5 Februari 2011

KARIPAP PUSAR

Petang semalam merajinkan diri wat karipap nie .Buat banyak bole simpan dalam peti ais.Kalo ada member datang rumah boleh  wat makan2 dan minum2...hehehe.Malas nak celoteh panjang2,boleh tgok resepi yg liza ikut dari RINCHAN.

Hari ni nak berjalan gi kenduri kawen kat Alor Setar.Makan free satu hari nie.....

JOMZ LAYANZZZZZZZZZ...........


Step by step............









Dapat dalam 30 biji


Yang dah digoreng (gambar kureng cantek sbb org lain yg tukang snap,...hehehehe)




KARIPAP PUSAR

Bahan-bahan: 


1. Doh minyak 
500gm tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan 

2. Doh marjerin 
300 gm tepung gandum
150 gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Liza biasanya menggunakan inti kentang.

Inti kentang
8 biji kentang, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus 

daging kisar-ikut suka brape banyak nak guna
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk
3 sudu besar serbuk kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus 


* Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang kering , tumiskan lagi sebentar dan masukkan kentang dan daging kisar. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam kentang. Masakkan sehingga kentang lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api. 

3 ulasan:

  1. me sgt suka mkn karipap ni--me paggil nama "karipap pusing" hehe

    jom join Heartbeat!

    BalasPadam
  2. mamazharfan : tp da biase dr kecik mak ajar dan panggil karipap pusar....pepun sam je meaningnya...

    logorithm :hehehe....sapelah yg tak suke....rugi.salah satu kuih utama dimalaysia.

    BalasPadam

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails