START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

28 Januari 2012

KEK LUMUT


Assalammualaikum wbt....

Hari nie Liza merajinkan diri setelah lama tak mengasah bakat kat dapur...hehehe.So,bila terpandang kek lumut nie kat dapur Kak Azlita,Dayang  dan kak yati,terasa je tekak nie nak makannya plak.Tak pernah buat kek nie,jadi nie kiranya first time buat sebab semata-mata nak merasa kesedapannya....walaupun ruponya tak secantik otai2 masakan yang buat,tapi alhamdulillah,rasanya memang sedap.Thanks pada akak2 yg sudi share resepi dan tayang masakan masing2 kat blog.Dan sememangnya,menarik minat mata tuk mencuba dan merasanya...hehehe.

Masa tanggalkan kertas foil,lapisan kulit atas kek melekat,jadi tersongih sikit kek lumut Liza nie....:)




Sumber resepi :Dayang
Skodeng gak resepi kat : Kak Yatie & Kak Azlita


Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum ~ diayak 

1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya 
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis (Liza letak susu cair sebab susu pekat abis..huhuhu)
1 sk esen vanilla

Cara-caranya:

Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)(Liza kukus 1 jam 45 minit jer...sebab malas nak tunggu lama2....hehehe,-tapi tulah,kek tak secantik sifu2 punya kek sebab menderhaka pada masa kukusnya)




Oleh kerana tak sabau nak makan, kek belum sejuk dah di potong...jadi ,kek nampak tak cantik bila dipotong panas-panas.Apapun,kek lumut nie memang marveles...tak terkata memakannya sebab gebu je masuk ke mulut dan lembut macam kek span pun ada.



2 ulasan:

MULAN berkata...

sedaaapppp nya...

Yatie berkata...

Assalamualaikum Liza,
mmng sedapkan kek lumut ni, moist je...akak jadi teringin semulalah nak makan kek ni..

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails