5 Mac 2011

I'm SO HAPPY TODAY

Assalammualaikum...................apa khabar sume.Harap2 kengkawan sume sihat.Saje Liza letak tajuk cam tu sebab mood hari nie happy sesangat.Nape?Hari nie pagi2 kul 9.00am da gi Kolej Komuniti Bandar Baharu tuk menghadirkan diri blajar wat roti.Bukan selama nie tak pandai wat roti,tapi tak salah nak belajar dengan sifu berpengalaman yang telah bukak kedai roti sendiri.Jadi,oleh kerana yuran yg dikenakan setakat RM40 tuk belajar  pelbagai jenis roti,Liza rasa apa salahnya kite menuntut ilmu yang ada tu....Oklah,kisah gi kursus wat roti kat Kolej Komuniti tu Liza akan citer nanti,tapi sekarang nak citer sebab apa Liza happy.Sebenarnya,tadi petang lepas habis kursus wat roti kul 1.00pm,balik umah ada budak courier hantar sesuatu yg wat Liza terperanjat.Tak sangka plak dapat begitu cepat .....Kak Abby kata akan hantar lepas 7/3 nanti,tapi dah sampai awal plak...huhuhu...Apa bendanya?

"
"
"
"
"
"
"
"

Aksesori mesin jahit Brother NV10


Eksen nak tunjuk kotak.......

Dalam sarung plastik......saje nak menunjuk...........hehehehe






Tempoh 3 tahun yg diberi  dari pergi bekerja dan sepenuh masa wat Phd nie,Liza  tak nak sia2kan peluang yg ada.Nak memantapkan diri dengan kemahiran bukan setakat berjaya dalam pelajaran, kerjaya,malah ilmu masak memasak,jahit menjahit dan pelbagai lagi. Kalo bole apa yg orang lain boleh buat,Liza akan buat jugak.Kiranya tamak nak bolot semua ilmu2 yg ada....hehehe.

Dan dalam masa yg sama,akhirat pun perlu ada.Seimbang dunia akhirat.....oklah,sebenarnya Liza memang suke menjahit,sarung kusyen ,langsir kat umah sume Liza jahit sendiri,baju kurung tuk gi opis pun wat sendiri (kalo tak rajin,hantar kedai jer....).Itupun guna mesin jahit yg cokia jer,takde jenama...hehehe.Tapi sejak pindah ke Penang nie,tak bawaklah mesin jahit tu,letak kat umah mak kat Jb,dah alang2 beli yg canggih nie,yg lama tu bagi kat mak jer sebab mesin jahit mak yg lama punya,yg hayun kaki tu...hehehe.At least mesin jahit Liza yg cokia takde jenama tu bole gak mak guna sebab tak yah nak hayun2 kaki,on jer suis dan tekan motor dia,jalan..............pepun,mesin jahit cokia Liza  yg takde jenama tu (sbb beli kat Giant),dah berkhidmat dari tahun 2005,kiranya dah macam2 benda dah Liza jahit.Cuma bila sambung blaja nie,malas nak menjahit...InsyaAllah dalam tempoh yg ada nie sebelum masuk semula dari bekerja,baik Liza mantapkan lagi ilmu jahitan yg ada.....Dan mesin jahit NV10 nie Liza beli kat SINI dan bole masuk blog akak nie jugak kat SINI. Dijamin selamat kerana mula2 tu takut gak sebab beli online jer,tapi sebab mesin nie dah selamat Liza terima tadi petang,sesiapa yg berminat bolelah sambar sebiji.DIJAMIN  SAMPAI KE TANGAN ANDA DENGAN SELAMAT.....YANG PENTING AMANAH DAN JUJUR UNTUK TURUT SERTA DALAM GENG KUTU...hehehe

oklah,dah panjang lebar bercerita.....sori....daaa,esok ada kursus JAHIT BAJU  KURUNG kat KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL,PENANG plak....dengan yuran yg dikenakan sebanyak RM30, Liza rasa berbaloi dan rugi kalo tak amik peluang yg ada........hehehehe









2 ulasan:

  1. best nye, napa murah sgt yuran dia? nk ikot dok sama la..ble masuk join macam2 kursus

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...
    Semoga semu impian menjadi nyata. Guna masa yang ada dengan sebaiknya yea.

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails