TERIMA KASIH KEPADA KENGKAWAN YANG SUDI FOLLOW.LUV's U ALLZ...

Related Posts with Thumbnails

20 Mei 2010

FISH n CHIP LIZA

Fish n Chip nie dibuat untuk makan malam hari isnin kalo tak silap...hehehe.Lupa lah plak...baru hari nie sempat nak update dan tepek kat sini.....pepun fish n chip resepi liza nie,memang sempoi dan dibuat oleh org yang malas skit cam saya,lagilah.....nampak tak profesional...tapi alhamdulillah,...bole diterima oleh tekak...hahahaha


Fish n Chip yang sempoi.....untuk nampak kelainan,letaklah potongan limau sunkist dan mangga...saje nak hilangkan rasa muak...hahahaha


Jangan lupa plak....ada sos lada hitam lagi dan garpu n pisau....ala2 minah salleh gitu tuk dinner malam isnin tu....hehehehe


'Fish n Chip Liza'

4 keping fillet ikan (beli kat pasaraya-guna ikan dowry)

Bahan A
1 biji Bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Garam halus
Sedikit kiub ayam maggi

Bahan B
1 Biji Telur
5 keping biskut tawar 4segi (cth :pingpong cream craker)


Cara-cara membuat


  1. Kisar lumat Bahan A, masukkan garam dan kiub ayam secukup rasa (jgn byk2 sgt nnt masin ikan tu. jadi ikan masin plak!!)
  2. Perap ikan dgn bahan yg telah disediakan lebih kurang 1/2 jam -1 jam
  3. Kisar biskut dlm Bhn B kasar2
  4. Lepas tu celup ikan dory yg dah diperap tadi dengan telur dan golek2kan dalam serbuk biskut yg dikisar kasar..
  5. Goreng sampai masak.. jgn kuat sgt api, nnt hangus dan isi tak masak..ok!


Kuah sos lada hitam tu - saya beli sos lada hitam yg dah ada dijual kat pasaraya...cuma masa panaskan sos tu,tambah sedikit air.
Salad tu senang je.. -saya guna mix vegy,kukuskan selama 10 minit.pastu gaul dengan serbuk lada hitam sikit dan letak mayonis 2 sudu besar...siap
Nak best lagi..jangan lupa kentang goreng ...
Nak nampak cantik hidangan tu ....saya letak hirisan limau sunkist dan hirisan mangga...pergggh marvelous...


BUBUR KACANG DURIAN


Bubur kacang nie wat petang semalam.Masa gi pasar malam,tetiba terpandang durian ,jam tu jugak teringin nak makan bubur kacang letak durian nie...perggghhh...blom masak lagi,dah terasa kat tekak nie...sib baik tak meleleh air liuq...hahahaha.Belilah 2 biji durian...saje nak pekena bubur kacang letak durian nie.....Resipi nie ikut resipi yg selalu mak buat,so anaknya nie pun ikut camtu gaklah.....hehehe

  

 Bubur kacang durian


 
Bubur kacang durian yang ada 4 ulas duriannya tu.......huhuhu




BAHAN-BAHANNYA
1 cawan kacang hijau (saya rendam dulu selama sejam, pastu direbus empuk)

10-12 ulas durian
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir /gula merah
1 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit garam


Cara - cara
1. Campurkan semua bahan- bahan kecuali durian.
2. Kacau di atas api yang perlahan sehingga hampir mendidih.
3. Masukkan durian dan kacau lagi sehingga mendidih
4. Siap untuk di hidang.


Tips Hidangan :
1) Jangan berhenti mengacau kuahnya untuk mengelakkan santan pecah @ meruap.
2) Tahap kemanisannya mengikut cita rasa sendiri

19 Mei 2010

KWAY TEOW GORENG vs KACANG KUDA REBUS

Menu nie dibuat tuk minum petang ..Baru sempat nak tepek dalam blog nie....Maklumlah bz skit 2-3 hari nie...lagipun streamix buat hal...lagilah masalah nak update blog...no line internet... Okla,layan jelah gambo dan resepi yg paling sempoi nie...huhuhu





Kway Teow Goreng


Bahan-bahan:

300g kway teow
330g udang - malas nak  kopek kulit
200 gm taugeh
2 cili merah - hiris
6 ulas bawang putih - tumbuk
250 gm sotong — potong kecil
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
Garam dan lada sulah secukup rasa
3 sudu makan minyak masak


Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan udang dan sotong. Goreng selama 2 minit lagi. Masukkan
     kerang.
3. Masukkan semua kicap, garam dan taugeh. Masukkan kway teow dan
     gaul rata-rata. Masak lagi 2 minit.


Hidangkan dengan hrisan cili.Sempoi tul....



 Kacang Kuda Rebus




Bahan-bahannya:

300 g Kacang kuda (dibersihkan dan direndam-saya rendam dekat 6 jam)
Air secukupnya
Sedikit garam
Gula ikut suka-saya suka rasa kacang rebus tu manis2 sikit...hehhee


Cara-caranya:
Masukkan kacang kuda didalam periuk bersama air, sedikit garam dan serbuk kunyit, rebuskan hingga kacang betul2 masak dan lembut, angkat dan toskan airnya. 

17 Mei 2010

PUDING ROTI KARAMEL


Assalammulaikum.Selamat pagi......Oleh kerana streamix kat umah nie macam nyawa2 ikan jer,kejap ok dan sekejap ko,so,tak nak tulis banyak2.....just nak tepek gambo dan resepinya jer...Puding roti karamel nie wat petang semalam untuk minum petang ,tapi siap mengukusnya jam 8 malam...hahaha.Wat makan waktu malam....Resipi nie pun dibuat ikut resipi my friend yg skrg jauh di Aussie...Thanks AZRA,kite masih ingat resipi yg paling senang nie...hehehe.




Puding karamel yg baru di angkat dari periuk kukus......huhuhu


 Puding Karamel yg dah dipotong


 
Dari sudut pandangan atas......




Huhuhu.....puding karamel nie kalo masuk esbok,keras sikit bila nak memotongnya.Masa potong nie,tak sempat nak masuk esbok sebab dah tak sabo nak masuk ke tekak....nampak lembek....hehehehe


Bahan A:

1/2 cawan gula ..dicairkan dan dijadikan cam gula hangus dalam loyang yg nak dikukuskan nanti


Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1/2 cwn air
1 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis- siapa yg suka manis,bolehlah letak byk sikit.Resipi nie just manis2 buah jer...sebab karamel tu pun dah manis.



Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B dan blender sampai roti hancur.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Sejukkan...hidangkan  sebagai dessert ker...hehehe

15 Mei 2010

ROTI KERCA + DALCA DAGING


Semalam masa blogwalking kat blog NURINDAH ,ternampaklah dia wat roti kerca.Terliur lah plak...hehehe.So,pagi nie masak dalca daging tuk menu tengahari nanti.Sambil2 tu,wat roti kerca tuk dilawankan dengan dalca tu dan dimakan tuk breakfast...hehehe.Kenyang tul,so,tghari nanti takyah makan...dan tak payah masak nasi.Makan jer roti kerca tu sampai petang....hahahaa.Meh layan resipi yang CP dari nurindah, tapi saya kurangkan bahan2nya sebab yg makan hanya 2 orang jer kat umah nie......Pepun,tq nurindah,sebab sudi kongsi bersama resepi yg mudah nie.....


Roti kerca


Dalca daging........oleh kerana saya suka kentang,jadi dlm dalca nie,kentang jer yg banyak....huhuhu


Roti kerca + dalca daging = kenyang sampai ke petang...........hehehe


Roti Kerca



Bahan roti
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
Air secukupnya
sedikit serbuk kunyit -tuk dptkan kaler kuning kat roti kerca tu
sedikit majerin


Penyediaan;
  1. Campurkan bancuhan tepung gandum dengan sedikit air, telur dan sedikit garan. Kisar hingga sebati.
  2. Sapukan sedikit majerin pada kuali leper NON STICK bila panas isikan sesenduk adunan tadi.
  3. Lenggangkan isi adunan dan biarkan berbentuk seperti lempeng.(macam buat kuih dadar )
  4. Setelah masak keemasan angkat dan gulungkan.
  5.  Guntingkan sebelum di hidangkan bersama kuah dalca daging.




