TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

Related Posts with Thumbnails

26 Februari 2011

LEMAK CILI API IKAN KERISI & BELIMBING BULUH



Assalammualaikum dan selamat petang Sabtu wat sume yang menyinggah kat blog Liza nie......Moga sumenya ceria2 selalu dan berbahagia hendaknya bersama2 orang tersayang.Hampir seminggu gak blog Liza berehat sbb tuan empunya diri membzkan diri...hehehe.Hari minggu jer baru berkesempatan nak tgok2 blok kengkawan dan blog sendiri di update.Oklah,hari nie sebab adrenalin dalam badan ngah dalam keadaan mood yg baik,jadi kerajinan diri tuk masak memang bagus.Dapatlah jugak nak tepek resepi yg tak seberapa nie kat blog nie.Janji taklah bersawang banyak......Hari nie rajin masak dengan wat 3 hidangan menu tuk tengahari,almaklumlah,pagi2 tadi breakfast yg ringan2 jer...teh o secawan bersama roti.So,tengaharilah waktu bergumbira tuk perut nie makan2 dan malamnya plak tak makan....diet....hehehee...

Oklah,malas nak coret panjang2...jomz layanzzzzzz gambar dan resipi yg tak seberapa.Ikut mood nak main campak2,asalkan jadi....




Bahan-bahan:

4 ekor ikan kerisi
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 batang serai diketuk
15 biji belimbing buloh
garam & gula secukup rasa


Bahan kisar

20 biji cili api
2 ulas bawang merah
2 sm kunyit hidup


Cara-cara:

  •  Ikan kerisi dibersihkan.
  • Masukkan semua bahan yg dikisar  dan ikan kerisi kecuali santan pekat dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
  • Kacau sekali sekala supaya kuah tidak pecah minyak.
  •  Bila nampak kuah nak mendidih masukkn santan pekat dan rasakan garam dan gula.
  •  Kacau perlahan lagi supaya tidak pecah minya.
  • Bila mendidih tutup api dan boleh hidangkan










KAILAN GORENG BELACAN

 Menu tengahari tadi......................





Bahan-Bahan


5 Pokok Sayur Khailan
1 biji bwg merah besar
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci belacan
10 biji cili padi
Sedikit Sos Tiram
Garam & gula secukup rasa
Bawang goreng utk hiasan



Cara-cara:

  • Potong Sayur Kailan
  • Tumbuk cili padi,bawang merah dan bawang putih bersama-sama belacan
  • Tumis bawang putih, cili padi dan belacan hingga garing
  •  Masukkan sos tiram
  •  Masukkan kailan dan tumis hingga layu.
  • Bila dah layu baru masukkan air sikit. Masukkan garam & gula secukup rasa.
  • Hiaskan dengan bawang goreng




SOTONG KARI BERKICAP

Salam petang Sabtu.....
Hari nie merajinkan diri tuk main masak2 sebab bz skit dlm weekdays,tu yg tak update blog.Bersawang sekejap blog Liza.Ermm ,malas nak tulis panjang2,layan gambar dan resepi yang ado yer............





Bahan-bahan

* 5 ekor sotong besar
* 1 bj bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* 15 tangkai lada kering
* 2 sb serbuk kari ikan
* 3 sb kicap manis
* 2 sb minyak masak
* garam & gula secukup rasa



Cara-cara

  •  Sotong dibersihkan & disiang.
  • Lada kering,bawang besar,bawang putih dan halia di kisar halus.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga betul2 masak lebih kurang 15minit.
  •  Masuk sotong dan gaulkan rata. Masuk pula kicap manis,garam & gula secukup rasa.
  •  Gaul sekata selama 5minit dan terus angkat alihkan dari kuali.
  •  Jgn masak lama2 kerana sotong akan keras & kecut.















21 Februari 2011

AIS KRIM GORENG




 Menu petang semalam yg terliuq tgok ais krim goreng kat blog otai2 masak.So,oleh kerana nak tau kelazatannya,Liza cubalah try test wat kat umah.Wat pagi2 semalam,pastu,petangnya goreng.Sedappp tul.........huhuhu.Thanks kakNor,Hana n K.LinaPg...sudi kongsi resepi.


AISKRIM GORENG by Lina Pg
sumber: Ina@Hana


 

Bahan-bahan:

* 10 keping roti putih
* 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
* Plastik wrap ( untuk balut roti)
* Minyak
Cara-cara:

1. Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
4. Tekan acuan telur yang bulat tu  supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman
 6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak

















19 Februari 2011

ASAM PEDAS AYAM


Assalammualaikum.......Selamat petang sume.
Hari nie,dok merajinkan diri memerap kat umah.Pastu main masak2.Pastu makan.Pastu tido,bangun dan makan......hahaha.Bosan tahap gabanlah nie,tak tau nak kemana...dok kat rumah jer membesarkan body.Jom layan menu tengahari tadi.ASAM PEDAS AYAM dan LEMAK JANTUNG PISANG.




BAHAN-BAHANNYA:

4 ketul ayam bahagian dada, dibersihkan
2 keping asam gelugur
4 sudu besar minyak masak
1 helai daun kunyit
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air

BAHAN KISAR:

10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
1 sm halia
Sedikit belacan
4 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
1 sm kunyit basah



Cara:


Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat .Hias ikut suke anda.



BAHAN-BAHANNYA:




1 biji jantung pisang -tak tau jenis pisang

1 batang serai, dititik
1 biji bawang besar-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
2 keping asam keping
1 cawan pati santan
5 genggam cili padi-ditumbuk
2 inci kunyit hidup-ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air




CARA-CARANYA:

  • Kupas jantung pisang sampai jumpa bahagian cerah dan lembut. Belah 4 dan celur 5 minit dlm air mendidih, toskan. Potong kecil2.
  • Dalam periuk, masukkan  bahan2 tumbuk, dan sedikit air (anggaran 3/4 cawan) gaul rata dan masukkan jantung, didihkan. Masukkan serai.Tuang pati santan dan masak hingga jantung pisang lembut.
  • Perasakan dengan garam dan gula.






18 Februari 2011

PULUT DURIAN


Just nak share apa yg Liza makan tuk petang tadi......Kat sini dah musim durian,so apa lagi,durian berlambak2 dijual disini.Malas nak tepek resepi sebab semua dah tau camne nak masak pulut durian kan..hehehe.Jom layanz gambar.Jemput makan yer........












16 Februari 2011

UDANG GORENG BUTTER



Assalammualaikum sume................
Hari nie tuk dinner ,Liza wat menu sempoi je.MASAK UDANG GORENG BUTTER  ,menu campak2.Kiranya asal boleh di makan jer...hahaha.Tak masak nasi,just ratah udang begitu saje.Sodappp.Pastu,sebelum balik tadi sempat  singgah pasar malam tuk beli bahan2 hari esok dan lusa serta tulat.Saje nak penuhkan esbok,nanti nak masak senang.Pastu terpandang ketupat palas dan serunding daging.Belilah 5 biji ketupat tu,makan dengan serunding dan udang butter .Jom layanz gambar..............




UDANG GORENG BUTTER
Bahan-bahan:(3 org makan)

15 ekor udang saiz besar
3 sudu butter
2 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam 

sedikit minyak tu menggoreng

Caranya:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak panas dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan tuang terus dalam kuali tadi dan masukkan udang yg dah goreng tadi.Kacau rata dan angkat.Tabur bawang goreng.Siap untuk di makan.....hehehe














Senyum (Smile) - Malique Feat. Najwa (w/Dual Language Subs)




Salam pagi Rabu...............


Khas wat kengkawan sume yg singgah,moga senyum selalu.............................

15 Februari 2011

UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI.........

Tanpa Ph.D Tidak Bererti Seseorang Tidak Boleh Mengajar Dengan Baik

Assalamualaikum,
TERINGAT saya kepada satu kata-kata Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim di antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Menurut beliau, jika seorang pensyarah itu tidak mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengajar dengan baik.
Adakalanya seorang pensyarah tanpa Ph.D mempunyai mutu pengajaran yg lebih baik di dalam pengajaran berbanding dengan pensyarah yang mempunyai Ph.D.
Saya sesekali tidak pernah dan tidak akan menyanggah kata-kata tersebut. Bahkan saya bersetuju seratus peratus dan kalau saya diberi pilihan pada tahun 1997.
Persoalannya mahu buat Ph.D atau tidak? saya mungkin memilih tidak, kerana terlalu banyak yang perlu dikorbankan.
Sebagai contoh, suami terpaksa bercuti tanpa gaji selama 3 tahun dan anak sulung pula ketinggalan dalam pelajaran selama 3 tahun. (kerana polisi waktu itu mewajibkan Ph.D dari universiti di luar negara)
Tetapi untuk mereka yang memilih untuk menjadi pensyarah universiti terutamanya di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), perkara ini menjadi satu kewajiban.
Tanpa Ph.D, mereka boleh diminta supaya berhenti atau memilih kerjaya lain. Oleh kerana itu setiap pensyarah universiti perlu menyambung pelajaran ke tahap Ph.D, walaupun ada diantara mereka yang berat hati untuk berbuat demikian.
Namun tidak dinafikan terdapat juga pensyarah yang memang bercita-cita menyambung pelajaran ke tahap doktor falsafah kerana mereka memang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran dan cinta kepada pelajaran.
Bagaimanapun, jika hanya ingin mengejar sekeping kertas kerana inginkan gelaran 'doktor' pada pangkal nama hingga ada yang menipu dengan membeli gelaran tersebut, atau mengupah orang lain untuk membuat kajian dan menulis tesis, perjuangan itu tidak mempunyai makna.
Bagi saya, jika seseorang itu ingin menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, biarlah niatnya ikhlas kerana mencari ilmu dan bukan kerana gelaran yang bakal diterima serta mengharapkan orang lain lebih hormat pada mereka.
Bagi saya, jika ada pihak yang berfikir dengan mempunyai gelaran doktor boleh memberikan kemewahan kepada mereka, saya rasa mereka telah tersimpang jauh dari matlamat sebenar.
Melalui pengalaman, saya pernah dijemput sebanyak tiga kali menjadi ahli panel di dalam perbincangan di dua buah stesyen televisyen (isu Aids, poligami dan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tetapi tidak pernah diberi sebarang hononarium kecuali secawan teh dan sekeping kuih.
Kenalan saya pernah berkata, "Rugilah macam tu, Fauziah. Habis tenaga, habis duit minyak dan habis masa."
Tetapi bagi saya itu adalah peluang saya berbakti kepada masyarakat.
Kalau bercakap tentang gaji, hakikatnya gaji mereka yang mempunyai Ph.D tidak setinggi mana dan atas dasar itu apabila penuntut-penuntut di universiti saya bertanya tentang gaji pensyarah yang memegang Ph.D, saya memberitahu mereka;
"kalau kamu nak buat duit dengan jadi pensyarah, lupakanlah. kalau kamu nak jadi kaya, pilihlah profesion lain yang lebih menjanjikan pulangan yang lumayan. Pensyarah hanya sesuai utk mereka yang cintakan ilmu dan suka belajar dan mengajar. Biarlah apa yang kita buat kerana Allah Ta'ala"
Semakin banyak yang kita pelajari akan semakin tahu berapa jahilnya kita dan berapa kerdilnya kita kerana banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu.
Ph.D bukan untuk bermegah-megah dan bukan untuk mencari nama. Semoga Allah memberkati kita semua dalam apa jua yang kita lakukan. Maaf jika ada tutur kata yang menyinggung perasaan.
Dr Fauziah Mohd Noor
(sumber : Mstar Online)

14 Februari 2011

CHICKEN LASAGNA & KELEDEK REBUS




Assallamualaikum dan salam sejahtera...


Semalam terpandang  lasagna kat umah kak Naz.Nampak memang menyelerakan.So,hari nie tuk buka pose tadi Liza wat lah  lasagna gak .Tapi cuma tukar daging tu ker ayam....Memang Liza ikut bulat2  resepi dari kak Naz.Dan memang sodapppp........hehehe.Time kasih yer kak Naz,malas nak tepek resepi.Kengkawan bole skodeng kat rumah Kak Naz yer....



Disebabkan guna loyang kuih je,jadi dapat 3 lapisan jer.....Tapi memang berbaloi,sodap..





Yang nie masa menunggu tuk membakar diri dlm oven...

pastu menu buke pose lagi satu.......











Alleycats - Jika Kau Bercinta Lagi



Pagi2 dah jiwang............jom layanzzzzzzzzzzzzzzzz




JIKA KAU BERCINTA LAGI

Jika Kau bercinta lagi
cintalah sepenuhnya
jika kau bercinta lagi
jagalah kau hatinya

engkau yang memilihnya
tanpa memikirkan tentang diriku
kini ku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya

Jika Kau bercinta lagi
cintalah sepenuhnya
jika kau bercinta lagi
jagalah kau hatinya

aku tak dapat menghalang
engkau punya kemahuan sendiri
biarku hidup hanya mengenang
peristiwa yang tak dapat ku lupa

kini aku hanya dapat berdoa
agar berbahagia kau disampingnya
selamat tinggal

aku mengundurkan diri

13 Februari 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL








12 Februari 2011

BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT


Hari nie seharian Liza gi mandi manda kat Bukit Merah Lake Town Resort.Bertolak kul 10 pagi dan sampai kat sana 10.45 pagi.Terus je berendam dan main air.Seronok...release tension sebenarnya.Main air sampai tak ingat dunia,sampai kecut kaki sebab lama berendam.Ala2 badak berendam yg tak mau kuar dari kolam.Almaklumlah,dengan cuaca yg panas dan air plak yg sejuk,lagi suke dok lama2 berendam dalam air...hehehe.Oleh kerana lama sangat berendam,tak banyak picture yg sempat diambik.Gambar sendiri takde sape nak amik,jadi amik gambar orang lain yg sedang bergumbira dalam air....

Ngah relaks jap kat pondok rehat sambil gatai tangan snap gambar orang lain.Kat sini lah pantai buatan Bukit Merah.Ada ombak2 kecil tapi tak bleh lawan pantai buatan dengan ombak yg besar kat Lost World of Tambun





Siap ada buaya tembaga  dan kura2 batu..........huhuhu.Kalo bawak family dan anak2 bersantai kat sini pun ok.Cuma kena sediakan duit jelah.....hehehe.Pepun memang berbaloi.





Kawasan nie plak,khas untuk budak2...tapi memandangkan kat kawasan nie lagi mendamaikan dan tak dalam sgt,Liza berendam kat sini jer.Sejuk dan nyaman sekali....peduli apa kawasan budak2,orang2 tua pun ramai yg masuk sini......


Time dah nak balik......................sekian saje berita terkini dari Bukit Merah Lake Town Resort...esok2 kalo Liza pi tmpt mandi manda yg best,i will story mory kat sini yer.....daaa....





background

DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (133) KUIH (30) ROTI (29) IKAN (19) KEK (18) PHD (18) NASI (16) MEE (15) TRAVEL (14) WESTERN (14) AYAM (12) INILAH DUNIA (12) SAYUR (11) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) 2014 (6) AGAR-AGAR (6) APAM (6) DAGING (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) APA2 SAJE (3) CONTEST GA (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUCUR (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) SUP (2) TAUHU (2) TEKA TEKI (2) TOMYAM STEAMBOT (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) OPIS (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UBI (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)