28 September 2010

LEMAK NENAS IKAN YU MASIN

Salam......

Menu kali nie  ,Liza ikut resipi mak.Cuma selalunya guna ikan terubuk masin Sabah,kali nie Liza cuba plak dgn ikan yu masin.Maklumlah,balik Sabah hari tu,borong ikan masin banyak2 buat stok4-5 bulan punya...hehehe.Lagipuntak bole makan masin banyak2,nanti darah tinggi....hahahaha.Oklah,jom layan gambo dan resipi yg ado nie.....menu campak2 tapi ikut resipi mak......





BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas -dikopek dan dipotong memanjang
8 ketul  ikan yu masin - direndam dan ditoskan
1 helai daun kunyit
800 ml pati santan-liza guna santan kotak jer
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
4 bij bawang merah*
2 ulas bawang putih*
4 tanakai cili merah*
8 tangkai cili padi
3/4 inci kunyit hidup*
(*dikisar halus)


CARA -CARA:
  1. Satukan  ikan masin ,bahan kisar dan  didih kan. Masukkan nenas dan tuang santan cair(separuh yg pekat disimpan dan separuh lagi ditambah air). Kacau dan biar mendidih.
  2. Tuang santan pekat, tambah asam gelugor, sedikit garam dan gula, kacau dan masak hingga nenas lembut . Masukkan daun kunyit.
  3. Masak sekejap , rasa dan jika da ok boleh matikan api. Siap dan boleh dihidangkan bersama nasi dan lauk yg lain.







26 September 2010

SOTONG SUMBAT CENDAWAN BERKICAP

Haaa...yang nie plak idea mak.Maklumlah,makayah ada kat sini jadi,Liza masak menu tengahari ikut citarasa mak ayah...hehehe.Lagi pun ni first time dengar.Mak cakap dia pun ikut resipi kat tv masa bulan pose hari tu...cuma dia tak ingat rancangan apa....hahaha.Takpelah,janji best gak resipi nie.Maaplah tuan punya resipi yer,Liza tak dapat nak kredit kat empunya resipi.Pepun,Liza ucapkan terima kasih kerana kongsi resepi nie kat tv.Kalo musim bulan pose,setau Liza,rancangan masak2  yg fofular ialah Ketuk-ketuk Ramadan.....Takpela,maap  yer sebab mak liza pelupa orgnya...dia lupa  mana satu rancangan yg dia tengok.....hehehehe.



Sotong sumbat cendawan digoreng dengan kicap


 BAHAN-BAHAN :(Sumber resipi:rancangan tv yg ditonton mak...hehehe)
6 ekor sotong sederhana besar- dibasuh bersih
2 biji bawang merah-dihiris halus
2 ulas bawang putih-dihiris halus
6 tangkai cili merah -dihiris halus
Halia sebesar ibu jari-dihiris halus
1 c/b serbuk lada hitam
3 s/b kicap pekat
garam dan gula-secukup rasa
7 keping cendawan tiram -dicarik kecil2 setelah dibasuh
Lidi penyemat

CARA-CARA :
  1. Cendawan tiram disumbat dalam sotong sampai padat.Sotong yg dah disumbat kemudiannya dicucuk dgn ledi penyumbat untuk mengelakkan cendawan dari terburai.Sumbat sotong sehingga habis.
  2. Panaskan minyak dalam kuali untuk menumis bahan2 yang dihiris halus tadi.
  3. Masukkan sotong bersumbat cendawan tadi dalam kuali.
  4. Masukkan kicap dan masak sehingga sotong masak dan nampak sotong tu padat .
  5. Perasakan dengan gula dan garam.
  6. Siap dan boleh dihidangkan.

Nampak gebu dan gemuk je sotong nie...hahaha.Liza tak sempat nak amik gambar isi cendawan dalam sotong tu sebab terus je masuk molot.....memang best.Rasa manis cendawan dalam sotong tu,memang bole dirasa bila anda rasa sendiri...hahahaha.





TERUNG GORENG BERSAMBAL

Salam.....
N3 hari nie baru sempat tuk Liza masukkan  menu tengahari semalam...Takpelah,janji dapat masukkan menu2 yg sempat di masak....hahahaha.Jom layan gambo dan resepi yg tak seberapa nie..Menu orang malas...memang camnie...Main campak2 jer,itupun dah jadi...janji perut kenyang.



Bahan2:(sumber resipi :resipi mak...hehehe)
2 biji terung-ikut suke samada yg kecik atau yg sederhana besar
4 tangkai cili merah -dikisar
6 tangkai cili padi -dikisar
2 biji bawang merah- dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
2 - 3 sudu makan gula/secukup rasa
garam secukup rasa
setengah genggam udang kering


Dikisar:
Bawang merah,bawang putih ,cili merah dan cili padi serta udang kering dikisar  halus.


Cara-Cara:-


  1. Terung dibasuh dan belah 3. Goreng dalam minyak hingga  masak tapi  jangan sampai layu dan lembik.
  2. Angkat dan ketepikan. Kurangkan sedikit minyak dalam kuali jika terlalu banyak dan tumis bahan kisar 
  3. Kacau hingga masak dan naik minyak sikit. Masukkan  gula dan garam secukup rasa.
  4. Masak hingga pekat. Tutup api dan tuangkan ke atas terung yang telah di goreng tadi




24 September 2010

KENANGAN RAYA DI NEGERI BAWAH BAYU




 Salam.....

Hari nie baru Liza berkesempatan nak update blog dgn citer2 di Negeri DiBawah Bayu....Kiranya raya tahun nie(2010)  Liza cipta sejarah tersendiri kerana Raya kedua sibuk berjalan ronda2 gi tempat2 yg tak pernah sampai lagi kat Sabah nie walaupun setiap tahun gak Liza bercuti di Sabah.......hahaha.


Awal2 pagi pukul 7.30 kami dah merayap kat sini.Kiranya 7.30 pg kat Sabah nie dah macam kul 9.00 pg.....huhuhu.Kul 10.30 dah terasa bahang panas tengahari.Ramai orang yg berkunjung ke sini sebab barang2 yg dijual kira murahlah jugak......

Kat tempat barang kraftangan...........macam2 ada...


Masjid Terapung Likas-tempat kami singgah solat Zohor sebelum ke tempat lain.







Kereta Roll Royce tahun 1950-an yg dipamerkan kat Muzium Sabah nie





Pantai Tanjung Aru.................saje tenangkan fikiran di hari raya...hahaha






Brooch mutiara Sabah yang Liza sempat borong

Dan sebelum balik ke Johor,Liza sempatlah borong Ikan terubuk masin,udang kering ,sotong kering, dan ikan yu masin untuk buah tangan family kat Johor. Pastu Liza nie hantu brooch mutiara Sabah,jadi tengoklah gambar2 brooch yg Liza borong untuk diri sendiri.......tamakkan .....hehehe.Mak dan adik akan dpt satu dan selebihnya tu...untuk diri sendirilah....




Oklah,tu jelah dulu yg sempat Liza tepek kat sini.......kalo rajin,esok2 Liza citer lagi dlm new entry......







23 September 2010

I'M BACK...........

Salam....
Apa khabar rakan2 blog sume.....harap2 semuanya sihat...hehehe.Alhamdulillah,baru sempat Liza nak bersiaran semula kat blog nie setelah hampir 2 minggu bercuti.....Memang best cuti lama2 nie...hehehe.Sampai bersawang blog tak dijenguk.....Sebenarnya saje Liza bercuti raya lama2 sikit sebabnya seminggu raya di Sabah dan seminggu lepas raya beraya puas2 plak kat Johor.Masa raya tu memang bz asyik jadi tukang sibuk di dapur jer...sampai tak senang nak snap menu utama raya....Takpelah,janji kenyang semua tetamu yg datang dapat menjamu selera di Hari Raya....hahaha.InsyaAllah Raya Aidiladha nanti,Liza takkan lupe untuk snap gambo menu pagi raya nanti.........

Pepun,mood M masih melanda diri untuk tidak berceloteh dan menulis panjang2 kat entry kali,...just nak bagitau yg "I'm Back".....
So,esok2...akan adalah entry2 yg terkini.......

Okaylah......sampai sini dulu.Nanti Liza akan bersiaran lagi esok......




3 September 2010

SALAM AIDILFITRI


Assalammualaikum......

Tinggal beberapa hari saje lagi kite semua akan menyambut Aidilfitri .Sebelum terlupa  dan nak cuti berblogging , Liza nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua kengkawan ,serta mohon ampun  jika terlanjur kata, tersilap bahasa,ada gurau dan senda yang mengecilkan hati kengkawan semua,.....MAAF ZAHIR &BATIN.

Doakan semoga perjalanan pergi dan balik ke kampung berjalan dengan lancar dan semoga dipermudahkan.AMIN........Liza akan bercuti selama 2 minggu dan selama itu juga blog ini akan bercuti gak....so,

Dengan ungkapan tulus ikhlas......

BERHATI-HATILAH  DI JALAN RAYA,...
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT....
INGATLAH SEMUA ORANG TERSAYANG..........

 

Salam rindu buat semua.
Bye! Kite jumpa lagi lepas raya yer.......
 
 


 
PhotobucketPhotobucket 

2 September 2010

PARATHA WHOLEMEAL ROLL

Salam.....nie lagi menu tuk buka pose hari nie...Masa jenjalan tgok blog MamaHawa, tertengok menu nie...perghhh,dah la sempoi,sedap plak tu.Jadi,saya cubalah wat tuk menu hari nie.Cuma inti tu,saya wat cam ala-ala inti samosa....Kepada Mamahawa,Liza ambik resepi nie yer dan tepek kat sini.Tapi Liza translate ke BM....hehehe.TQ share resipi nie yg mudah dan sedap...malah memang mengenyangkan,lebih2 lagi Liza guna paratha whole meal.....



Paratha Wholemeal Roll............
(Konon2 cam KFC twister lah tu)...hehehe



BAHAN-BAHAN
4 kpg roti pratha wholemeal
Aluminium wrap


BAHAN UTK INTI
300g daging cincang
5 biji kentang dipotong dadu
2 biji bwg besar dihiris halus
2 ulas bwg putih dihiris halus
halia sebesar ibu jari
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar cerbuk cili
garam dan gula secukup rasa
minyak masak



CARA-CARA
  1. Untuk Inti - panaskan minyak,masukkan bawang merah,bwg putih dan halis yg telah dihiris.Bila dah naik bau,masukkan serbuk kari dan serbuk cili.Kacau sampai garing sedikit dan barulah masukkan kentang dan daging kisar.Masukkan sedikit air bagi kentang dan daging kisar tu masak.Perasakan dengan garam dan gula.Bila dah kering dan masak.Tutup api.Biarkan sejuk sebelum dimasukkan dalam gulungan paratha.
  2. Untuk paratha - letak sedikit minyak dlm kuali non stick.Masak hingga garing.Jangan sampai hangus yer.Letak paratha tu atas aluminium wrap dan masukkan inti.Gulung kemas2 dengan aluminium wrap tu.Dah habis kesemuanya,letak dalam pinggan.Hidangkan.....

Contoh cam dlm gambo nie,letak inti,pastu gulung dan gulung gak dgn aluminium wrap tu sekali.....



PhotobucketPhotobucket

MACARONI SEAFOOD

Menu buka pose hari .................malas nak tulis panjang2,jom layan gambo je yer ...



Macaroni Seafood

Resepinya bole tgok kat sini,cuma Liza tukar bahan2 kuahnya guna seafood ...






PhotobucketPhotobucket

1 September 2010

ASAM PEDAS IKAN PARI & SAWI GORENG LOBAK MASIN

Salam...
Sebelum terlambat,Liza nak masukkan n3 nie dulu sebelum balik beraya dan bercuti...hehehe.Menu buka pose semalam.Masak Asam Pedas Pari dan Sawi Goreng Lobak Masin.Kuihnya plak,Liza just beli kat kedai roti sebab semalam adala hari berjalan2 cuci mata sempena MERDEKA sambil membeli belah,baliknya masak lauk-pauk jer dgn nasi...hehehe.Ok,jom layanz gambo dan resepi paling sempoi...



Asam Pedas Ikan Pari


BAHAN-BAHAN
4 ketul ikan pari -dibersihkan

15 btg lada merah
10 btg cili padi kampung
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam
sedikit belacan
(Kisar semua bahan di atas ini hingga halus)

2 biji tomato
sedikit daun kesum
1/2 biji bawang besar hiris
2 btg serai (dititik)
2-3 mangkuk air
secukup perahan air asam
garam secukup rasa
1/2 steh gula
minyak secukupnya (1 senduk)

Cara:


1) Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang hiris hingga layu.

2) Masukkan bahan kisar tadi bersama serai titik dan daun kesum. Kacau
     sekali sekala dan biarkan sehingga garing
3) Masukkan ikan bersama air, kacau dan biarkan sebentar. Kemudian
     masukkan tomato.(kalo ada bendi atau terung lagi bagus-kat dlm
     esbok liza just ada tomato biji...hehehe), air asam, garam &
     perasa/gula. Kacau sebentar & sesuaikan rasanya.
4) Biarkan sehingga kuah mendidih dan ikan masak. Matikan api dan
     bolehlah dihidangkan bersama nasi.
 
Dan dilawankan dengan sayur SAWI GORENG LOBAK MASIN.....
 

Sawi Goreng Lobak Masin
Resipinya main campak2 jer...so Liza tak tepek yer resipinya kat sini....Gorenglah ikut suke hati anda......hahaha



Pastu makan plak dgn mufin dan roti yg dibeli kat Kedai Roti LaBohamme (Manalagi kat Jusco lah....),masalah org yg malas nak membuatnya,baik beli jer,pelbagai jenis bole makan..hehehe




PhotobucketPhotobucket


NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails