27 Julai 2011

ROTI INTI DAGING BERKEJU

 Assalammualaikum....
Baru berkesempatan nak tepek menu yang di buat tuk makan malam semalam....konon2nya malas nak makan nasi,makan roti jer...so buat lah menu sempoi nie.Malas nak citer panjang2,meh layan gambar dan resepi sempoi...almaklumlah,orang yang buatnya pun sempoi...Main campak2 jer pun jadi...hehehe.Sebenarnya malas sebab dah seminggu lebih tak main masak2 kat dapur sebab selama seminggu kat Jakarta-Bandung tu,asyik sental nasi padang dan bakso jer....tu jer yg bole masuk kat tekak nie...so nak lepaskan gian masak menu sempoi jer sekarang ni sebelum puasa nanti,.....

ROTI INTI DAGING BERKEJU

Bahan-bahan :
4 buku roti burger - buang isi ditengah2nya
1 biji bawang besar-dicincang halus
2 ulas bawang putih-dicincang halus
2 biji kentang dipotong dadu halus
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar jintan manis
3 keping daging burger di hancurkan
garam & gula secukup rasa
4 keping keju cheesedale

Cara-cara :

INTI
  • Tumiskan bawang merah ,bawang putih hingga naik bau.Masukkan serbuk kari dan serbuk cili serta jintan manis.Masukkan kentang  dan kacau .
  • Masukkan daging burger yang dah dihancurkan.
  • Perasakan dengan garam dan gula.Gaul sebati dan masak sehingga semua bahan sebati dan daging burger dan kentang masak.
  • Bila dah masak,angkat dan ketepikan

  • Roti burger yang telah dikorek tengahnya (jangan korek sampai bawah,korek separuh jer),diisi dengan inti yang di masak tadi.
  • Isi penuh inti tersebut dan lapiskan dengan keju cheesedale.
  • Pastu bakar dalam oven dalam 20 minit sehingga keperangan.
  • Siap dan bole dimakan...makan panas...sodap..hehehe









Sebelum dibakar


Lepas kuar dari oven dan makan panas2.....perggghhh.



6 ulasan:

  1. wah..ifa sllu wat roti pizza tabur2 chesdale atas die..xde lak wat korek roti burger nie..hee..nice2..

    BalasPadam
  2. WoW!...kechur kak cek tgk...:)

    BalasPadam
  3. wah..sodapnya..nanti nak suruh bkal soulmate saya masak untuk sayalah..hihihi

    BalasPadam
  4. bahan ada...cuma nak cari roti jee..project malam ni

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails