TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

1 Ogos 2012

MULAKAN DGN BISMILLAH DAN AYAT PENGGERAK SEBELUM MAKAN...


Termakan sate kucing hitam



AMALAN membaca surah al-Fatihah dan ayat 81 surah Yunus dapat menghindari daripada terkena ilmu hitam. - Gambar hiasan










PADA tanggal 1 Syawal tahun lalu, Zarina menerima undangan majlis rumah terbuka sempena sambutan hari raya di rumah jirannya.
Biarpun menerima undangan itu dengan hati terbuka, hatinya terdetik sedikit rasa pelik kerana hubungan mereka sebelum ini dingin walaupun mereka tinggal berdekatan di sebuah kampung di Terengganu.
Namun, dia tidak memikirkan apa-apa yang buruk kerana menganggap jirannya itu mahu berbaik-baik pada hari raya yang mulia itu.
Zarina yang datang bersama anak-anak dan suaminya ke majlis itu diberi layanan istimewa. Dia masih ingat pada hari itu mereka dihidangkan nasi impit dan sate.
“Kami makan tanpa menyimpan prasangka. Benda yang dah berlalu biarlah berlalu,” katanya yang tidak merasai kelainan pada sate ayam dan daging yang dihidangkan itu.
Beberapa hari kemudian hidup Zarina sekeluarga berubah. Selain sering berasa panas badan dan kerap bermimpi tentang kucing hitam, kebahagiaan rumah tangganya juga tergugat.
Menyedari jiwanya menjadi tidak selesa, Zarina berjumpa doktor. Setelah diberitahu dia tiada masalah kesihatan, Zarina segera mencari pengamal perubatan Islam dan bomoh untuk berubat.
Dalam tempoh setahun, dia bertemu dengan hampir 80 orang tabib untuk mengatasi masalah keluarga dan penyakit misterinya itu.
“Selepas bertemu seorang ustaz barulah saya sedar bahawa saya telah disihir. Selepas melakukan rawatan tersebut, ustaz itu juga menasihati saya agar memaafkan orang yang melakukan perkara itu.
“Walaupun tempoh setahun lalu adalah masa yang menyakitkan kepada saya sekeluarga, saya tetap mendoakan agar orang tersebut bertaubat,” kata Zarina.
Perkara sama turut berlaku kepada seorang pensyarah muda, Linda, 32, apabila dia dihidangkan dengan sepinggan sate oleh rakan sekerjanya pada hari raya ketiga.
Wanita bujang yang berkhidmat di sebuah kolej swasta di Kuantan, Pahang itu tidak menyangka telah diperlakukan sedemikian oleh sahabatnya sendiri.
Pecah
Dia menyedari perkara itu selepas mengikuti perubatan secara Islam dan diberitahu bahawa dia telah terkena sihir bomoh Siam melalui makanan.
“Saya menyedari kelainan pada diri apabila emosi sering tidak stabil. Saya juga terlalu kerap mengambil cuti sakit dan berkelahi dengan bos tempat saya bekerja. Mungkin itu yang dimahukan oleh orang yang tujukan sihir itu.
“Tidur malam saya pun selalu terganggu apabila seekor kucing hitam sering menjelma dalam mimpi. Kucing itu datang dan menggigit hujung jari kaki saya dan ia kerap datang berdampingan.
“Tidak sangka pula kawan sendiri yang melakukan perkara sebegitu. Lagipun saya tidak mengesyaki apa-apa padanya walaupun sate itu rasanya agak pelik,” kata Linda.
Kedua-dua mangsa sihir itu kembali pulih setelah melakukan perubatan ritual menerusi bacaan ayat-ayat Rukyah dan menggunakan air zamzam.
Lebih memeranjatkan apabila jin yang berdamping dalam tubuh kedua-dua wanita itu menyebut nama orang yang telah melakukan perkara buruk itu.
Dalam sesi rawatan yang dilakukan, kedua-dua mereka telah memuntahkan semula daging-daging yang dimakan itu dalam keadaan yang masih belum hadam.
Pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie menjelaskan bahawa perbuatan tersebut wujud dalam amalan ilmu hitam terutamanya melibatkan bomoh dari negara Thailand. Ia dilakukan kerana sifat hasad dengki yang menebal dalam jiwa seseorang.
“Selalunya mereka yang berniat jahat itu akan ‘menempah’ bomoh tersebut awal-awal kerana si bomoh perlu mempersiapkan kucing hitam dalam tempoh tiga bulan.
“Dalam tempoh itu, kucing tersebut akan diletakkan di dalam sangkar sempit dan diberi makan bangkai binatang berbisa seperti ular dan biawak.
“Daging kucing itu yang bercampur semua organnya akan dicampur bersama daging ayam atau lembu untuk dijadikan sate yang diberi makan kepada mangsa.
“Sedikit sahaja jumlah yang dimakan sudah memadai untuk membuatkan seseorang itu terkena sihir tersebut,” jelas Shamsuri.
Untuk mengelakkan daripada terkena sihir daripada makanan, Shamsuri menasihatkan orang ramai agar membaca surah al-Fatihah dan ayat 81 surah Yunus sebelum menjamah makanan.
“Amalan surah dan doa itu penting terutamanya ketika makan di luar. Dengan izin Allah, ayat tersebut akan menghindari daripada malapetaka
“Secara peribadi saya pernah diberi petunjuk mengenai perkara itu iaitu semasa makan di sebuah kedai makan. Pinggan saya yang sudah berisi nasi dan lauk-pauk itu terjatuh dan pecah setelah saya membaca ayat-ayat tersebut,” tutur pemilik Pusat Perubatan Islam at-Tobibi di Nilai, Negeri Sembilan ini.

Ayat Penggerak:
“Bismillahillazi La Yadhurru Ma’as Mihi Syai’un Fil Ardi Wa la Fi’ Sama’i wahua Samiiun Aliim”
atau klik darussyifa audio
Baca 3 kali pagi dan 3 kali petang, insya ALLAH, selamat dari pada segala gangguan sihir .


3 ulasan:

Kesuma Angsana berkata...

tq berkongsi ye.. sgt2 bagus ni

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam Liza.Minta dijauhkn la diri kita sekluarga dr trkena sihir2 spt ni...

Org yg mengamalknnya ,xtakut ke balasan dr Allah :(

Lizahanum berkata...

wsalam kak atie....

Semoga Allah melindungi kita semua.Saya kongsikan ini sebab saya dah terkena,2 tahun mencari perawat sehingga kini...tapi alhamdulillah,bulan ramadhan ini gangguan tersebut berhenti sementara...hantu syaitan kan kena ikat bulan ramadan nie...hehehe

DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (160) 2014 (32) KUIH (31) ROTI (30) IKAN (19) KEK (18) PHD (18) MEE (17) NASI (16) WESTERN (16) AYAM (14) INILAH DUNIA (14) TRAVEL (14) SAYUR (12) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) DAGING (7) AGAR-AGAR (6) APAM (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) APA2 SAJE (4) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) SUP (4) BENTO (3) CONTEST GA (3) CUCUR (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) TEKA TEKI (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) TAUHU (2) TOMYAM STEAMBOT (2) UBI (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) JERUK (1) JUAL BELI (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) ONLINE SHOPPING (1) OPIS (1) PASTA (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)
Related Posts with Thumbnails

PELAWAT YG BARU SINGGAH

KEDAI MAYAKU

KEDAI MAYAKU

KEDAI MAYAKU