START BERBLOG

Daisypath Anniversary tickers

9 Mei 2011

CAPATI & KARI DHAL


Assalammualaikum dan salam sejahtera..
Menu malam nie,Liza masak yg mudah2 jer....malas nak makan nasi,jadi watlah capati....Lawankan plak dengan kari dhal....Sempoi..
Janji megalas perut dan kenyang sampai esok...........
Jom layan gambar dan resepi yg diikut kat belakang plastik tepung atta tu...hehehehe

CAPATI
Bahan-bahannya:
400 gm tepung Atta (Liza guna Allagappas)
2 sudu besar marjerin
1 cawan air (dicampur dgn 1 sudu teh garam)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar dan lubangkan di bahagian tengahnya. Masukkan mentega dan gaul sehingga rata. Kemudian masukkan ½ bahagian air tadi dan uli hingga rata dan sebati. Setelah itu tuang baki air dan uli lagi selama 10 minit. Tutup mangkuk dgn tuala/kain lembab dan perapkan selama kira-kira 45 minit atau 1 jam. Setelah itu, ambil adunan dan buatkanlah bebola-bebola kecil lalu dicanai hingga leper.

Panaskan kuali leper dan ambil adunan yg dah dileperkan,masuk dalam kuali dan masaklah sebentar (kira-kira 2 minit.  Setelah itu terbalikkan dan masaklah lagi selama 1-2 
minit. Angkat dari dan hidangkan bersama kari dhal.


Dengan 400g tepung atta ,bole dapat 9 biji adunan capati.....masak 4 je tuk malam nie dan selebihnya simpan dalam esbok tk sarapan pagi esok...hehehe


Adunan yang da di canai dan dileperkan....................


Dalam kuali,dan akan mengelembung.......


KARI DHAL

Bahan-bahan : 

1 genggam kacang dhal-cuci bersih dan rebus selama 20 minit.*
5 biji kentang
1 biji karrot
1/2 cawan santan
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar serbuk cili
Bahan tumis : bunga lawang,kayu manis,bunga cengkih..

Cara-cara ;
Kacang dhal yg dah direbus,di kisar dengan airnya sekali bersama-sama bahan *
Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan masukkan bahan2 yg dikisar tadi.
Masukkan kentang dan masakkan sampai kentang empuk.Masukkan karrot dan tuangkan santan.Garam dan gula ikut rasa.Tutup api bila dah masak....
Bole dihidangkan bersama capati tadi.....


6 ulasan:

Queen of Pirus berkata...

kat sini pun selalu buat breakfast...ala2 mamak style. Tapi we all kat sini beli segera je capati & nan. Soalan hari tu tak berjawab lagi..sorry lambat. Pengajian saya dlm bidang construction management (lean cost management).

Nuridah berkata...

Assalamualaikum Liza,

wah capati,dh lama knur tk mkn capati...suker capati..mkanan sihat gitu...

CT Delima berkata...

Assalamulaikum Liza

Rajinnya buat capati. kak ct suka makan jer, nak buat ni macam tak rajin lah. InsyaAllah satu hari nak cuba gak :DD

Jahidih Saili berkata...

Assalamualaikum.
wah.sedapnyaa..lg sedap dr capati kt kedai mamak tu..

Fadzli Amir berkata...

Memang lazat dan mudah....yum..yum...

RynaHakimi berkata...

Wah..memang tengah cari resepi ni..sy dah bookmark..nak cuba buat nanti..thanks for sharing ye :)

*P/s: folow u =)

JOM SKODENG KAT "KONGSI RESEPI"

Related Posts with Thumbnails