25 Julai 2012

ALHAMDULILLAH,,,BARU SEMPAT BACA BERITA INI






























Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

sumber:KOSMO

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. - BERNAMA



3 ulasan:

  1. happy...sama2 kita bbelanja dgn bhemah nti...hihi

    BalasPadam
  2. Syukur. Bleh buat giveaway kan Liza.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, rezeki di bulan ramadan.

    Jemput untuk menyertaiGive-Away Contestsaya

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails