31 Mei 2011

SARDIN GULUNG BAKAR


Assalammualaikum dan salam sejahtera.....

Wat menu nie tuk minum petang.So simple.....Liza skodeng dan amik resipi nie kat blog kak Wan (CITARASAWAN).

Malas nak citer panjang2....tgok jelah resepi yg Liza c n p dari blog kak wan.Thanks kak sebab kongsi resepi nie.Izinkn saya amik resepi nie dan saya letak kat blog nie yer.....Pepun,memang sedap.Makan panas2,3-4 ketui bole habis.Pastu plak,lawan dengan teh tarik kaw2 
punya..........perrrrgghhhhhhhhh..sendiri mau ingatlah.......hahahah







Bahan-bahan : (sumber- CITARASAWAN )
300gm tepung gandum
120gm marjerin / mentega sejuk
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)

Inti Sardin
1 tin sardin sederhana
1/2 biji cili merah di cincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 sudu kecil jus limau nipis
1/2 sudu teh garam / secukup rasa
sedikit lada sulah

1 biji kuning telur untuk glis

Cara-cara :
Inti Sardin :  Lecek sardin (keluarkan dulu sosnya), gaul bersama bahan-bahan yang lain hingga rata.  Jika inti agak kering tambahkan sedikit sosnya.

1.  Doh Pastri :  Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.  Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.

2.  Canai pastri hingga 3mm tebal dan potong persegi 4 x 4in.  Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin
.

3.  Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas.  Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur.  Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.


4.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C di tingkat atas selama 10 minit.  Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warnanya kuningnya lebih terang)  Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.

** Doh pastri agak keras tetapi jangan di tambah air.  Doh akan ranggup selepas dibakar



time gulung





29 Mei 2011

KELAS MENJAHIT KEBAYA KOTA BHARU

Assalammualaikum.......
Malam nie baru sempat nak update berita terkini kat blog Liza nie..
Selama 2 hari (28-29 Mei 2011),Liza gi kursus menjahit baju kebaya Kota Bahru di KOLEJ KOMUNITI BANDAR BHARU...Saje nak melengkapkan skill diri sendiri...kalo bole nak pandai serba serbi...hehehe.Jadi tamaklah plak....
At least,kalo dah pandai wat baju,tak yah nak tempah2 lagi kat kedai...janji dapat jahit baju sendiri pun dah kira bagus.JIMAT....hehehe.
Dengan bayaran RM 20 saje selama 2 hari dengan semua bahan2 jahitan dan kain disediakan,rugi tak amik peluang yang datang nie...
Insyaallah,tahun depan abis PhD dan balik semula ke Johor tuk menyambung tugas,banyaklah pengalaman dan kemahiran yg di kutip di Penang ,Perak dan Kedah nie.Disamping berjaya menimba ilmu untuk kerjaya,dapatlah jugak menimba kemahiran untuk dipraktikkan dalam menambahkan pendapatan...hehehe.. ORANG TAMAK HALOBA memang camtu,tak puas2.....hahahaha



Meh kite tengok gambar2 yg Liza snap sepanjang kursus menjahit baju kebaya nie....



Sesi mengukur ukuran dan saiz badan masing2.....nak ukur badan sendiri tak bole,jadi sama2 bantu mengukur.


Sambil mengukur akak2 yang ada nie siap borak2 dan gelak2


Cikgu yg mengajar jahit yng berbaju kurung kuning tu...tengah memberi tunjuk ajar mengukur saiz yg sebenar...

Liza tukang amik gambar jer,jadi takde lah gambar tuan punya blog yer....


Sesi melukis paten masing 2 atas tracing paper


Sesi memotong baju pada kain.......Kain semua sama jer..hehehe.


Liza dok belakan cikgu nie......hehehe.Dok curi2 amik gambar sambil2 memotong kain


Hari terakhir menjahit menyiapkan baju kebaya dan kain veron



Dah nak abis kelas


DAN
..................

...............

...........

......

.....

nanti Liza upload BAJU KEBAYA yang da siap tu yer....
tapi bole tgok camne bentuk KEBAYA KOTA BHARU tu seperti di bawah

ihsan gambar: sopie shah

27 Mei 2011

BERKURSUS 3 HARI DI PENANG

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Lintas langsung dari HOTEL NAZA TALLYA di Tanjung Tokong.......................hehehe.

Liza berkursus selama 3 hari bermula semalam dan akan berakhir esok....

Kursus anjuran MARA Penang, khas untuk Bumiputera dalam memajukan diri dengan bisnes.Rugi woo tak amik peluang yg ada kerana dengan bayaran yg begitu murah (RM50 shj termasuk penginapan dan makan selama 3 hari 2 malam).
Sape yg nak bagi kan,dok hotel yg canggih gitu dengan RM 50 shj meliputi kursus,makan minum dan penginapan.Itupu ada yg tak nak amik peluang.Berkorban sikit dari segi masa untuk kemudahan masa depan...................hehehe

Daaaa.............akan bersambung nanti dengan gambo2 yg menarik di tepi pantai....




Ok....kat sini,Liza letak gambar2 yg sempat di snap....huhuhu



Kursus yg di hadiri utk melengkapkan diri menjadi jutawan senyap.............hehehe



Pemandangan dr balkoni bilik hotel


Pemandangan laut di sekitar Hotel Naza Talyya...canti,nak2 kalo masa matahari nak terbenam......



Cantikkkkkkkkkkkkkkk  sangat...tidak sia2 datang sini menimba ilmu dengan harga pakej RM 50 termasuk makan,minum(pagi,petang ,malam) dan penginapan 3 hari 2 malam.....Sape yang tak mau lepaskan peluang yg datang ni kan.



Skodeng dari tingkat 11 di luar blik Seminar.....




Luar bilik seminar



Abis kursus sempat gi siar2 kat tepi pantai............
Seminar yg dianjurkan nie pack sampai malam,tapi memang enjoy....



Saje nak interprem kaki sendiri...hehehe




Naza Talyya Hotel dari tepi pantai



Skodeng orang tengah bersuka ria di tepian pantai..masa nie alam pukul 6.45 petang


Desiran ombak memukul  pantai..........hehehe




Mentari di ufuk timur sedang melabuhkan tirainya...hehehe




Pihak MARA PENANG dan pihak Konsultant yg terlibat dalam kursus ini


MC mengambil bahagian untuk acara terakhir


Khusyuk dan tawaduk para peserta mengadap laptop masing2....



Para peserta khusyuk menyudahkan hasil masing2 sebelum berakhirnya kursus



Penceramah yg sekarang memang tahap jutawan senyap di Malaysia... hehehe.



Penceramah sedang berucap utk acara penutup


Sesi penyampaian sijil


Sesi penyampaian sijil....tuan tanah tak mo interprem,sebab tu takde gambo Liza...hehehe








23 Mei 2011

SATE AYAM & DAGING GORENG


Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Hari nie projek wat sate ayam dan daging goreng...hehehe.Pagi2 gi pasar dan beli bahan2 yang patut untuk rencah2 sate nie termasuk ketupat mini segera.Balik pasar dalam kul 11,dah prepare bahan2 dan perap dalam esbok.Petang kul 5 tadi baru goreng dan buat kuah kacangnya.Jadi,time makan tengahari tadi,makan lauk sempoi jer...hehehe.Malu nak tayang kat sini,jadi tayang menu sate goreng nie yang mengancam jiwa dan tekak..hahahaha.....

Jom layan gambar dan resepi yang Liza rujuk dari internet.Sumber dari MESRANET dan RINCCHAN...hehehe



Daging ayam dan lembu yg telah diperap selama 8 jam


BAHAN-BAHAN (cukup utk 3-4 org makan)
sumber : MESRANET

400g daging ayam (potong kecil-kecil)
400g daging lembu (potong kecil-krcil)
2 batang serai *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
1 inci lengkuas *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang merah *
2 sudu serbuk jintan halus
2 sudu serbuk jintan kasar
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu madu
garam dan gula secukupnya

* Semua bahan yg bertanda ini dikisar sekali

Cara:

Sediakan ayam  dan daging yang telah bersih dalam mangkuk. Masukkan kesemua bahan diatas dan gaulkan. Rasa masin dan manis ikut selera sendiri. Kemudian perap sekurang-kurangnya 1 jam(Liza perap 8 jam) sebelum di goreng dgn minyak yg sedikit. Goreng hingga masak dan kekuningan.



 
Tengah goreng dalam kuali non stick...jadi,guna sedikit minyak zaitun jer 



KUAH KACANG
Ssumber :RINCHAN

Bahan-bahan:


300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
3 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam
Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 sudu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:

1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus,
    sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak
    masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan
   mendidih sambil dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala.
   Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-
   kelamaan ia akan pekat.
6. Rasakan garam, gula dan masamnya.

* Pastu lawankan dengan sate ayam & daging goreng.Ketupat mini segera,Liza masak siap2 awal pagi....


Sate and the geng..................





Jom...jemput makan semua.......hehehe












21 Mei 2011

Bz.......nak release tension.....

ehsan dr google



Hari nie bz.......................

Nak pi tengok......

........

........

.........

..........


..........


Siap dah booking ticket online nak tgok 3D punya pasal...............hehehe

Daaaaaaaaaaa........




20 Mei 2011

SOTONG GORENG TAUHU


Salam.......

Liza berkursus 3 hari,jadi bila balik umah tak sempat nak prepare menu yang menyedapkan tekak sangat dan menyegarkan mata memandang.Jadi,hari nie dah abis kursus,sempat nak tayang menu mkn malam yg paling sempoi.Sotong goreng dicampur dengan tauhu hancur......ntahlah,resepi main campak2 ,janji bole kenyangkan perut................

Daaaa..........layan gambo je yer.....



17 Mei 2011

PUTU MAYAM




Assalammualaikum dan salam sejahtera di hari cuti 
wesak ini....

Pagi tadi Liza cuba buat try test putu mayam hasil dr tangan sendirik...hehehe.Ikut resepi dari buku masakan IndiaMamak...senang jer bahan2nya...selama nie beli dari gerai mamak dan kat pasar2 malam jer.So,kerana nak uji bakat sendiri...manalah tau(kot2 satu hari diberhentikan keje,at least ada gak bakat nak beniaga putu mayam nie...hahahaha).

Siap beli lagi acuan pelbagai guna yg bole wat 
maruku sekali tu seperti kat bawah nie......



Acuan yg di beli semata2 nak cuba buat putu mayam sendiri...hehehe







BAHAN-BAHAN:

500g tepung beras

1 liter air

100 gram kelapa parut

100 gram gula merah
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1 liter air yg telah didih di campurkan dengan garam dan tuang ke dalam tepung beras. Gaul sehingga sebati.
Perapkan adunan selama 2 jam.
Panaskan pengukus.
Masukkan adunan tepung beras ke dalam acuan seperti di atas tu.Guna bahagian yg lubang2 kecil. Tekan ke dalam pengukus. Kukus selam 5 minit.
Setelah masak, hidangkan bersama gula merah dan kelapa yang 
digaul dengan garam.





Adunan tepung beras yang dah dibancuh dengan air panas dan garam.Pastu perap dalam 2 jam....



Ni Liza cuba try test dulu kat dalam dulang sebelum betul2 di tekan ke dalam pengukus.....


Pastu makan panas2....perggghhh.Nak tau, cuba sendirik.....

Daaaaa..........


DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (180) 2014 (32) KUIH (31) ROTI (30) MEE (21) IKAN (20) KEK (18) PHD (18) NASI (16) WESTERN (16) 2015 (15) INILAH DUNIA (15) AYAM (14) TRAVEL (14) SAYUR (13) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (10) PASTRY (10) BENTO (8) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) DAGING (7) AGAR-AGAR (6) APAM (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) APA2 SAJE (4) AWARD (4) CUCUR (4) I LUV ISLAM (4) SUP (4) CONTEST GA (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) MASAK2 DAN MAKAN2 (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) TEKA TEKI (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) SUSHI (2) TAUHU (2) TOMYAM STEAMBOT (2) UBI (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) AIS KRIM (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) JERUK (1) JUAL BELI (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MAKAN-MAKAN (1) MASAK N MAKAN (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) ONLINE SHOPPING (1) OPIS (1) PASTA (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STUDENT (1) SWALE (1) SYUKUR (1) TAKOYAKI (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1) tahun baru (1)
Related Posts with Thumbnails

PELAWAT YG BARU SINGGAH