31 Oktober 2011

AKHIRNYA.....TERIMA KENYATAAN TAK BOLEH DOK KAT SINI


Assalammualaikum dan selamat pagi.................

Dalam sibuk menyiapkan phd sebelum submit tesis,dan diduga dengan pelbagai macam ujian.....akhirnya,setelah menerima petunjuk dan hidayahNya,Liza akan berpindah balik ke selatan tanah air.Tinggal semula di rumahku yang tercinta setelah hampir 3 tahun ditinggalkan.Mungkin ada hikmahnya nie sebab selama berpindah ke sini ,selama tulah pelbagai ujian dan gangguan diberiNya pada diri ini.Mungkin betullah orang kata,area Perak(lebih2 lagi dok tengah2 antara sempadan Perak,Kedah dan Penang) nie memang tempatnya keras ...huhuhu(santau,sihir dan pelbagai jenis lagi buatan manusia yang berantarakan dengan jin,iblis dan syaitan semakin berleluasa)...Dan kerana mungkin ini satu penyebabnya,diri ini terkena ...ntahlah,malas nak ambik pot,semua yang berlaku dengan izinNya dan ada hikmah sumenya tu.Hasil perbincangan dengan supervisor (ngah mengerjakan haji),alhamdulillah,beliau suggest Liza balik semula ke negeri kelahiran kerana beliau sedih atas apa yang berlaku pada diri ini.Sakit di sebabkan.................huhuhu
Alhamdulillah, mungkin dengan cara ini,kaedah terbaik untuk terus meneruskan perjuangan yang tinggal tanpa ada gangguan .Moga Allah mendengar doa hambaNya ini...Doa orang2 teraniaya selalunya dimakbulkan...hehehehe.


Sekarang nie dalam proses mengemas2 apa yang patut dan mencari lori 5 tan untuk mengangkut sume barang yang ada kat sini.2 tahn lepas datang dengan barang yang sikit,dan kini pulang dengan barang yang penuh...huhuhuhu

Suka sangat sebab nak pulang semula ke rumah kesayangan.Dan yang penting boleh menjimatkan duit sebab selama nie dok kat sini,menyewa .

Oklah,semoga tahun baru 2012 yang akan datang nanti menjanjikan seribu satu kebahagian buat Liza.Nak tinggalkan kisah pahit dan sakit di sini dan bina hidup baru semula di negeri kelahiranku Johor.Dekat dengan mak ayah dan adik-adik yang lain walaupun hubby sentiasa ada di sisi,semangat kekeluargaan tu akan terasa kalo berkumpul bersama2 maklumlah keluarga Liza bukannya besar,adik beradik 3 orang jer...so..sendiri bole bayangkan .Alhamdulillah,syukur dengan nikmat yang Allah beri dan petunjukNya yang di beri pada Liza  setiap kali lepas solat istiharah dan solat hajat.

Dan kepada rakan2 yang masih nak join 2ND GA,silakan turut serta sebelum ditutup pada 5/11/2011 nie.Insyaallah,bukan setakat hadiah buku tu jer tau,tapi ada yang lain2 lagi yang"rahsia"....dah dapat baru tahu.hehehhe

Da..........assalammualaikum


8 ulasan:

  1. selamat mengemassss kak! insyaAllah segala yang berlaku ada hikmahnya ...

    BalasPadam
  2. banyakkan bersabar lizahanum, insyaAllah semoga dikuatkan iman oleh-Nya di atas segala dugaan yg dihadapi..

    BalasPadam
  3. salam kenal,
    sedihnya bila baca kena moving sebb gangguan.

    selalu amalkan al-mathurat ya .
    take care:)

    BalasPadam
  4. Assalam Liza... mcm dekat je kita ni.. Liza study kat USM transkrian ke?.. Sekarang ni musim org buang santau... salah satu tempat dorang buang kat kedai mkn.. tu yg x berani nak mkn kat luar

    BalasPadam
  5. assalammualaikum....

    Makencik SZ : Terima kasih...insyaallah,sume yang berlaku nie ada hikmahnya....Allah lebih tahu apa yang tersurat dan tersirat.


    Hardy Boy : terima kasih jugak atas doa yg diberi....saya kena kuat semangat,kalo tak dah lama saya give up .....Allah masih sayang kat saya..

    kak es : salam kenal jugak....
    saya memang selalu amalkan,dan alhamdulillah,walaupn semakin kita amalkan semakin sakit badan ini...saya teruskan jugak..

    yani : wsalam....yupp,saya study kat USM transkrian...dan memang sejak datang study sini,saya mula sakit dan pelbagai macam lagi ujian yang kena kat saya......dan walaupun belum complete lagi my phd nie,saya terpaksa wat keputusan tuk pindah balik ke negeri kelahiran,dan mungkin berulang alik dalam sebulan atau dua bulan sekali kalo itu memang yang terbaik yang Allah beri kat saya....

    BalasPadam
  6. Liza school mana?... supervisor gi mekah?/.. sape.. yg sy kenal 2 org lect kat usm tu gi mekah.. sekali sekala dtg sini.. jom ler singgah umah..

    moga liza tabah hadapi dugaan..

    BalasPadam
  7. penghijrahan ke tempat yang lebih baik insyaallah=)salam kenal kay liza.n tq sudi follow nurul=)moga pasnie liza dijauhi semua ganguan jahat.Allah maha berkuasa..minta perlindungan dr NYA

    BalasPadam
  8. assallam, bagaimana saya nak contact puan ya. anak saya sakit sudah bertahun. saya harap puan boleh email rahmahs@yahoo.com. jazakillah hu khair

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails