TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

Related Posts with Thumbnails

13 Oktober 2011

ALLAH menduga hambaNya dgn dugaan yg mampu hambaNya atasi

Saje nak share satu kisah yg saya dpt dari forum......bole tgok kat link ratu hati tu yer...


sumber : RATUHATI




Salam semua,

Saya orang baru dalam forum ratuhati ni. Banyak topik menarik, tapi topik ni menarik minat saya kerana saya juga salah seorang pengidap PCOS. FYI, tinggi saya lebih kurang 158cm dan berat badan saya agak berat la juga, 65kg. Hehehe.....

Jom kita berkenalan... Smiley

Saya disahkan mengidap PCOS pada tahun 1998. Masa tu umur saya 21 tahun (ok, sila ambil kalkulator dan kira saya lahir tahun berapa.... hehehehe). My period, memang irregular sejak dari first puberty lagi (12 tahun). Period datang 3-4 bulan sekali, 6 bulan sekali, dan paling teruk setahun sekali. Tapi time tu masa sekolah, so tak ambil endah sangat.

Tahun 2002, saya mula buat rawatan secara berkala dengan hospital kerajaan. Macam-macam ubat saya dah makan; Diane35, Metformin, etc etc. Semuanya ubat untuk period dan untuk turunkan berat badan tapi tak berjaya juga.

Akhir tahun 2004, saya berkahwin dan suami (pada mulanya) boleh menerima keadaan saya yang PCOS. Saya teruskan rawatan moden sehingga tahun 2007, saya buat ovarian drilling. Dr buat lubang pada kedua-dua ovari saya. Both my ovaries memang ada cysts yang teruk, especially sebelah kiri.

But, to no avail. Period saya masih irregular dan saya tidak berjaya pregnant. Sehingga tahun 2010, husband masih relax dan dia tak benarkan saya buat rawatan alternatif, selain rawatan moden.

Tapi, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari (ok...sila pasang lagu sedih sebagai background...). Suami saya rupanya ada perempuan lain bermula awal tahun 2010, dan saya hanya detect hubungan mereka pada 3 Ramadhan tahun ini. Hancurnya hati, hanya Allah yang tahu. Suami beri alasan saya tidak boleh mengandung. Saya amat kecewa kerana pada mulanya suami boleh menerima keadaan saya. Lagipun, suami kerap mengeluarkan kata-kata "Ada anak menyusahkan", "Saya takut anak cacat" etc etc. Depan ibu saya sendiri, suami saya pernah keluarkan kata-kata itu. Suami juga kerap menyatakan bahawa beliau tidak yakin saya boleh mengandung.... Isteri mana yang tidak frust....

Saya nekad. Saya berusaha berubat di mana-mana. Bermula 4 Ramadhan tahun ini (Ogos 2010), saya mulakan rawatan (secara sendiri kebanyakannya, tanpa bantuan suami) seperti berikut:

1. Darussyifa' - Ustaz di Darussyifa' kata dalam badan saya ada makhluk menumpang. Makhluk tersebut mengganggu hubungan kami suami isteri, memakan benih/telur saya dan menghasut suami agar berpaling dari saya. Saya diberikan air untuk minum dan mandi. Ustaz juga berikan saya pelbagai doa untuk mengandung. Ustaz minta saya yakin, kerana Nabi Zakaria sendiri mendapat zuriat ketika usianya sudah sangat tua - 150 tahun. Maryam, tiada suami, tetapi dengan kuasa Allah, dia mengandungkan Isa A.S.

2. Buah zuriat - saya minum air rebusan buah zuriat tiap-tiap hari. Sebaik-baiknya suami isteri minum, tapi suami tak suka rasanya. So saya sorang yang minum, ditambah dengan madu. Baru sedap sikit macam rasa air kurma. Smiley

3. Debunga kurma - Saya kirim dari seorang kenalan dari Mekah. Serbuk ni sangat halus, macam powder. Saya telan macam tu je, dicampur dengan madu. Baunya, macam air mani lelaki! Mula-mula geli geleman tapi demi anak, saya gagahkan juga. Lama-lama saya dah biasa dengan rasa dan bau debunga tu.

4. Saya amalkan makan Habatus Sauda' 9 biji sehari.

5. Saya amalkan makan kismis 9 biji sehari.

6. Saya minum susu kambing, diblend dengan segenggam kurma selama 7 hari berturut-turut. Saya bukan penggemar susu, tapi hamek kau, kena pulak minum susu kambing! Tahan nafas, sekali telan jer! Hehehe.... Selepas 7 hari, saya teruskan juga minum susu kambing dan diblend dengan kurma. Saya gunakan kurma Ajwa. Mahal betul kat sini.... sekilo dalam RM100+.

7. Saya banyak bangun malam, lakukan solat hajat. Saya juga amalkan solat dhuha terutama sepanjang bulan Ramadhan. Frankly speaking, Ramadhan tahun inilah saya rasa saya paling sayang nak tinggalkan Ramadhan. Saya banyak dekatkan diri dengan Allah.... Mungkin selama ini saya tak minta dengan betul, maka Allah tak makbulkan doa saya.

8. Saya kirim doa melalui seorang kenalan pakcik yang menunaikan haji di Mekah pada tahun ini. Saya tak kenal kenalan pakcik tersebut. Hanya pakcik saya SMS beliau dan minta beliau doakan saya supaya dapat baby dan rumahtangga aman bahagia.

9. Disebabkan saya bermasalah dengan suami, maka berat badan saya telah turun mendadak sepanjang 3 bulan ni. Dari 65kg, saya dah berjaya kurangkan berat badan sehingga 55kg! Bagus juga, tak payah makan ubat kurus! Hehehe.....

10. Saya mulakan semula rawatan secara moden. Saya beralih ke klinik swasta (pakar ginekologi).

Doktor buat scan (yang ni saya request) kat ovari saya. Amazing, ovari saya penuh dengan telur! (Ketika ini saya baru 2-3 kali berubat dengan Darussyifa'). Doktor terkejut sebab selama ni bila scan tak pernahnya dapat time ovari tengah bertelur. Btw, doktor ni doktor yang sama yang pernah merawat saya masa di hospital kerajaan dulu.

Bila doktor tengok ovari saya dah bertelur dan rahim saya berada dalam keadaan bersedia untuk implantation, he gave me an injection to induce the egg to get out. Cubaan pertama, saya gagal hamil.

Kali kedua, saya pergi ke klinik pakar lain. Kali ni murah sket & dekat ngan tempat kerja. Soalan pertama doktor, "Bila period yang last?" Macam biasa, saya takleh nak jawab sebab last period adalah bulan May 2010. So doktor bagi ubat untuk turun darah.

Belum sempat makan ubat turun darah, saya period pada 1/11/2010 hari tu. Hari ke-2 period, saya makan Clomid 150mg (3 biji sekali telan). Saya dah banyak kali amik Clomid masa di hospital kerajaan, tapi tak pernahnya lekat. Kalau tak silap, dah 2-3 kali juga amik Clomid masa kat hospital kerajaan.

Dalam hati bercakap juga, "Alah, setakat Clomid, aku dah selalu makan". Tapi makan juga la... Mana tahu kali ni berhasil.

Then, pada 30/11/2010 yang lalu, saya buat urine test. Saya buat waktu malam. Saja je buat sebab time tu sebenarnya tengah bergaduh dengan husband. Husband saya nak lepaskan saya dan bapa budak perempuan tu nak jumpa dia. Yelah, dah dapat restu keluarga dari pihak perempuan. Tongue Saya geram time tu, terus pi toilet buat urine test (entah apa kaitannya yer.... Smiley ).

Amazingly, bila buat test, saya dapat double line! Husband saya sangat terkejut! Terkedu dia, diam tidak terkata. Selama ini dia selalu katakan bahawa saya ini mandul, tak boleh beranak, tidak yakin ada anak sendiri etc. Kini Allah dah buktikan bahawa kuasaNya melebihi segala-galanya.

Kini saya sedang mengandung selama 6 minggu. Saya harap rakan-rakan dapat mendoakan kesejahteraan saya dan baby dalam kandungan saya. Saya masih tertekan. Suami masih akan meneruskan hajat untuk berkahwin seorang lagi dan dia beri saya masa sehingga saya selamat melahirkan. Selepas itu, bergantung kepada keadaan dan masa.

Secara peribadi, saya tidak sanggup bermadu. Suami saya memang tidak mampu dari segi kewangan dan juga rohani (specifically, agama). Harap muka saja handsome. Perangai..... hanya Allah yang tahu.

Saya sendiri tak faham kenapa saya masih stay dengan husband saya. Percaya atau tidak, sepanjang 6 tahun berkahwin, kami solat berjemaah tak sampai pun 10 kali. Itupun lepas saya memujuk rayu. Sekarang ini dah balik asal..... Minta solat jemaah, macam-macam alasan suami beri. Just imagine, solat berjemaah, tapi doa saya yang baca! Huhuhuh......

Apapun, sekarang saya memang tengah menjaga kandungan saya yang amat sangat. Saya cuba-cuba memujuk hati. Mungkin Allah beri saya rezeki anak, tapi rezeki suami tak pasti lagi. Saya cemburu bila membaca kisah rakan-rakan. Anda beruntung dikurniakan suami yang amat memahami.

Apapun, saya tidak salahkan suami 100%. Saya juga ada salah dan silap. Kesalahan dalam rumahtangga tidak boleh diletakkan pada bahu sebelah pihak sahaja.

Dari segi sokongan keluarga, saya mendapat sokongan penuh dari keluarga sebelah saya dan sebelah suami. Ibu mertua sudah awal-awal menyatakan ketidakrestuannya terhadap pilihan suami yang kedua. Jika saya jadi wanita yang kedua, saya tak tahu mana nak letak muka bila bakal ibu mertua dah menyatakan, "I won't accept you as my menantu, ever. For me, my menantu is the only one ...."

Entahlah rakan-rakan. Masalah saya ni pelbagai. Sebenarnya nak cerita pasal PCOS, tapi melalut pula sampai ke cerita rumahtangga.

Saya harap, anda semua dapat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saya dan baby. Baby inilah kekuatan saya sekarang.

Apa yang ingin saya katakan, anda jangan putus asa mencuba dan jangan putus asa dalam berdoa. Jangan malu dan jangan berhenti berdoa. Allah sukakan hambaNya yang kerap berdoa. Orang cam kita ni masih boleh mengandung. Cuma mungkin rezeki belum sampai. Macam saya; dapat anak, tapi mungkin hilang suami.

Apapun, saya harapkan pengakhiran terbaik. Saya mahukan anak ini, buat peneman dan waris saya kelak. Semoga rakan-rakan dapat mendoakan saya. Saya juga berharap rakan-rakan dapat merasai pengalaman seperti saya (mengandunglah....bukan masalah rumah tangga...  ).

Till later, jumpa lagi. Wassalam.....






note: kita hanya merancang yg tentukan DIA.DIA berkuasa atas segala-galanya......:)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amin~mudh2an smua nya akan brjlan dgn selamat..semoga akan terus tabah meniti kehidupan

♥ pEr!nDu sY@h!d ♥ berkata...

tabah lah selalu wahai sahabat

background

DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (145) KUIH (31) ROTI (30) IKAN (19) 2014 (18) KEK (18) PHD (18) MEE (17) NASI (16) WESTERN (16) AYAM (14) TRAVEL (14) INILAH DUNIA (13) SAYUR (12) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) DAGING (7) AGAR-AGAR (6) APAM (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) SUP (4) APA2 SAJE (3) BENTO (3) CONTEST GA (3) CUCUR (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) TEKA TEKI (3) BEN ASHAARI (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) TAUHU (2) TOMYAM STEAMBOT (2) UBI (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) JUAL BELI (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) ONLINE SHOPPING (1) OPIS (1) PASTA (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)