31 Oktober 2011

AKHIRNYA.....TERIMA KENYATAAN TAK BOLEH DOK KAT SINI


Assalammualaikum dan selamat pagi.................

Dalam sibuk menyiapkan phd sebelum submit tesis,dan diduga dengan pelbagai macam ujian.....akhirnya,setelah menerima petunjuk dan hidayahNya,Liza akan berpindah balik ke selatan tanah air.Tinggal semula di rumahku yang tercinta setelah hampir 3 tahun ditinggalkan.Mungkin ada hikmahnya nie sebab selama berpindah ke sini ,selama tulah pelbagai ujian dan gangguan diberiNya pada diri ini.Mungkin betullah orang kata,area Perak(lebih2 lagi dok tengah2 antara sempadan Perak,Kedah dan Penang) nie memang tempatnya keras ...huhuhu(santau,sihir dan pelbagai jenis lagi buatan manusia yang berantarakan dengan jin,iblis dan syaitan semakin berleluasa)...Dan kerana mungkin ini satu penyebabnya,diri ini terkena ...ntahlah,malas nak ambik pot,semua yang berlaku dengan izinNya dan ada hikmah sumenya tu.Hasil perbincangan dengan supervisor (ngah mengerjakan haji),alhamdulillah,beliau suggest Liza balik semula ke negeri kelahiran kerana beliau sedih atas apa yang berlaku pada diri ini.Sakit di sebabkan.................huhuhu
Alhamdulillah, mungkin dengan cara ini,kaedah terbaik untuk terus meneruskan perjuangan yang tinggal tanpa ada gangguan .Moga Allah mendengar doa hambaNya ini...Doa orang2 teraniaya selalunya dimakbulkan...hehehehe.


Sekarang nie dalam proses mengemas2 apa yang patut dan mencari lori 5 tan untuk mengangkut sume barang yang ada kat sini.2 tahn lepas datang dengan barang yang sikit,dan kini pulang dengan barang yang penuh...huhuhuhu

Suka sangat sebab nak pulang semula ke rumah kesayangan.Dan yang penting boleh menjimatkan duit sebab selama nie dok kat sini,menyewa .

Oklah,semoga tahun baru 2012 yang akan datang nanti menjanjikan seribu satu kebahagian buat Liza.Nak tinggalkan kisah pahit dan sakit di sini dan bina hidup baru semula di negeri kelahiranku Johor.Dekat dengan mak ayah dan adik-adik yang lain walaupun hubby sentiasa ada di sisi,semangat kekeluargaan tu akan terasa kalo berkumpul bersama2 maklumlah keluarga Liza bukannya besar,adik beradik 3 orang jer...so..sendiri bole bayangkan .Alhamdulillah,syukur dengan nikmat yang Allah beri dan petunjukNya yang di beri pada Liza  setiap kali lepas solat istiharah dan solat hajat.

Dan kepada rakan2 yang masih nak join 2ND GA,silakan turut serta sebelum ditutup pada 5/11/2011 nie.Insyaallah,bukan setakat hadiah buku tu jer tau,tapi ada yang lain2 lagi yang"rahsia"....dah dapat baru tahu.hehehhe

Da..........assalammualaikum


30 Oktober 2011

BILA DIRI INI DIUJI HAMPIR 2 TAHUN...HANYA ALLAH YG TAHU MACAM NE SEKSA DAN SAKITNYA MENANGGUNG.....



Hello my friend !
How are u?

DIA lebih mengetahui apa yang hambaNya yang diuji dengan rasa SAKIT yang teramat.Kerana DIA sayang pada hambaNya itu,DIA memberi seribu satu ujian dalam pelbagai bentuk ujian sebagai penyebab.Dan HambaNya yang diuji itu, dalam mencari keredhaanNya,berusaha juga mencari perawat dan penawarnya.Tempuh hampir dua tahun sakit (kejap sihat dan kejap datang balik sakitnya),pelbagai cara dan usaha yang dilakukan hingga berjumpa pelbagai jenis orang yang merawat.Alhamdulillah,mungkin DIA juga yang memberi petunjuk dalam segala hal kerana (solat hajat dan istiharah tak pernah tinggal sejak sakit) DIA mendengar doa hamba-hambaNya yang merintih dan merayu dengan sungguh2,akhirnya berjaya menemui penawar yang paling mujarab.Amalkan segala bentuk suruhanNya dengan tawaduk dan yakin bahawa DIA penyembuh segala penyakit kerana semua yang berlaku adalah dengan izinNya juga.

Simptom2 yang dialami yang menandakan diri anda terkena perkara yang misteri adalah seperti dibawah.Dan saya mempunyai lebih daripada 10 simptom2 seperti dibawah dan menunjukkan sakit ini telah parah dan telah lama bertandang dalam diri.Demi Allah,dan syukur,saya sedar bila saya mendengar bacaan AYAT RUKYAH secara tak sengaja,dimana,makin l ama saya engar,makin saya ngantuk,malas,dan rasa nak marah.Dan yang paling sakit,tengkuk dan bahu saya rasa berat.......SO,Kalo anda ada simptom2 seperti itu,cepat2lah mencari perawat yang betul2 mengamalkan ajaran Islam.Carilah perawat Islam engan perubatan Islam..InsyaAllah........dengan izin Allah segala-galaNya dipermudahkanNya....

Simptom-Simptom Terkena Gangguan Jin


1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
42) Sakit tulang belakang tanpa sebab.
43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.
47) Timbul rasa takut tanpa sebab.
48) Sering pengsan tanpa sebab.
49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
54)mimpi terbang,air sungai,laut atau air bah

Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin berikhtiarlah dengan perawat islam yang berdekatan.


INFO 2 : UNTUK ANDA DAN JUGA SAYA...............:)

Sihir Dalam Masyarakat Melayu


pic from google


Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
Polong : Bagi menghisap darah mangsa
Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.




Jenis-Jenis Sihir


PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.


SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir




TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.




TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.




Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang


Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.








JENIS-JENIS SIHIR - ( Cara Mengatasinya )




Cara Mengatasi Gejala Sihir


Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.


Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.




Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286






Saka ( Keturunan )


Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.


Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.




Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.




Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.




1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )




Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah...... Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah....




Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya


Sumber : KLIK SINI

KALO SAYA LAH....DAH LAMA SAY BYE BYE KAT SUAMI CAM TU....................


Suami belasah isteri tak masak

KUANTAN - Hanya kerana tidak disediakan sebarang makanan pada sambutan Hari Deepavali Rabu lalu, seorang suami naik berang lalu membelasah isterinya dengan sebatang kayu selain disepak dan dipijak sehingga wanita itu pengsan di rumah mereka di Taman Netas Maju dekat Mentakab.
Akibat kekejaman si suami, mangsa yang merupakan seorang suri rumah terpaksa menerima tiga jahitan di kepala selain turut mengalami lebam di beberapa bahagian badan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud (gambar) berkata, sebelum kejadian pada pukul 3 petang, suspek seorang penganggur yang baru sampai ke rumah selepas keluar bersama rakan terus membelasah isterinya kerana melihat tiada sebarang hidangan untuk dimakan.
"Suspek membelasah isterinya menggunakan kayu. Mangsa juga disepak sehingga terjatuh dan dipijak sehingga pengsan tanpa belas kasihan," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini semalam.
Menurut beliau, kejadian kejam itu disaksikan oleh empat anak pasangan itu yang berusia di antara lima hingga 13 tahun.
Anak-anak pasangan itu tidak mampu berbuat apa-apa kerana ayah mereka didakwa terlalu marah kerana dipercayai lapar selepas pulang daripada berjumpa rakan.
Berikutan kejadian itu, menurut beliau, mangsa yang tidak sedarkan diri dan pengsan dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HoShas) Temerloh dengan ambulans yang dihubungi jiran.
Mangsa dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.
Mohd. Haris memberitahu, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian itu menahan suspek di rumahnya pada hari sama.
Suspek kini direman empat hari sejak kelmarin dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah.
"Kita masih menyiasat latar belakang pasangan itu dan punca kejadian sebenar sehingga suspek bertindak keterlaluan terhadap isterinya," kata beliau.
Sumber :KOSMO

21 Oktober 2011

ALHAMDULILLAH...KITA AMALKAN BERSAMA

pic from google


Seperti yg dikongsi oleh PENULIS:INSAN KAMIL
Di sini saya ingin berkongsi ilmu atau amalan dengan saudara-saudari ubat yang paling mujarab dari segala jenis penyakit gangguan ini yang telah saya amalkan sendiri dan ternyata sangat mujarab. Ubat yang paling mudah itu sebenarnya terletak pada usaha diri kita sendiri serta pertolongan terus dari Allah SWT tanpa ada perantara seperti bomoh, ustaz, Jin Islam, atau apa-apa perantara yang lain. Bukan menafikan khidmat ustaz atau pengamal perubatan tradisional yang lain tetapi saya sudah banyak kali berubat hampir 20 perawat atau pengamal perubatan tradisional yang telah saya ketemui namun sakitnya hanya hilang sekejap tetapi ianya datang kembali. Namun berkat dari usaha saya dan dengan pertolongan dari Allah SWT saya menemui amalan atau ilmu yang sangat mujarab bagi merawat penyakit yang saya hadapi selama hampir 1 tahun ini.


Berikut amalan yang saya lakukan, sememangnya amalan ini yang biasa dilakukan apabila setiap kali selesai kita bersolat seharian cuma bezanya di sini kita tambahkan keyakinan sepenuhnya kita kepada Allah SWT serta lakukan dengan bersungguh-sungguh dengan penuh khusyuk dan istiqomah. Amalkanlah secara istiqomah dan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang sebenar-benarnya menyembuhkan penyakit kita.


1. Pertama sekali kita perlu yakin bahawa penyakit ini datangnya dari Allah SWT sebagai ujian dari-Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud ; "Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiya’: ayat 35)


2. Kosongkan fikiran anda walaupun anda sememangnya mengetahui bahawa sakit anda adalah kerana dianiayai atau disihir oleh si folan bin si folan, kosongkan fikiran anda dan anggap ia satu ujian dari Allah swt dan manusia itu sebagai penyebabnya sahaja. Buangkan semua syak wasangka sesama manusia atau sesama mahkluk tentang penyakit yang dihidapi itu. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Apabila aku menguji seseorang dari hamba-hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan oleh ibunya - bersih dari segala kesalahan", dan Tuhan Tabaraka wa Taala berfirman kepada Malaikat penulis amal itu: "Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) semasa ia berkeadaan sihat". (Hadith Riwayat Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi r.a) Hadith Sumber JAKIM3. Ingatlah dan yakinlah bahawa sakit yang kita alami ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita serta untuk meningkatkan darjat seseorang mukmin itu. Nabi s.a.w pernah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya." (Hadith Riwayat Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a) Hadith Sumber JAKIM


3. Peliharalah solat 5 waktu anda dan solat tepat pada waktunya, jika boleh solat berjamaah di masjid. Jika tidak mengizinkan maka solat lah tepat pada waktunya. Kerana ketahuilah banyak fadilat solat 5 waktu tepat pada waktunya yang tidak kita ketahui lagi di antaranya ialah serangan makhluk halus ini pada seseorang manusia sering berlaku pada perubahan waktu seperti dari waktu pagi ke tengahari (waktu Zuhor), perubahan waktu tengahari ke petang (waktu Asar), perubahan waktu dari petang ke senja (waktu maghrib) dan waktu maghrib paling banyak atau biasa sekali serangan ke atas manusia. Jadi jika kita sentiasa solat pada waktunya Insyallah dengan izin Allah kita terselamat dari serangan ini.


4. Amalkan wirid di bawah selepas tiap kali menunaikan solat fardhu :-Beristighfar (3 X)-Membaca surah al-Fatihah (1X)-Membaca surah al-Ikhlas (3x) atau (1x)-Membaca surah al-Falaq (1x)-Membaca surah an-Nas (1x)-Membaca ayatul kursy (dengan 7 wakaf - 7 kali tempat berhenti)-Zikir (Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allah hu Akbar 33x)-Berdoa


5. Amalkan solat hajat (2 rakaat) atau lebih pada tiap-tiap kali sebelum tidur atau selepas solat Isyak atau Maghrib dan amalkan pada tiap-tiap hari. Banyak cara mengerjakan solat hajat ini salah satu caranya ialah rakaat pertama baca al-Fatihah (1x) dan surah al-Kafirun (3x) manakala rakaat kedua bacalah surah al-Fatihah (1x) dan surah al-Ikhlas (3x), semasa sujud terakhir bermohonlah di dalam hati (jangan lafazkan) semoga disembuhkan penyakit. Amalkan solat hajat ini secara berterusan sehingga sembuh penyakit. Mohonlah / berdoalah sepenuh keyakinan anda kepada Allah SWT agar disembuhkan segala penyakit atau gangguan yang anda hadapi. Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.” (Hadith Riwayat Muslim) Hadith Sumber JAKIM.


6. Jika mampu amalkan solat sunat witir sekurang-kurangnya (3 rakaat) sebelum tidur. Dan amalkan Surah al-mathurat setiap kali lepas solat maghrib atau isyak.


Semoga dengan amalan ini saya doakan agar penyakit anda akan sembuh dengan pertolongan terus dari Allah SWT. Alhamdulillah saya juga pernah mengalami sakit sebegini dan saya mengamalkannya memang kesannya sungguh menakjubkan. Yang pentingnya keyakinan kita bahawa Allah SWT lah tempat kita bergatung dan hanya Allah SWT sahajalah yang dapat menyembuhkan segala jenis penyakit yang kita hadapi selama ini.Wallahua'lam.


14 Oktober 2011

KONGSI ILMU TUK AMALAN BERSAMA..................

Sumber bacaan : Carigold Forum- 
Ceramah oleh Ustazah Fatima Zahra







Sihir ni perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sbb dengki, sakit hati, cemburu ect. Manusia ni pegi kat tukang sihir or what we know as bomoh or pawang. Tukang sihir ni guna khidmat jin dan syaitan provided that tukang sihir ni buat sesuatu balik untuk jin/syaitan ni. Contohnya, jin/syaitan ni suruh tukang sihir ni kencing pada Al_Quran, baru dia mahu berkhidmat dengan tukang sihir ni.

Bagaimana kita tahu orang yang kita 'minta tolong' tu adalah tukang sihir?

1. Bomoh ni akan minta things like gambar, songkok, kain pelekat/kain batik, asam limau, telur, and also your birthdate.
2. Bomoh ni akan minta binatang 'pelik' like ayam hitam ke, kambing putih ke etc
3. They read Quran in a funny way, very fast and unclear. Sebenarnya mereka mencampuradukkan/ menterbalikkan ayat-ayat Al-Quran dan masukkan nama jin/syaitan di antara ayat-ayat yang dibaca tu.
4. They are dirty, kuku kotor, pakaian bau busuk. Do not reflect as orang yang mengamalkan Islam. Akibat orang cari tukang sihir - telah kufur kepada Rasulullah. Sbb cara ini menunjukkan you believe there are people who knows ghaib and that is HARAM! Even Rasulullah has said that cuma Allah saja yang tahu tentang ilmu ghaib, not even him yang ada ilmu tu.

Bagaimana kita tahu kena sihir?
1. Cannot sleep at night
2. Suka ketawa sendiri
3. Tak suka mandi
4. Suka makan banyak. Actually makan for two - sendiri + jin!!
5. Suka duduk dalam bilik air lama-lama.
6. Able to speak in different language secara tiba-tiba!

Bagaimana Hendak Mencegah Sihir?
1. Bacalah 3x selepas solat subuh dan 3x selepas maghrib - read loudly, not in heart! 
"Maasyaa Allahukaana wamaalam yasyaklam yakun Walaa haulawala quwata illabillahi 'aliiyil 'azhiim"
Maksudnya: Apa yang Tuhan kehendaki akan berlaku. Apa yang Tuhan tidak restui tidak akan berlaku. Tidak ada upaya melainkan kehendak Allah.
- Bacalah secara lafaz, jangan baca di hati 
- Agar jin/syaitan lari dari rumah kita. Imagine rumah yang tiada syaitan dan jin, tiada perasaan marah, takdelah asyik nak gaduh sesama ahli keluarga betul tak?
- Sometimes when you have a bad fall, or when your kids suddenly fall, don't just laugh it off. Cepat -cepat baca 3 Qul dan ayat di atas dan gosok badan. Jin tak akan masuk dalam badan.
2. Turut perintah Allah.
- Antaranya: Mandi hadas besar as soon as haid kering. Do not wait after 1 day baru nak mandi hadas. Sometimes kita suka melengahkan mandi hadas ni. Same goes to junub. Kita dikelilingi syaitan! Don't prepare breakfast dalam keadaan junub! Bahaya!
3. Lebihkan zikir.
- Ayatul Kursi - mengiringi tiap waktu solat fardhu
- Surah Al Baqarah - baca di rumah 1 hari, 3 hari syaitan tak masuk rumah. Baca sebagai wirid harian ayat 285 yang bermula dari "Aamanarasul. ."
- Doa Rasulullah untuk tiap perbuatan seperti doa masuk tandas, keluar tandas, menghadap cermin, doa makan ect.
Note!

"Arasy" atau tempat syaitan rehat is the lubang najis. Jangan duduk lama di situ. Dah habis 'bisnes' keluar la.. ubah tabiat suka baca suratkhabar or majalah dalam jamban! Also, do not sing in tandas! Jin can also attack thru mirror. Oleh itu protect yourself by reciting the doa menghadap cermin.


4. Jangan bagi anak-anak keluar waktu maghrib. Jin dan syaitan byk di taman-taman, halaman rumah, padang. So, always know where your kids are bila masuk waktu maghrib. Kita suka buang sampah! waktu maghrib. Time to change!
5. Seelok-eloknya ada tamar di rumah, especially tamar dari Mekah or Madinah. Jin dan syaitan tak suka tamar dari Mekah dan Madinah.
- Makan 7 biji tamar Ajwa atau tamar dari Madinah tiap pagi.
6. Tiap malam sebelum tidur dan tiap pagi baca 3 Qul, tiup ke tangan dan sapu seluruh tubuh. Boleh baca dan niatkan sebagai zikir bila datang haid.
7. Sebaik-baiknya usaha untuk mencari tempat sihir dan buangnya. Ayat khas untuk mencari tempat sihir - surah Al-Kauthar.
8. Muhasabah diri, bertaubat dan banyak beristighfar. Gangguan might be from your own doings.
Mencegah dan Berubat Orang kena Sihir
.Letakkan tangan di tempat yang sakit di tubuh dan baca:
Bismillaahi (3x)
A 'uudzu bi 'iizzatillaahi waqudrotihi min syarrimaa ajidu wa uhaadziru
Ertinya: Dengan menyebut nama Allah. Saya berlindung dengan kekuasaan Allah dan ketentuanNya dari kejahatan sakit yang saya rasakan dan saya khuatirkan.
Bacalah ayat di atas 7 kali.
Kemudian baca doa: Allahumma robbannaasi adzhibil baksa. Isyfi antasysyaafii laasyaifaa-aillaa syifaa uka. Syifaa-an laa yughaadiru saqomaa.
Ertinya: Ya Allah, Tuhan manusia, lenyapkankanlah penyakit ini. Sembuhkanlah, Engkau jualah Tuhan yang menyembuhkan penyakit yang tiada kesembuhan melainkan kesembuhanMu. Dengan kesembuhan yang tiada ditambah penyakit lagi.

Mengubat Orang yang Kena Sihir
1. Ambil 7 helai daun bidara (daun ini diguna buat mandi mayat- jin takut daun bidara!), dan ditumbuk atau digiling is most prefered. It is a symbolic action to hancurkan perbuatan jin. Sambil giling daun-daun bidara ini, baca:
- Ayatul Kursi
- Al-Kafirun ( Qulya ayyuhal kafiruun..)
- Qul ~ Ahad
- Qul ~ Falaq
- Qul ~ Naas
- Surah Yunus ayat 81
- Surah A'Raf ayat 120-121
- Surah Thaahaa ayat 69 mulai " Wala yuflinu..."
2. Campurkan daun yang telah digiling tadi dalam baldi yang dipenuhi air yang boleh diminum.
3. Ambil 3 sudu air tadi untuk beri pesakit minum.
4. Selebihnya dibuat mandi. Do it masa masuk waktu maghrib.
5. Ulangi selama 41 hari. Buat 41 hari berturut-turut lagi bagus. Tapi kalau nak selang sehari dua baru ulang pun boleh gak tapi jangan sampai seminggu gap...tak menjadilah! Kalau tak sembuh juga, ulangi 41 hari lagi (could be a strong sihir).
Another method is the 'dry way'. That is, tak payah mandi, but baca terus pada pesakit sambil sapu kepala dia.
Sekian, Wallahu a'lam





note: Semoga Allah menolong hamba-hambaNya yg sentiasa berdoa dan meminta pertolongan dariNya..AMIN

5 Oktober 2011

INFO: UNTUK ANDA DAN JUGA SAYA...............:)



tQ Google




KENA SIHIR BUKAN PERKARA MUSTAHIL
Dipetik dari Harian Metro

Sumber: RAWATAN ISLAM

GANGGUAN kuasa jahat daripada jin dan syaitan boleh terkena kepada mana-mana pihak, terutama individu yang malas beribadat, sehingga membuatkan dirinya jauh daripada Tuhan.

Yang Dipertua Pusat Perubatan Islam Darul Salam, Abdul Hadi Ahmad Talhah, berkata gangguan itu adalah suatu perkara yang berlaku tetapi sesetengah doktor menafikannya, disebabkan gagal dikesan.

Menurutnya, ada orang mengerjakan solat, zikir dan puasa tetapi masih terkena juga gangguan syaitan.

"Tetapi yang penting kita baca (al-Quran) selalu, mudah-mudahan kita dapat elak gangguan jin dan syaitan atau sihir," katanya dalam satu bual bicara rakaman rancangan Radio Ikim, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rakaman rancangan itu bertajuk Perubatan Konvensional dan Alternatif: Di mana Titik Pertemuan, turut membabitkan pensyarah Kolej Perubatan Cyberjaya, Dr Suriyakhatun Osman dan Shamsul Azhar Mahmood daripada Medic Massage.net.

Abdul Hadi berkata, gangguan kuasa jahat itu bagaimanapun boleh diatasi dengan kaedah tertentu yang sesuai dengan Islam, seperti mengamalkan ayat al-Quran yang menjadi pendinding diri.

Menurutnya, seseorang itu kena beramal terlebih dulu kerana orang yang tidak beramal, walaupun dibaca ayat al-Quran tidak akan memberikan kesan mujarab.

Beliau menjelaskan, antara ayat yang wajar dibaca bagi mengelak gangguan itu ialah ayat Kursi, surah an-Nas, surah al-Falaq dan surah al-Ikhlas, malah boleh juga diazankan ke telinga orang yang terkena gangguan.

"Kalau azan tidak menjadi juga, pergilah jumpa orang yang selayaknya," katanya, sambil menjelaskan, beliau selalunya membaca ayat ruqyah (pendinding) untuk merawat dan mengubati pesakit yang terkena gangguan terbabit.

"Mungkin selepas baca dia akan sejuk, panas, meraung atau tidak berasa apa-apa, mungkin ada makhluk itu menonjol keluar, maka sahlah dia ada penyakit gangguan.

"Orang yang alami gangguan ini juga biasa diganggu dalam tidur, mimpi yang buruk, umpamanya mimpi dikejar makhluk yang tidak pernah dilihat, mimpi jatuh bangunan tinggi atau mimpi dipatuk ular.

"Tandanya diganggu syaitan atau jin. Kena cepat cegah awal supaya dapat mengelakkannya beranak pinak, tetapi janganlah jumpa bomoh tidak sepatutnya," katanya.

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails