28 Januari 2012

KEK LUMUT


Assalammualaikum wbt....

Hari nie Liza merajinkan diri setelah lama tak mengasah bakat kat dapur...hehehe.So,bila terpandang kek lumut nie kat dapur Kak Azlita,Dayang  dan kak yati,terasa je tekak nie nak makannya plak.Tak pernah buat kek nie,jadi nie kiranya first time buat sebab semata-mata nak merasa kesedapannya....walaupun ruponya tak secantik otai2 masakan yang buat,tapi alhamdulillah,rasanya memang sedap.Thanks pada akak2 yg sudi share resepi dan tayang masakan masing2 kat blog.Dan sememangnya,menarik minat mata tuk mencuba dan merasanya...hehehe.

Masa tanggalkan kertas foil,lapisan kulit atas kek melekat,jadi tersongih sikit kek lumut Liza nie....:)




Sumber resepi :Dayang
Skodeng gak resepi kat : Kak Yatie & Kak Azlita


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum ~ diayak 

1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya 
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis (Liza letak susu cair sebab susu pekat abis..huhuhu)
1 sk esen vanilla

Cara-caranya:

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)(Liza kukus 1 jam 45 minit jer...sebab malas nak tunggu lama2....hehehe,-tapi tulah,kek tak secantik sifu2 punya kek sebab menderhaka pada masa kukusnya)




Oleh kerana tak sabau nak makan, kek belum sejuk dah di potong...jadi ,kek nampak tak cantik bila dipotong panas-panas.Apapun,kek lumut nie memang marveles...tak terkata memakannya sebab gebu je masuk ke mulut dan lembut macam kek span pun ada.



27 Januari 2012

SUSHI...MENU ORANG MALAS BILE BZ STUDY


Assalammualaikum.................selamat petang.
Dan moga gembira tgok menu sempoi nie....hehehehe.
Layan je yer gambar nie dan menu nie Liza ikut kat sini .




Daaaa........................selamat menjamu selero.....nak sambung buat keje......hehehe

SAYA BAHAGIA DAN GEMBIRA DI SINI........

Assalammualaikum wbt....
Salam pagi Jumaat yg penuh keberkatan ini.Baru sempat nak update blog....walaupun buat2 bz,tetap nak sempatkan diri update blog yg tak seberapa ini.......Dan alhamdulillah,dengan semangat baru ,azam baru di tempat baru dengan meninggalkan kenangan pahit dulu,jati diri dan jiwa ini semakin bersemangat meneruskan perjuangan yg belum selesai.Jom layan gambar ini yang menerangkan seribu satu perkara yang bermain di fikiran tanpa perlu meletihkan jari jemari yang runcing ini menaip patah perkataan.

Jurnal2 yg wajib di baca sebelum menulis LR


Sambil layan baca paper kat internet.................


Errmmmmm................my workstation 


I'm happy with my work now......alhamdulillah,perubahan begitu ketara berbanding berada di sana ...syukur ke hadratmu ya ALLAH





18 Januari 2012

BOSAN TAHAP........??????????

picture from google

Tahun 2012 yg penting untuk Liza buktikan kemampuan walaupun di duga dengan pelbagai  ujian dariNya...InsyaAllah,doa dari kawan2 dan keluarga tersayang akan buat diri ini semakin kuat untuk teruskan perjuangan yang berbaki lagi beberapa bulan...

I CAN DO IT


13 Januari 2012

CERITA TENTANG AKU & TAHUN BARU 2012...I'M BACK

Assalammualaikum wbt.....

ehsan dr Google

Syukur sangat kerana tahun baru ini di tempat baru memberi seribu satu rahmat buat Liza....Perjuangan yang belum selesai akan di teruskan di tempat baru...Mudah-mudahan apa yang berlaku selama 2 tahun di negeri orang,dapat dijadikan pengajaran dan panduan hidup kerana sesuatu yang berlaku itu semuanya dari yg Esa...Kita sebagai hambaNya haruslah redha dan tabah menghadapinya walaupun apa yang berlaku itu memang sakit dan pahit untuk di kenang.

Alhamdulillah, suasana di tempat baru yang telah ditinggalkan lama dulu,memberi nafas baru untuk terus memperjuangkn cebisan  terakhir untuk PhD Liza.Nak tinggalkan segala kenangan pahit ,sakit manis yang melanda diri dulu kat sana,akan tetap terpahat di ingatan.Tanpa bantuanNya dan dari insan tersayang yg sentiasa menemani,mungkin selama2 Liza akan sakit dan  kemurungan tanpa ada penyelesaian.Tapi Allah dah janjikan  kepada setiap hamba2nya yang sabar,redha dan tabah disamping berusaha mencari ikhtiar hidup,DIA akan tunjukkan jalan penyelesaiannya.Alhamdulillah...kat sini dan kembali semula ke tempat asal dan duduk balik kat rumah sendiri.....banyak perubahan yg dialami..Walaupun gangguan dulu.....(citer 1,citer 2,citer 3 ,citer 4),banyak lagi yang Liza tak citer...akan tetap menjadi kenangan indah kerana dugaan ini membuatkan diri ini semakin dekatkan diri kepadaNya.

Sempat melawat tempat keje,memberi inspirasi untuk terus abiskan Phd yang berbaki lagi dengan semangat yang berkobar-kobar,lebih2 lagi sempat berjumpa dengan rakan2 yang telah tamat belajar,lagilah bersemangat balik nak masuk keje semula...Tapi takpe,abiskan perjuangan yang belum selesai ini selagi cuti sepenuh masa bergaji penuh nie belum abis lagi....abiskan masa beljar nie puas2 sebelum masuk keje...Bak kata kawan2 sealiran,kalau dah masuk keje balik susah nak kemana2...tanggungjawab besar menanti...huhuhuhu.

ehsan dari Google

Tak sangka,setelah hampir 2 tahun setengah meninggalkan kampus tercinta....bangunan yang tersergam indah ini dah bole berbakti pada semua warga kampus......


ehsan dari Google

Apa2 pun,gembira balik sini dan teruskan perjuangan yang belum selesai...Banyak sumber inspirasi kat sini dan insyaallah,DIA permudahkan segala2Nya.......

Dan Liza akan kembali memeriahkan balik blog sempoi ini dengan semangat baru di tahun baru 2012.Nak tinggalkan jauh-jauh lembaga2 hitam dan putih yang mengganggu diri semasa di sana....biarlah ALLAH sahaja yang memberi petunjuk dan hidayahnya pada dia agar bertaubat  dan Liza maafkan segala baik buruk yang telah dilakukannya pada diri ini.Apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.ALLAH akan menjanjikan kebahagian buat hamba-hambaNya yang tidak putus2 berdoa  dengan penuh redha dan sabar atas apa yang berlaku.

Sekian,wassalam...






NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails