6 Julai 2011

BAWAL MASAK HITAM BERKERISIK


























Assalammualaikum............
Apa khabar kawan2 semua...Lama tul Liza tak masuk entry masak memasak kan...hehehe.Saje nak berehat sebentar bagi menenangkan diri dan selama nie pn masak ala kadar jer,sekadar mengalas perut,jadi nak tunjuk kat blog.....tak gah...malu plak...
So, hari nie sempatlah tunjuk menu sempoi yang mudah....jom layan resepi  yg adooo nie....main campak2 apa yg ada kat rumah



Bawal Masak Hitam Berkerisik
Sumber : resepi mak

Bahan-bahan :



3 ekor bawal sederhana besar (digoreng dulu)
2 sudu besar kicap pekat
kicap manis/masin secukupnya
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar serbuk kari ikan
2-3 sudu makan kerisik
air secukupnya


Bahan-bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
Cara-cara :
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ikan bawal yang sudah di goreng  tadi. 
  3. Masukkan kicap manis/masin secukupnya, garam, gula, kerisik dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
  4. Setelah kuahnya hampir pekat, tutuplah api. Biarkan ia merenih seketika.
  5. Hidangkan masa panas....perggghhhh




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails