19 Jun 2011

NASI GORENG CLAYPOT


Assalammualaikum dan salam hujung minggu.....

Menu sarapan pagi nie dan tengahari...hehehe.Merangkap 2 dlm 1...maklumlah,empunya diri malas nak masak 2-3 kali,so makan je lah apa yang mampu di buat.....

Nasi goreng  yg dimasak dalam claypot......dan mendapat pujian dari sang pemakan yang mengatakan nasi goreng nie lain dari yang lain...huhuhu.Selama nie,dia makan nasi goreng yg selalu Liza buat tu tak berapa nak sedap kot...tu yg tak penah puji.....hahhaha.Wat everlah,janji bole di makan dan sedap kat tekak dia dan tekak Liza.....




NASI GORENG CLAYPOT - (2 org makan)



Bahan:
  • 1 sudu makan minyak sayur
  • 1 biji bawang besar - cincang kasar
  • 2 ulas bawang putih -cincang halus
  • 2 sudu kecil  lada hitam-ditumbuk halus
  • 6-7 ketul bebola ikan
  • 1 cwn beras  & sukatan air ikut beras
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan kacang peas
  • bawang goreng tuk hiasan
  • serunding ikan-siap sedia dlm peket
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak sayur dalam claypot, lalu masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis hingga harum dan layu.
  2. Masukkan fish ball dan lada hitam yang ditumbuk.Kacau rata.Masukkan sos tiram, kicap  manis dan garam.Masukkan kacang peas dan masukkan beras dan kacau rata.Masak hingga mendidih, lalu tutup claypot, kecilkan api, masak hingga nasi masak.
  3. Tabur bawang goreng  dan hiaskan dengan serunding ikan sebagai hiasan.
  4. Makan masa panas2...memang umppphhhhh

4 ulasan:

  1. sedapnya....kat Sabah susah nak cari ni, kena masuk dapur sendiri...

    BalasPadam
  2. menarik!! tp sy takde claypot.. kalau guna rice cooker agak2 boleh tak cara ni? hehe...

    BalasPadam
  3. menarik!! tapi sy takde claypot.. kalau guna rice cooker agak2 boleh tak? huhu...

    BalasPadam
  4. nmpk sedap..dan mmg lain dari yg lain

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails