12 Disember 2010

SARDIN GORENG SAMBAL


Salam dan selamat pagi Ahad....Nie menu tertangguh.Masak ptg semalam tuk dinner.Baru sempat nak tepek n3 nie kat blog nie.Ni first time Liza beli ikan sardin sebenar di pasar.Selalunya tau ikan sardin dlm tin jer.Rupanya lagi sedap ikan sardin nie kan.....Oklah jom layan gambar dan resipi  yang ada nie....Malas nak tulis panjang2.....Kat luar hujan mencurah2 turun,memanggil tuk tarik selimut semula dan tidoz..........
Jom layan.

Resipi paling mudah dan simple..Menu yang selalu orang lain buat.Tapi takpe,Liza tepek gak resepi versi orang malas cam Liza nie....huhuhu


Bahan-Bahannya :

4 ekor ikan sardin besar
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar, dihiris bulat
1/2 cawan jus asam jawa
1 batang serai, dihiris*
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 hirisan halia*
1 hirisan lengkuas*
Bawang goreng dan daun bawang hiris sebagai hiasan


Cara membuatnya :

  • Goreng ikan hingga garing, angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk serta masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana.
  • Masukkan jus asam jawa, garam dan gula. Masak hingga pekat. Masukkan ikan goreng dan juga bawang besar hiris. Gaul rata. Angkat dan dihidangkan.Hiasan dengan daun bawang dan bawang goreng.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen kat sini;:

NUFFNANG

Related Posts with Thumbnails