18 Ogos 2011

BISKUT BADAM BERSALUT COKLAT URAI



Assalammualaikum..............

Hari cuti sempena Nuzul Quran, Liza amik peluang untuk buat Biskut Badam Bersalut Coklat Urai nie...

Saje dok bosan2 kat umah,buatlah sikit biskut ala kadar nie untuk diri sendiri ,mak dan mak mertua.....walaupun tak secun macam biskut2 kat dalam majalah,tapi keranggupan dia tu memang ada.....tukang tester dah puji,kembanglah jugak walaupun petang tadi buat sensorang...
Jom layan resepi yg Liza olah sendiri ikut resipi yg dulu cuma dihias dgn coklat urai tuk menyedapkan mata dan tekak...hahahaha








BAHAN-BAHAN:
(sumber: Liza)


250 g mentega 
50 g gula halus 
1 biji kuning telur 
1 camca teh esen vanila 
200 g tepung gandum
30 g tepung jagung 
300 g badam kasar
100 g nestum
250 g coklat masakan-dicairkan
Coklat putih- utk hiasan
Coklat urai-utk hiasan


Cara-cara

Putar mentega, gula halus dan kuning telur hingga kembang. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Kacau rata. Campur badam kasar bersama nestum dan diuli sebati. Tuang coklat masakan yang di cairkan.Simpan di dalam peti sejuk, 20 minit bagi adunan keras untuk mudah di canai dan rangup.Canai dan terap adunan mengikut bentuk kesukaan. Bakar pada suhu 170'C selama 15-20 minit.Sejukkan sebelum dicelup dengan coklat putih dan dihias dengan coklat urai.



































1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Liza,

    amboi tergulik2 cookies yg sedap tu...kak nur nk tumpang makan boleh??

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails