mulia ini.My MIL still bgitu juga,masih perlu diuruskan segala keperluannya oleh anak2,tapi syukur kerana Allah masih memberi peluang untuknya melihat anak2 lelakinya bertanggungjawab bersama2 menguruskan segala keperluan diri .Terharu dan tersentuh naluri hati seorang wanita (Liza lah tu) bila anak2 lelaki my MIL memang bertanggungjawab keatas ibu kandung mereka meguruskan segala2nya termasuk makan minum,,mandi, dan segala2nya dilakukan seperti penjagaan seorang kanak2.Alhamdulillah....................syukur tak terhingga padaMu ya Allah.Aku hanya dapat sujud bersyukur kepadamu mendoakan mereka (termasuklah my Hubby), yang sanggup bersusah payah dan berjauhan dengan Liza selama beberapa bulan akan dtg nie kerana ingin menjaga ibunya...Liza redha,cuma tak dapat nak berbakti pada my MIL kerana tanggungjawab yg lebih penting perlu Liza utamakan dulu.Biarlah hubby saje yang menjaga ibunya.....Liza akan turun ke sana sesekali saje untuk melawat MIL. Bukan dekat nak pi sana selalu,perlu naik turun belon...hehhehe.Hubby kata takpe,yg penting doa untuk kesejahteraan ibunya dari jauh itu dah cukup...
Oklah,sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ini ,Liza bersama2 Hb ingin mengambil kesempatan untuk memberi cenderahati bagi para pembaca dan follower blog "SWEET LIZAHANUM" ini sebanyak 20 buah buku seperti di bawah ini..............
20 buah buku ini akan Liza beri pada 20 orang pembaca /pengunjung/pegikut blog ini yang terawal meninggalkan link dan jejak di bawah komen ini sebelum ditutup pada pukul 9.00 mlm ini.(saya panjangkan lagi masanya sampai cukup 20 orang atau lebih kerana yg lebih tu,saya akn kira untuk Jumaat2 seterusnya kerana ada 3 kali Jumaat lagi)
Buku yang mengandungi ayat2 Manzil yang memang Liza amalkan dalam kehidupan harian selepas solat .Memang ayat2 Allah ini mujarab keatas diri pengamalnya kerana dapat melindung diri dari segala gangguan kejahatan makhluk.Ini kenyataan yg benar kerana selama 2 tahun diri ini mengalami sakit misteri akibat gangguan makhluk yang kite tak nampak,dan alhamdulillah...dengan amalan ayat2 yang ada terkandung dalam buku ini,Allah memakbulkan doa hambaNya ini .Yang penting,kita sebagai hambaNya yg lemah ini harus berusaha dan bersungguh2 mencari penawar........
Buku nie pun menjadi salah satu amalan untuk Liza seisi keluarga mengamalkan ayat2 yang terkandung di dalamnya.Sesungguhnya ayat2 Allah nie mujarab,di balik ayat2 Al Quran yang selalu kita baca,ada ayat2 tertentu yang memang menjurus kepada sesuatu penyakit dan perkara.Antara rajin dan tak rajin jer nak mengamalkannya.
Semoga apa yang Liza kongsikan ini dapat dimanfaatkan oleh rakan2 yang berhajat untuk menerima cenderahati yang tak seberapa ini.
So,kawan2 perlu tinggalkan link di bawah komen ini,nanti Liza akan beri maklumbalas untuk mereka yang bertuah seramai 20 orang itu untuk bagi alamat ke email Liza.
Insyaallah,tradisi memberi cenderahati sebagai sedekah ilmu ini ,Liza dan hubby akan buat setiap jumaat selama sebulan untuk kawan2 alam maya ini.Maknanya ada 3 kali Jumaat lagi untuk anda turut serta.Tapi,mungkin buku2 agama yang berlainan seperti di atas.Moga sedekah di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini,memberi kami rezeki yg melimpah ruah lagi dan tanda kesyukuran kami kerana doa dan ikhiar kami selama 2 tahun berusaha mencari penawar sakit,telah diizinkan Allah untuk sembuh sedikit demi sedikit.ALHAMDULILLAH....
Jadi,kalo kawan2 yg nama dia tak senarai untuk Jumaat hari nie,Liza akan KIV untuk Jumaat yang akan datang nanti yer....
SELAMAT MENINGGLKAN JEJAK DAN LINK KAT BAWAH KOMEN NIE YER.
nota: sudi2 kanlah kengkawan tinggalkan link atau komen kat bawah nie.Tak perlu nak promote apa2,tinggalkan jejak jer,nanti Liza jejak balik anda dan akan suruh anda email address untuk Liza hantar ke alamat rumah anda buku2 ini.Sekian.