START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

6 Ogos 2011

KURMA AYAM MADU



Assalammualaikum....
Menu berbuka puasa hari ke 5 semalam,Liza  masak simple jer.Hidangan nasi yang di makan bersama Kurma Ayam Madu dan Sayur Campur dan popia goreng.Sempoi jer,takdelah banyak sangat sebab berdua jer yang makan,dan kurma ayam tu di makan untuk sahur sekali...hehehe.Jimat,tak yah masak 2-3 kali....





Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)
Sumber : Liza


4 ketul ayam 
rempah tumis ( kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga ) 
1 sudu besar jintan manis 
1 sudu besar jintan putih 
' * ' bahan yg di kisar 
* 1 biji bawang besar 
* 5 ulas bawang putih 
* 2 inci halia 
5 sudu besar rempah kurma 
2 biji kentang di belah 2-4 
air secukupnya 
susu cair ikut suka
minyak masak -3 sudu besar
garam & gula

2 sb madu 


Cara-cara 
  

  • Panaskan minyak masak dan tumis rempah tumis, jintan manis dan jintan putih dahulu dan masukkan pula bahan yg telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
  • Selepas 5-8 minit masukkan rempah kurma dan tumis sehingga kering dan masukkan air sedikit demi sedikit 
  • Masukkan ayam dan ubi kentang serta  kacau sebentar selama 5 minit
  • Tambah air ikut kesukaan dan masak sehingga ayam  dan ubi kentang hingga empuk .Pastu masukkan susu cair untuk memekatkan kuah . 
  • Masukkan gula dan garam ikut suka.Masukkan madu .Tunggu sehingga kesemuanya siap dimasak dan bolehlah dihidangkan 
  














Popia sayur yang simple,makanya....no resipi ...hehehhe






1 ulasan:

Sheila Shafeareen berkata...

Salam selamat bepuasa...sdp tu npk kurma ayam madu.....boloh jugak ni cicah gan roti...tq resepi

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails