TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

Related Posts with Thumbnails

28 Februari 2012

CINTA AKU & DIA...BERMULA DI ALAM CYBER...kuikuikui


Tajuk poyo jer kan...tapi itulah hakikat sebenar yang berlaku...Kalau sekarang,orang ngah giler2 dgn FB,tapi masa kenal dulu dgn Hb, mana ada lagi FB tu.....masa tu ngah heboh dgn KAMPUNGCHAT,dan kat situlah perkenalan kami....tnpa ada gambar dan profile,hanya nickname yg memikat hati dan sedap di dengar jer...hahaha.Kelakar kalo di kenang2kan balik zaman muda belia...zaman bercinta dulu,walaupun masa tu bukan remaja pun lagi.....hehehe.Pastu,masa tu tak mampu lagi nak pakai Blackberry atau Tab yg canggih(sebab lom ada...),hanya mampu pakai nokia 3310(jatuh dan di baling 2-3 kali ke lantai pun,still tetap utuh)..tu lah menjadi harta paling sayang sebab dr chatting kat KAMPUNGCHAT,berSMS lah plak......plak tu,zaman belajar sambil keje lagi,tak mampu lagi nak pakai  laptop cam sekarang (yg mampu pun destop segabak besau tu).......skrg,syukur alhamdulillah dgn rezeki yg ada,...bermacam2 gadget dah dimiliki sekarang,sampai tak mampu nak guna sume...jadi gajah putih jer kat umah.....huhuhu.Hb siap kata,takpe...collection utk hari tua kita nanti....

Ok...berbalik pada cinta cyber kami,mula2 tu saje nak kena2kan dia...dgn niat saje suka2,masing2 tak pernah nak hntar gambar atau apa sajer....main  hentam jer saje2 berkawan tanpa ada gambar yg proper....kunun2 nak surpriselah kalo jumpa...tapi tulah,Hb berani nak dtg jumpa setelah Liza mencabarnya dtg ke rumah...sanggup tu,dari KL turun ke JB....tp,dlm hati nie.....siap ckp dgn hati sendiri "Kalo mamat yg datang nie tak sehensem yg di sangka,baik aku sorok di balik dinding jer drpd jumpa dia".....hahaha...ayat tak bleh blahhh.

Tapi tulah,mungkin ini jodoh namanya,Liza tak sampai hati nak sorok2 di balik dinding sebab kenangkan  kesungguhannya yg beria2 naik bas dari KL ke JB,kalo  dia tak cinta,takkan dia sanggup kan nak jumpa walaupun tak pernah tgok muka cara live....my first impression,"kurusnya mamat poyo nie...muka ala2 cina....layakkah dia buat diri ini"...mcmne Liza bole kenal dia sedangkan tak pernah tgok muka dia...tapi sebab dah janji suh dia tunggu kat DUNKIN DONUT (port paling senang jumpa kat Terminal bas Larkin)...hahaha,dari jauh dah bole nampak dia walaupun dia tak boleh nampak Liza sebab dia tak kenal.Tapi tulah, selalunya kalo niat jahat nak kenakan orang tu,Allah tak makbulkan....rasa kesian kat dia.Akhirnya,dialah juga jadi peneman setia hingga sekarang..............Dan oleh kerana sedar diri ini pun tak secantik CTnurhaliza,terimalah pasangan kita seadanya...cantik dan hensem tu tak kekal lama.Lama2 kita akan meningkat tua........Dah hilang cantik tu,nanti dia cari org lain plak....alhamdulillah,dengan niat ikhlas kerana Allah utk bersama dan bersatu ,kebahagian itu akan tiba jua akhirnya

Ok...sekian dulu.

p/s : N3 khas ini ditujukan buat my Hb yg jauh dimata.....lama tak jumpa,terasa rindu...hehehehe.



1 ulasan:

LadyBird berkata...

salam akka..

akak, nak baca habis tp wanita solehah yang kelip2 sebelah kiri lady ni menyukarkan lady tuk membaca :(

background

DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (152) KUIH (31) ROTI (30) 2014 (24) IKAN (19) KEK (18) PHD (18) MEE (17) NASI (16) WESTERN (16) AYAM (14) TRAVEL (14) INILAH DUNIA (13) SAYUR (12) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) DAGING (7) AGAR-AGAR (6) APAM (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) APA2 SAJE (4) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) SUP (4) BENTO (3) CONTEST GA (3) CUCUR (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) TEKA TEKI (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) TAUHU (2) TOMYAM STEAMBOT (2) UBI (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) JUAL BELI (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) ONLINE SHOPPING (1) OPIS (1) PASTA (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)