DALCA DAGING



Bahan-bahan :
100gm Daging lembu, dipotong nipis dan direbus empuk
80gm kacang dal, direbus hancur
1biji bwg besar
2 biji bwg putih
2 inci kayu manis
Sekuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar serbuk rempah kari, dibancuh dgn sedikit air + 1 sudu kecil serbuk cili
1 batang lobak merah, dipotong panjang
2 ubi kentang, di belah 6
sebiji buah tomato, dibelah 4
1 cwn santan

Cara-cara:
  1. Tumiskan bwg merah dan bwg putih sehingga agak layu. Masukkan segala rempah ratus sehingga naik bau. Masukkan rempah kari , serbuk cili dan kacau.
  2. Masukkan daging dan kacang dal yg telah direbus empuk. Terus tambah air dan biar mendidih.
  3. Masukkan ubi kentang dan masak hingga kentang empuk.
  4. Masukkan lobak . Kalo suka terung dan kcg panjang,bole masukkan.
  5. Tuang santan dan masukkan garam secukup rasa. Terus kacau dan masukkan buah tomato sebelum diangkat.


KERIA

Kuih keria nie buat semalam masa nak sarapan.....Baru hari nie berkesempatan nak tepek kat blog nie.....sekarang nie,hari Sabtu Ahad free sikit,bole bersantai2 dan jenguk blog....kalo rasa nak update,time cenggini baru nak update.....so,malas nak bebel banyak2....jom kite layan gambo dan resipi yang ado....hehehehe.


Gambo diambil sebelum nak goreng


Dah siap goreng dan dilumur dengan gula kastor......hehehe

BAHAN2NYA

2 biji keledek putih/kuning sederhana direbus dan dilecek
60 gm tepung gandum
1 sudu makan majerin
1/4 sudu teh garam
secukupnya minyak utk menggoreng

Caranya
  1. Campur semua bahan dan diuli sebati biarkan sekejap
  2. Uli memanjang adunan tersebut dan potong sama saiz lalu dibentuk menjadi bulat dan buat lubang dgn jari.
  3. Bila selesai goreng dalam minyak banyak dan toskan.
  4. Dalam kuali masak gula dengan sedikit air hingga menjadi bertali.Masukkan kuih keria dan dikacau dan kacau.Tutup api dan terus dikacau kuih tersebut supaya gula melekat sekata pada semua kuih.Hidangkan (Ikut cara saya yang malas nie,saya guna gula kastor jer...hehehe.Boleh jer...).

12 Mei 2010

BUBUR AYAM

Masa masak bubur ayam nie,kemalasan tengah melanda diri...Lagipun dalam esbok just ada ayam dua ketui,so apa lagi...resipi yang paling mudah,masak bubur jelah.Senang dan mudah...hahahaha.Ayam dua ketui tu goreng,pastu bole makan dengan bubur.Jadilah resipi bubur ayam.....hehehe.



 Bubur ayam



2 ketul ayam goreng yang dipotong kecil untuk ditabur dalam bubur



 Dilawankan dengan lada merah+cili padi +kicap manis cap kipas udang....hehehee



Bahan-bahan (resipi yg paling mudah untuk orang malas cam saya)

1 1/2 cwn beras (ikut cwn beras yg dpt masa beli periuk nasi)
1 1/2 inci halia di ketuk / titik
1 kiub pati ayam
sayur campur (mix vegy)
sedikit garam
1 liter air


* GARNISH *
lada merah + kicap cap kipas udang
bawang goreng
daun bawang n daun sup
2 ketul ayam yg telah digoreng-dipotong kecil2


Cara-cara
  1. Basuh beras bersih. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak.
  2. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam. Masukkan juga mix vegy.
  3. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam goreng, bawang goreng, lada merah n daun bawang. Sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap.... (tapi sebab dlm esbok ada 2 ketul ayam,tu jelah lawannya)
Bolehlah kalo nak lawan bubur ayam McD....buat sendiri lagi best,boleh letak ayam banyak2....hahaha.

10 Mei 2010

SHEPARD PIE

Resipi shepard pie ni , buat pada pagi hari Khamis tempohari sebelum bertolak balik ke Melaka.Makan untuk breakfast dan bekalan dalam bas nanti sebab dari Penang ke Melaka,lama gaklah dalam bas.So,sbg bekalan dari kelaparan nanti....hahahaha.Bayangkanlah, bertolak kul 11.30 pagi dan sampai ke Melaka kul 8.30 malam,betapa penatnya dok lama2 dalam bas...huhuhu.Bas tu plak, slow motion sangat bergeraknya ....berhati2 tul dijalan raya.Sampai berkematu punggung dok lama dalam bas tu.Tapi takpe,moga pengorbannanku ini dikenang oleh adikku nanti......hehehe.Baru sempat update hari nie sebab selama beberapa hari nie bz memanjang balik Melaka/JB wat urusan tolong menolong untuk wedding adik tersayang yg akan berlansung akhir bulan nie.Tu jelah yang dapat ditolong.....hehehe.

Resipi shepard pie nie boleh dapat dalam blog mamafahmi nie ...tapi mamafahmi punya resipi dlm english,so korang translate la sendirik yerk.....hehehe.Tq kat mamafahmi sebab sudi berkongsi resepinya....bolehlah mencubanya


Kentang rebus yang telah dilecek sampai lumat....hehehe



Inti untuk shepard pie...guna daging kisar dan mix vegy



Kentang yang dah dileceh tu letak kat dasar acuan mufin.Intinya plak diletak kat tengah,pastu tutup balik dengan lebihan kentang lecek tadi.



Yang nie plak diletak dalam acuan pai.....bile dah tutup dgn lebihan kentang lecek tadi,taburkan dengan keju.



Nielah rupanya dalam acuan mufin bile dah siap di bakar....kena korek hati2 utk kuarkannya...



Yang nie plak,yg dalam acuan pai....hehehehe



5 Mei 2010

WAFEL

Masa jenjalan kat blog kengkawan yang ada wat wafel,terdetik kat  hati tuk wat wafel tu gak...masa kat Johor dulu,memang selalu sangat kalo pegi kat pasaraya yg jadi tumpuan kat Parit Raja tu,mesti beli wafel kat situ......alang2 dah ada wafel maker(tak sampai seminggu pun belinya...hehehe).Dari terbiar usang kat stor baik wat wafel tu...menambahkan koleksi resipi dalam blogku yg tak seberapa nie... huhuhu.Walaupun nie first time cuba resipi yang diambil dari MyResipi tu.....



Nielah dia wafel maker yang baru je beli kat TESCO....tak sampai seminggu pun...hehehe.Ni pun kira baru jer kuar dari kotaknya....jenama sempoi jer.....sebab tu tutup dengan lady bug tu....hehehe.Malu sebab takde jenama..murah jer.





Nielah rupanya wafel yang telah dimasak.....warnanya tak sekata sebab wafel maker tu perlu dipanaskan dlm 15 minit dulu baru tuang adunan kedlm maker...oleh kerana teruja nak tengok wafel pertamaku,main tibai jer masukkan adunan dlm maker tu tak ikut time...huhuhu.




Ni plak adunan yang ketiga...barulah warnanya sekata dan tergaring...hehehe.Almaklumlah,maker tu dah panas betul2...sebab tu warnanya sekata.



Nie masa adunan yang pertama.Dan telah diletak dengan peanut butter dan jem stroberi....walaupun rupanya tak secantik wafel kat kedai,tapi rasanya marvelous...hehehe(puji diri sendiri plak)....Sodappppp.


Oklah,nie resipi yang di ambil dari MyResipi..... cubalah.Anyway,thanks kat MR sebab ada gak resipi wafel nie....kalo dah pandai,boleh lawan wafel A&W punya....hehehe.




Bahan-bahan (  6 keping )
• 2 biji Telur
• 3/4 cwn Susu segar
• 2 tbsp Minyak sayur
• 1 cwn Tepung
• 1 1/2 tsp Baking powder
• 1 1/2 tsp Gula
• 1/2 tsp Garam


Cara-cara
  1. Panaskan electric waffle maker.
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & campur kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual  waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melimpah & bentuk pun kurang menarik.
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem.




JEMPUT2 UDANG

Orang Johor lebih suke panggil jemput2 bagi versi cekodok nie....pepun,cekodok ker, jejemput ker....resipinya sama....still gunakan tepung gak dan udang...hehehe.Bagi sesiapa yang suke nak tambah bahan2 lain dalamnya,tambah je apa yang disukai...asalkan jgn batu dan kayu dahlah....hahaha.Dibuat untuk menu sarapan pagi,baru sempat nak tepek kat blog nie.....





Menggunakan udang putih,bawang merah dan daun bawang sebagai bahan utama dalam jemput2 tu....beli dalam suku kilo udang dan masuk semua dalam bahan2 untuk jemput2 tu...huhuhu.mewah dengan udang.



Dicicah dengan sos pencicah yang di beli di kelantan hari tu....pergghhh...

SUP DAGING

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Menu nie di masak  tuk diner semalam.Memang simple sangat2.....Lauk sayur memang takde  sebab dalam sup tu memang sengajaku tambah sekali dengan sayur2....maka jadilah sup campur...huahuahua.Resipi yang senang,main campak2 je bahannya,so malaslah nak letak resipi.......hehehe



Sup daging yang masih dalam peiuk...stilll berasap lagi.Menunggu masa untuk disenduk ke dalam mangkuk...heheheee



Tengok tu...penuh dengan kentang,carrot,brokoli,putik jagung dan tomato.Daging nya yang ciput tak nampak sangat sebab dah dilitupi dengan sayur2an yang sengajaku letak dalam sup daging nie...takyah masak sayur...kiranya 2 in 1 lah set menu nie...hahaha



Menu makan malam yang paling simple dan mudah.......makan je apa yg aku masak.....hehehehe

4 Mei 2010

NASI MENTEGA + AYAM RENDANG+UDANG GORENG

Oklah,nasi mentega nie dimasak pada hari Ahad hari tu.Baru hari nie sempat update.Dimakan bersama rendang ayam  dan udang goreng berempah....So,meh layan gambar2 yang sempat di snap through my camera yang cokia punya...hehehe

Nasi mentega...nampak cam nasi biasa sebab tak berwarna kuning mentega ...huhuhu

Nasi Mentega

Bahan-Bahan:
2 cawan beras (basuh dan toskan)
3 cawan air
¼ cawan kismis
4 sudu besar mentega
1 biji bawang besar (dicincang)
2 kuntum bunga cengkih
1.2 sm kulit kayu manis


Cara:
Panaskan mentega dan tumis bawang hingga kuning. Masukkan beras serta kacau kira-kira 3 minit. Tuangkan air, tutup dan biarkan sehingga kering airnya. Bila nasi telah tanak, masukkan kismis, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Hidangkan dengan  bawang goreng diatasnya.




 Rendang Ayam


Rendang Ayam-ikut resipi mak...hehehe
1/2 ekor ayam-dipotong ikut suka

Bahan2 digiling:-
@ 5 ulas bawang merah
@ 2 ulas bawang putih
@ 10 biji cili api
@ 10 tangkai cili kering
@ 1 inci halia
@ 1 inci lengkuas
@ 1/2 inci kunyit hidup


2 batang serai dititik
2 helai daun kunyit dihiris halus
4 helai daun limau purut dihiris kasar
2 cawan santan pekat
1 peket kerisik
Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)


Cara-cara

1.Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam. 2.Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
3.Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan dengan  nasi mentega



Udang goreng berempah (resipinya paling simple dan mudah-gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan serbuk kari,serbuk cili dan garam secukup rasa.Pastu goreng dalam minyak yang sedikit dalam kuali.......)


Tadaaaaa......nasi mentega+rendang ayam +udang goreng berempah= kenyang tahap gaban...hahahaha





CUTI2 MALAYSIA-CAMERON HIGHLAND-PART 2

Oklah,hari nie baru sempat nak update yang part 2 plak........huhuhu.Bz tul,pastu ditambah plak dengan streamix yg tak ok...lagilah....



Yang nie plak...strobery yang di tanam guna hydroponic...dalam part 1 tu,strobery yg ditanam dalam pasu...so,macam2 sistem yg diorang guna utk dapatkan buah strobery......





Teka?benda apakah ini?Nielah serangga yang berbentuk daun......dia macam mentadak mentadu,tapi rupanya iras2 dedaun yg ada.....




Bunga yang diberi nama "BLUESKY"... tu yang diberitahu oleh tourist guide...betul ker?...



Bunga Raya yang sebesar muka saya...percayalah,memang sebesar muka orang dewasa.....hehehe



Sempatlah snap gambar rama2 yang tengah menghisap madu bunga.....so beatiful



Kumbang yang mempunyai belakang badan berbentuk muka manusia........



Ladang BOH tea yang terbesar di sini.....





Daun teh yang sengajaku petik......




Proses mengeringkan daun teh sebelum menjadi serbuk teh yang menjadi minuman utama rakyat di negara ini...hehehe


Pemandanga dari atas ke estet BOH plantation




TAMAT






background

DAISYPATH

Daisypath Anniversary tickers

LABEL

INILAH KISAHKU (133) KUIH (30) ROTI (29) IKAN (19) KEK (18) PHD (18) MEE (16) NASI (16) TRAVEL (14) WESTERN (14) AYAM (12) INILAH DUNIA (12) SAYUR (11) SEAFOOD (11) BISKUT (10) DESERT (9) PASTRY (9) GIVEAWAY (8) BUBUR (7) CUTI2 INDONESIA (7) 2014 (6) AGAR-AGAR (6) APAM (6) DAGING (6) PAI (5) PEMENANG GA (5) AWARD (4) I LUV ISLAM (4) PROMOTE BLOG (4) APA2 SAJE (3) CONTEST GA (3) GIFT SURPRISE (3) LAUK-PAUK (3) LAYAN FEELING (3) PUDING (3) SALAM MAAL HIJARAH (3) SENARAI PESERTA GA (3) BEN ASHAARI (2) BENTO (2) CERITA DUNIA (2) CONFERENCE (2) CUCUR (2) CUTI2 BANGKOK (2) GA RAMADHAN (2) JELLY KELAPA (2) JOIN GA (2) JUMAAT (2) KONGSI MAKLUMAT (2) LAGU (2) LEMPENG (2) PROMOSI (2) ROJAK (2) SALAM AIDILFITRI (2) SALAM RAMADHAN (2) SUKE-SUKI (2) SUP (2) TAUHU (2) TEKA TEKI (2) TOMYAM STEAMBOT (2) VIDEO (2) WAFEL (2) WISH (2) 2011 (1) 2012 (1) 2013 (1) ANTIK (1) AWARD DARI E-NA (1) AYAT PELINDUNG DIRI (1) BENTO 1 (1) BERITA (1) BREAD MAKER (1) CINTA (1) CONTEST (1) CUCUR JAGUNG (1) CUTI MEMASAK (1) CUTI2 AUSTRALIA (1) CUTI2 GOLD COAST (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 1 (1) CUTI2 MALAYSIA-Prt 2 (1) EMAS (1) FOLLOWER BERTUAH (1) I'm BACK (1) INFO (1) JAGUNG (1) JAHITAN (1) JALAN2 CARI MAKAN (1) JEREBU (1) KACANG PHOOL (1) KEREPEK (1) KEROPOK LEKOR (1) KRAKER (1) LANGKAWI (1) LAWAK ANTARABANGSA (1) LUCU (1) LUMUT PANGKOR (1) MADAH CINTA (1) MAKAN TENGAHARI (1) MASAK N MAKAN (1) MASAK2 DAN MAKAN2 (1) MEJA KEJE (1) MOTIVASI DIRI (1) MUFFIN (1) MUFFIN PANDAN/BLUEBERRY (1) MURTABAK (1) MY HOMETOWN-JB (1) NUFFNANG (1) OPIS (1) PAU (1) PIE (1) POPIA (1) PUISI IMAN (1) RAMADHAN (1) REHAT (1) RENUNGAN UTK DIRI SENDIRI (1) SATE (1) SERAM (1) SIHIR DAN PERDUKUNAN (1) SNACK (1) SOTONG (1) STOK (1) STUDENT (1) SUSHI (1) SWALE (1) SYUKUR (1) UBI (1) UDANG (1) doa (1) raya (1) salam aidiladha (1)