30 Januari 2011

MURTABAK MAGGIE


Yang nie plak tuk minum petang hingga ke malam ....Menu hari nie...maklumlah menu orang malas....Jom layan gambo dan resipi yang paling mudah....Men campak2 pun jadik...hehehe.Kalo nak resipi dan gambo yg kaw2 punya,bole tengok kat CMG,MAMAZIEZA & MyResipi.Versi 

Liza punya,versi orang malas,janji kenyang...




Bahan-bahan: 

2 bungkus maggie
1 biji kentang (potong dadu)
2 sosej  ayam-dipotong kecil2
3 cili padi 
2 ulas bawang merah -hiris halus
1 ulas bawang putih -hiris halus
3 biji telur



Cara-cara:
1. Rebus maggi sampai lembut & toskan.Angkat ,toskan dan masukkan dalam telur yg telah di kacau rata.
2. Tumis bawang merah, bawang putih ,cili padi, dan sosej.
4. Masukkan kentang dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali baru masukkan maggi bersama telur tu.Goreng sampai masak dan terbalikkan.Hias dengan sos cili.




NASI TOMATO & THE GENG

Assalammualaikum .....

Liza terpaksa tarik balik azam konon2 nak stop bloging sementara...huhuhu.Tak bole sebenarnya,sebab bile bw kat blog kengkawan,rasa rindu nak memeriahkan balik blog Liza nie....Tapi takpelah,Liza akak seimbangkan sume keje2 yg ada.Kalo kengkawan bole,nape Liza tak bole kan...hehehe.Yang penting sendiri mau ingatlah.....

Oklah,semalam ada member mau datang umah.Memandangkan dia dah bagitau awal2 yg dia nak dtg umah sambil nak makan tengahari kat umah Liza,so hari sebelum tu dah prepare barang2 nak memasak special tuk member Liza .Dia dtg jauh dari Alor Setar semata2 nak hantar kad kawin dia yg akan berlangsung pada 5/2/2011 nanti.So,Liza masak Nasi Tomato & the geng dan Tart. Yang paling best tu,member Liza nie memang tak pantang makan walaupun nak naik pelamin seminggu lagi....

DIA BANTAI MAKAN DAN BERTAMBAH NASI DALAM 2 PINGGAN SETENGAH...........hehehe.Alhamdulillah,tak sia2 masak untuk memberku NIZAH......."Sori nizah,aku pecahkan rahsia kat sini"...hehehe.Takpe,orang lain tak kenal hang,aku je yg kenal.Nanti masa hang kawin,aku nak tepek gambar hang kat blog aku nie....:"

Jom layan resepi dan gambar yg adoo....Resepi Liza amik dlm koleksi resepi yg diambil dlm majalah wanita.Memang mudah dan senang,dan berbaloi2 bile masuk ke molot.....

Tak sempat nak amik hidangan satu persatu,klik je gambar pinggan member sebelum nak ngap....


NASI TOMATO 


Bahan-Bahan:

3 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
3 s/b minyak sapi
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 3 cawan gak)

bahan tumis :
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris 

2 kuntum Bunga lawang 

3 biji Buah pelaga 

3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis

Cara: 
  • Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan  minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.. 
  • Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 
  • Masukkan beras dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 
  • Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.. 
  • Liza hiaskan dengan kismis dan bawang goreng.


AYAM KURMA MADU

BAHAN
1/2 ekor ayam, dipotong ikut suka

Dikisar:
3 biji bwg merah
3 biji bwg putih
1 biji cili hijau
1 inci halia
1 inci kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 pkt kecil serbuk rempah kurma adabi, dibancuh dgn air
1 btg serai, dititik
Madu asli 4 sudu besar
1 biji kentang, dibelah 4
1 biji bawang besar, dibelah 4
1 mangkuk santan
Minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, rempah ratus, halia dan serai hingga naik bau. 
  • Masukkan rempah kurma dan buah keras. Tambah sedikit air dan kacau. 
  • Masukkan ayam dan kacau hingga ayam disaluti rempah dan bertukar warna agak keputihan. Tuangkan santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan kentang dan masak sehingga kentang lembut. 
  • Perasakan dengan garam dan gula. 
  • Masukkan bawang besar  yg telah dibelah. Kacau sebentar dan bolehlah dihidang dgn nasi. 


UDANG MASAK TOMATO

Bahan:
800 g udang HARIMAU
1/2 camca teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar, potong bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, potong serong
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
4 sudu besar cili kisar/cili boh
Garam dan sedikit gula (jika perlu)
1 biji tomato, belah 6
1/4 cawan susu cair
Hirisan daun bawang (hiasan)

Cara membuatnya:-

    1. Udang dikerat muncung dan buang kotoran di kepalanya, cuci bersih, toskan dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng udang 2 minit, angkat dan toskan.
    2. Tinggalkan lebih kurang 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan leek, guna api sederhana. Masukkan cili boh, sos tomato dan sos cili, tuang 1/2 cawan air, gaul rata dan biar mendidih.
    3. Masukkan udang dan cili merah, gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan jika suka, tambah sedikit gula. Masukkan susu cair.Masak hingga pekat dan masukkan tomato, gaul rata dan matikan api. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas bersama nasi .



PENCUK

BAHAN:
1 biji timun, potong kecil
1/2 biji nenas yg masak - kupas dan potong kecil
1 biji bawang besar, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA :

  1. Masukkan semua bahan2 dalam bekas, gaul rata dan sesuaikan rasa. Tambah gula jika perlu. Hidangkan segera.







MIX FRUIT & APPLE PIE TART

Yang nie plak Liza wat sebagai pemanis molot......


Wat dalam loyang bulat..........



Yang nie plak wat dalam acuan pai...kecik2 dan comel...wat bentuk munga2...hehehe



Bahan-bahan (4-5 org makan)

4 biji epal hijau, dikupas kulit-potong dadu
200 g gula pasir
50 g kismis + mix fruits
2 sudu teh tepung jagung, bancuh dgn sedikit air

UNTUK DOH PIE :-
500 g tepung gandum
200 g butter
2 biji telur
3 sudu besar gula halus( kurangkan gula sebab inti pai da manis)


Cara-cara



1. Dalam periuk masak gula  hingga cair . Masukkan epal dan kismis+ mix fruit. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.

2. Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.

3. Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.

4. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.

5. Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.


Aduanan doh yang dah di ratakan dalam loyang


Bila dah letak inti..............


Hasil kretiviti tanganku dan bila dah disapu telur........hehehe.Tunggu membakar diri dalam oven


Ni plak,bila dihias dalam acuan kecik2......bentuk bunga......





PhotobucketPhotobucketPhotobucket



29 Januari 2011

ERMMMMMMM.....RASANYA NAK MEMERIAHKAN KEMBALI BLOG KU INI


I' m back .......

APA KHABAR KENGKAWAN SUME.....hehehe


harap2,sume sihat dan ceria selalu ...

tu jelah wat masa nie...


JUST WANT TO memeriahkan sikit blog sendiri,tapi tak mcm selalulah ...n3 yg akn diletak ikut mood...kalo rajin,adalah,kalo malas...bersawang....hehehe








Sumber : Google

Bosannnnnnnnn ............





tapi...taklah sampai macam pic atas nie sekali......huhuhu.


Pandai2lah seimbangkan mana yg lebih penting.......


Saje nak release tension wat research....nak bw kat blog kengkawan plak......daa...hehehe













6 Januari 2011

AZAM 2011 - STOP BERBLOGGING SEMENTARA

Azam baru 2011 nie....nak tumpukan pada keje yg lebih penting dulu....

Masa yg sesuai untuk teruskan perjuangan setelah semangat dalam diri  dah kembali pulang ke asal dengan dugaan 2010 yg memang memeritkan.....semoga tahun 2011 nie ada sinar yg cerah untuk Liza hadapinya dengan penuh tabah dan sabar








Insyaallah.....ada setahun setengah lagi untuk bekerja keras,dan masa yg ada nie terasa terlalu singkat dengan progress Liza yg banyak tertangguh disebabkan masalah yang tak diingini...Sesunggahnya apa yg berlaku ini ada hikmahnya nanti tuk kejayaan yg akan datang yang kite tidak pasti....



Harap2.......apa yg dirancang akan terlaksana.


Inilah masanya untuk otak kiri kanan bekerja keras..........................huhuhu




Pada kengkawan yg selalu gak menyinggah kat sini dan ada masanya Liza tak sempat nak menyapa dan balas chat dan jejak yg ditinggalkan,Liza minta maaf banyak2.Liza stop berblogging dan stop masak memasak menu yg terkini dulu.....kehidupan realiti yg menanti di depan dengan liku2 dugaan dan cabaran dlm beroleh kejayaan yg bakal dikecapi nanti,Liza harus dulukan dulu.InsyAllah...Liza akan masuk gak ke blog2 kengkawan tuk release tension atau sekadar tengok berita semasa dari anda sume.Cume blog Liza ni akan bersawang lama sehingga perjuangan utama selesai.............hehehe.
Walau apa pun,doakan kejayaan Liza yer........aminnnnnnnnnn.








3 Januari 2011

ALHAMDULILLAH...ALLAH MASIH MEMANJANGKAN UMOKU

Alhamdulillah dan syukur sangat2 kerana selepas diuji dengan segala macam dugaan dan cabaran sepanjang tahun 2010 , DIA masih menyayangi diri ini dengan dikurniakan kesihatan dan umo yg panjang.Sesungguhnya penyakit misteri yg menyerang diri ini semuanya kehendakNya dan dengan kehendakNya juga Liza sembuh dengan pelbagai usaha yg dilakukan.Semoga tahun baru 2011 ini,Liza dapat menghadapinya dengan lebih tenang dan berjaya meneruskan apa yang tertangguh dulu.Terima kasih banyak pada family dan kengkawan yg banyak memberi nasihat dan berdoa agar Liza sembuh dari segala gangguan.Walaupun tak sembuh sepenuhnya dari gangguan tersebut,alhamdulillah.Liza bersyukur sebab dah sedar dan bangkit dengan penuh yakin bahawa apa yg berlaku itu kehendaknya.Mereka pun makhlukNya juga cuma kita sebagai manusia biasa yang memang tak dikurniakan kelebihan untuk melihat alam mereka.Wajib percaya bahawa mereka juga menumpang di bumiNya ini..

Hari nie memang malas nak masak...Makan luar jer.Ada orang belanja,itulah yg Liza harap sangat.Pastu, saje nak tunjuk apa yg Liza dapat sempena ulangtahun yg ke 24 thn nie....hehehe..............


SILA SCROLL KAT BAWAH YER

'
'
'
'
'
'





'
'




Get a lots of love from someone& family
Syukur.............



'
'
'
''
'
'
"
"
"
"

'




Oven elektrik PENSONIC dengan kapasiti 40 liter.Suke sangat dengan gadget dapur nie kerana oven liza yg selalu guna kat dapur tu dgn kapasiti 18 liter dah patah pemegang cerminnya dan cerminnya dah retak....huhuhu.Syukur alhamdulillah.Macam2 plnning nanti Liza nak wat guna oven nie....Oklah,itu saje laporan berita tuk n3 hari nie.Nak meriak sekejap...hahahaha.








NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails